web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selangor Jinakkan Penang 4-1, Rampas Kedudukan Kedua Liga Super

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2024 8:27AM

Pemain Selangor FC Sharul Mateus Fortes (tengah) meraikan jaringannya ketika menentang pasukan Penang FC pada perlawanan Liga Super Malaysia 2024/2025 di Stadium MBPJ. - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Selangor FC merampas kedudukan kedua Liga Super selepas mengutip tiga mata menerusi kemenangan bergaya 4-1 ke atas Penang FC pada aksi yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam tadi.

Pasukan tuan rumah bermula garang apabila tidak menunggu lama untuk berada di depan menerusi jaringan pemain tengah Mukhairi Ajmal Mahadi pada minit ketiga.

Namun, Penang memberikan tentangan sengit yang berjaya menyekat Gergasi Merah daripada menambah jaringan sebelum berjaya menyamakan kedudukan selepas pemain import dari Brazil Rafael Vitor menyempurnakan penalti pada minit ke-63.

Kedudukan itu bagaimanapun tidak bertahan lama apabila Yohandry Orozco kembali meletakkan skuad bimbingan Nidzam Jamil di depan menerusi penalti pada minit ke-70.

Menghampiri wisel penamat, Selangor menambah dua gol masing-masing menerusi Alvin Fortes pada minit ke-89 diikuti Quentin Cheng yang berjaya memperoleh gol pertama bersama kelab itu selepas meledak gol pada masa tambahan separuh masa kedua.

Selangor kini mengumpul 12 mata selepas enam perlawanan, ketinggalan enam mata di belakang pendahulu yang juga juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang masih belum tewas musim ini, sementara Penang di tangga kesembilan dengan mengumpul enam mata.

Sementara itu, Kuala Lumpur (KL) City FC dan Sri Pahang FC terikat tanpa jaringan pada pertembungan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

Keputusan itu menyaksikan KL City pula kekal di tangga kelima apabila mengumpul lapan mata selepas mengharungi lima perlawanan.

Sri Pahang yang berada di tangga ke-10 dengan mengumpul lima mata pula terus buntu mencari kemenangan selepas kalah dua kali dan seri sekali dalam tiga perlawanan terakhir. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: JDT Berpesta Gol Tewaskan Penang FC 5-0

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Walaupun Tak Beraksi, Faisal Halim Peroleh Semangat Baharu

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Penang FC Benam KDN FC 3-0

4

Sukan 1 tahun yang lalu

KL City Atasi Selangor 1-0 Di Laman Sendiri

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 4 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran