web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bomoh Muda Cabul Kanak-Kanak Ditahan

Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2025 3:19PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DUNGUN - Polis menahan seorang bomoh lelaki selepas didakwa mencabul seorang kanak-kanak perempuan di daerah Kemaman pada 31 Januari lepas.

Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairuddin berkata dalam kejadian sekitar 1 pagi itu, suspek yang berusia 20 tahun telah datang ke rumah mangsa untuk memberi rawatan penyakit sihir.

Beliau berkata ketika proses rawatan, suspek yang mempunyai satu rekod jenayah lampau berkait kes rogol dikatakan mencabul mangsa yang berusia 11 tahun.

"Ibu bapa mangsa yang berusia 41 tahun telah membuat laporan polis pada 1 Februari lalu selepas mangsa mengadu dicabul oleh bomoh tersebut.

"Suspek yang belum berkahwin ditahan di kediamannya di Kerteh pada 10.20 malam, hari sama bagi membantu siasatan," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC) Kontinjen Terengganu, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan.

Mohd Khairi berkata suspek direman tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) dan 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan penjara tidak melebihi 20 tahun dan hukuman sebat, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, beliau berkata sebanyak 643 kes jenayah seksual direkodkan di seluruh Terengganu sepanjang tahun lepas termasuk 154 kes melibatkan mangsa kanak-kanak.

"Jumlah kes kesalahan seksual di Terengganu didapati meningkat lebih 18 peratus berbanding 504 kes pada 2023," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Rogol, Amang Seksual Adik Perempuan, Pekerja Kedai ‘Hardware’ Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM