web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangan Hanya Bantu Rakyat Ketika Pilihan Raya, PM Bidas Pemimpin Terdahulu

Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2023 3:25PM

Anwar Ibrahim (tengah) ketika ditemui media selepas Majlis Pelancaran Program Kita-Untuk-Kita (K2K) di PPR Kampung Baru Hicom Seksyen 26 hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM – Era yang menyaksikan bantuan kerajaan hanya diterima sewaktu musim pilihan raya sudah berakhir, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali gus menzahirkan komitmen jentera pentadbirannya dalam membantu golongan memerlukan.

Perdana Menteri berkata demikian bagi membidas pemimpin terdahulu, yang menurut beliau hanya menumpukan pengagihan bantuan menjelang musim pilihan raya.

“Sebelum ini, apabila hampir musim pilihan raya, barulah mereka yang berkuasa, yang tidak pernah berkata apa-apa tentang kemiskinan dan yang menggelapkan dana awam, akan memberikan wang.

“Kami tidak mahu itu (berlaku). Kami mahu memastikan, kami segera membantu (mereka yang memerlukan). Pilihan raya masih lama lagi, tetapi kerja mesti dimulakan sekarang, barulah boleh dianggap ikhlas.

“Tetapi (bagi sesetengah orang), apabila mereka mempunyai kuasa, mereka mencuri wang, dan semasa pilihan raya, mereka memberikan wang,” katanya pada pelancaran program Kita Untuk Kita (K2K) di sini, hari ini.

Tanpa menamakan sesiapa, Anwar berkata, perbuatan rasuah harus dihentikan serta-merta, dan mereka yang diamanahkan untuk memimpin negara mesti membantu rakyat dengan sewajarnya.

Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata, ia mendorongnya mengarahkan pemimpin tertinggi syarikat besar mengambil bahagian dalam usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan memberi kembali kepada golongan miskin.

Satu contoh yang beliau berikan ialah persetujuan dengan pemilik Padiberas Nasional Bhd (Bernas), Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, untuk memperuntukkan dana khas RM60 juta bagi diagihkan kepada petani tempatan.

“Ini penting, kerana ia bermakna jika firma besar ini diuruskan oleh pemimpin yang jelas, maka masalah boleh diselesaikan,” katanya.

Beliau juga menzahirkan kemarahan terhadap hutang semasa negara yang berjumlah RM1.5 trilion dengan sebahagian besarnya disebabkan oleh rasuah dan ketirisan dilakukan pemimpin terdahulu untuk memperkayakan diri dan kroni mereka.

Beliau turut membidas pemimpin Perikatan Nasional (PN) kerana menuduhnya mengabaikan negeri di bawah pakatan pembangkang.

Anwar berkata, peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Perpaduan adalah jauh lebih baik berbanding ketika PN menerajui kerajaan Persekutuan.

“Kita mesti hentikan (persepsi) bahawa menjadi perdana menteri atau menteri (bermaksud) anda mesti kaya. Ini tidak boleh berterusan. Kita mesti menghentikannya.

“Saya telah (bercakap) tentang menamatkan kemiskinan tegar. Saya juga mahu menghentikan sepenuhnya rasuah terbesar di negara ini.

“Wang ini kemudiannya boleh dikembalikan kepada rakyat. Saya yakin jika kita dapat menyelamatkan negara daripada ketirisan dan rasuah, kita boleh membantu rakyat,” katanya. - The Vibes, 8 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ