web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SPM Tidak Dimansuh, Kekal Kelayakan Tamat Sekolah Terpenting - Fadhlina

Pendidikan Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2025 12:18PM

Fadhlina Sidek dalam podcast Kerusi Biru sedang diwawancara oleh Altimet

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak pernah bercadang untuk memansuhkan Sijil Peperiksaan Malaysia, malah ia kekal sebagai kelayakan tamat sekolah terpenting di negara ini.

Menegaskan perkara itu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, SPM adalah pensijilan tertinggi dalam persekolahan di Malaysia.

Justeru katanya, tidak wujud kemungkinan peperiksaan terbabit dimansuhkan walaupun wujud perdebatan umum berikutan pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

“Kedua-dua penilaian tersebut sebenarnya berbeza secara asas. UPSR berfungsi sebagai ujian, manakala PT3 yang menggantikan PMR merupakan bentuk pentaksiran berterusan.

“Kita masih ada peperiksaan seperti Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA), serta penilaian khas bagi kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan sekolah berasrama penuh,” katanya dalam podcast Kerusi Biru.

Podcast berkenaan dikendalikan Ahli Dewan Undangan Negeri Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Al-Hadad atau lebih dikenali sebagai Altimet.

Fadhlina menegaskan, kaedah pentaksiran moden direka untuk menilai keupayaan murid secara lebih holistik dan tidak hanya bergantung pada peperiksaan berstandard.

“Pentaksiran lebih berkesan kerana ia tidak menilai murid melalui peperiksaan semata-mata.

“Setiap murid mempunyai sikap dan bakat yang berbeza, dan pentaksiran holistik membantu kita memahami mereka dengan lebih baik,” katanya.

Beliau menarik perhatian, hala tuju semasa Kementerian Pendidikan sedang menunjukkan kemajuan yang jelas, khususnya dalam penempatan guru, menaik taraf sekolah daif dan mengurangkan beban pentadbiran kepada golongan pendidik.

Menangani kekurangan guru katanya, kekal sebagai keutamaan kementerian kerana ia memberi kesan langsung kepada pembelajaran di bilik darjah.

“Ia akan menjadi satu bencana jika kita tidak mempunyai cukup guru, dan ia akan memberi kesan kepada murid di dalam bilik darjah.

“Tetapi kerajaan Madani telah berjaya mengisi 98 peratus jawatan guru dalam tempoh tiga tahun lepas. Usaha ini tidak boleh berhenti dan kita perlu terus menangani kekurangan ini secara,” katanya. 

Menerusi podcast sama, Fadhlina turut menekankan kemajuan ketara dalam menyelesaikan isu sekolah daif, sambil memaklumkan, kerajaan secara konsisten memperuntukkan dana dalam tiga belanjawan berturut-turut untuk menangani masalah tersebut.

“Tiada pentadbiran sebelum ini yang menunjukkan komitmen setinggi ini dalam menangani sekolah daif,” katanya, sambil menambah, kerja-kerja naik taraf yang sedang dijalankan merekodkan perkembangan amat memberangsangkan.

Menjawab soalan mengenai beban tugas guru, beliau berkata, usaha mengurangkan masalah tersebut merupakan cabaran berpanjangan yang diwarisi setiap kerajaan, namun kementerian telah mengambil langkah konkrit untuk meningkatkan kesejahteraan pendidik.

“Pada tahun pertama kerajaan Madani, kami memperkenalkan tujuh langkah untuk mengurangkan beban kerja guru. Pada tahun kedua, kami memperkenalkan Indeks Kesejahteraan Guru,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal memberitahu, kementerian dalam hal ini telah memansuhkan keperluan untuk guru mengisi borang tingkah laku murid SSDM, bagi mengurangkan tugas pentadbiran.

Kementerian juga katanya, sedang berusaha mengurangkan jumlah murid yang memilih untuk tidak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Pada tahun pertama, jumlahnya sekitar 10,000. Pada tahun kedua, ia menurun kepada 8,000.

“Kami sedang mengkaji langkah-langkah lanjut untuk terus menurunkan angka ini,” katanya. - Getaran, 21 November 2025

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Ibu Muda Mangsa Kesalahan Seksual Perlu Kembali Sambung Pelajaran - Fadhlina

2

Rencana 7 bulan yang lalu

Puan Menteri, Berhentilah Beralasan Demi Anak-Anak Bangsa! 

3

Semasa 8 bulan yang lalu

KPM Beri Sokongan Emosi Kepada Pelajar Perempuan Disyaki Mangsa Rogol

4

1 tahun yang lalu

Santuni MADANI: KPM Cakna Pantau Projek, Pastikan Siap Dalam Tempoh Ditetapkan - Fadhlina

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 6 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Luar Negara 11 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar