web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mayat Pengawal Keselamatan Ditemukan Dalam But Kereta

Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2024 7:15PM

Gambar IPD Sabak Bernam

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Seorang ppengawal keselamatan dipercayai dibunuh selepas mayatnya ditemukan di dalam but sebuah kereta di tepi Jalan Pasir, Taman Pertama di Sabak Bernam, semalam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Robin Guha Thakurta berkata lelaki warga tempatan berusia 43 tahun itu dijumpai selepas menerima maklumat daripada anggota kereta peronda pada 6.04 petang.

"Siasatan awal mendapati mangsa mengalami cedera pada anggota badan.

"Pemeriksaan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor mengesahkan ada unsur jenayah menyebabkan kematian itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Robin berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Kita sedang mengesan suspek terlibat dan pemilik kenderaan itu," katanya.

Beliau turut meminta orang ramai mempunyai maklumat mengenai kejadian hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi talian 03-32242222 bagi tindakan lanjut. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM