web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MOTAC Akan Bertemu PM Bincang Tambahan Peruntukan

Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2023 12:22PM

Penambahan adalah bagi mempergiat usaha mempromosikan sektor pelancongan negara selaras dengan Tahun Melawat Malaysia 2025. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membincangkan mengenai penambahan peruntukan bagi sektor pelancongan dalam Belanjawan 2023.

Menterinya Datuk Seri Tiong King Sing berkata penambahan adalah bagi mempergiat usaha mempromosikan sektor pelancongan negara selaras dengan Tahun Melawat Malaysia 2025.

Beliau bagaimanapun berkata perbincangan mengenainya akan mengambil kira hasrat Perdana Menteri untuk berjimat dari segi pemberian peruntukan serta situasi semasa negara susulan wabak COVID-19.

"Tahun ini kita dapat RM275 juta untuk (laksanakan) promosi pelancongan dan kebudayaan. Kita akan berbincang dengan Perdana Menteri, kita teliti lagi. Bagi peruntukan yang diberi kepada MOTAC, saya ucapkan terima kasih atas sokongan beliau. Kita bekerja bersama-sama dan menjayakannya," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan acara pelepasan peserta Larian Santai anjuran Tourism Malaysia dengan kerjasama Persatuan Rekreasi Wilayah Malaysia (PRWM) di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur hari ini.

Tiong berkata sektor pelancongan antara tunjang utama dalam memacu usaha meningkatkan ekonomi negara sekali gus memberi manfaat kepada taraf kehidupan rakyat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Dasar Kerajaan Jelas, ‘Minuman Keras Tidak Dibenarkan Dalam Acara Rasmi’ - PM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Berhentilah Menangguk Di Air Keruh, Dr Ammar Tahu Kenapa Beliau Diturunkan Pangkat!

3

Semasa 2 tahun yang lalu

MOTAC Sasar Jualan RM28 Juta Untuk Pakej 'My Ramadan Experience 2024'

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pencalonan Anugerah Seni Negara Dibuka Mulai Hari Ini Sehingga 29 Februari - MOTAC

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan