web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Meluluskan Bajet Mini Penjawat Awam Wajib Diadakan Apabila Dewan Rakyat Bersidang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2022 1:06PM

Azhar Azizan Harun mengesahkan bajet tersebut tetap perlu diluluskan dalam sidang pertama penggal baharu Parlimen yang dijadualkan berlangsung pada 19 dan 20 Disember ini - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sidang Parlimen Ke-15 selama dua hari pada bulan ini akan memfokuskan kelulusan bajet mini bagi memastikan gaji penjawat awam dapat dibayar Januari tahun depan, kata Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun.

Beliau mengesahkan, bajet tersebut tetap perlu diluluskan dalam sidang pertama penggal baharu Parlimen yang dijadualkan berlangsung pada 19 dan 20 Disember ini.

“Ia (bajet mini untuk gaji penjawat awam) perlu dilaksanakan. Jika tidak bagaimana mereka akan dibayar gaji,” katanya kepada The Vibes.

Perkara itu termaktub di bawah agenda ‘Rang Undang-Undang dan Urusan Lain Kerajaan’ yang dikeluarkan Setiausaha Dewan Rakyat kepada Ahli Parlimen.

“Memandangkan perkara itu terakhir dalam agenda, kelulusan bajet mungkin hanya akan berlaku pada hari kedua sidang Parlimen (20 Disember).

“Majlis angkat sumpah Ahli Parlimen dan undi percaya (kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim) akan mengambil masa dan mungkin berlangsung pada hari pertama (sidang),” katanya.

Azhar berkata, notis arahan kehadiran ke sidang Parlimen dengan agenda terperinci akan diutuskan kepada Ahli Parlimen yang dipilih sebelum 19 Disember ini.

Dalam notis sidang yang dihantar kepada Ahli Parlimen semalam, Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin berkata, perintah pertama dewan rakyat adalah untuk memilih Yang di-Pertuan Dewan Rakyat.

Ia disusuli dengan majlis angkat sumpah Ahli Parlimen, mengundi Timbalan Speaker baharu dan usul mengarahkan Ketua Polis Negara memberi laluan kepada Ahli Parlimen.

Inisiatif dijanjikan pentadbiran terdahulu kepada penjawat awam, termasuk Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Khas RM100, Bantuan Khas Kewangan RM700, Bantuan Khas Kewangan untuk Pesara (RM350) dan Bantuan Khas Aidilfitri (RM600) - Gambar Fail
Inisiatif dijanjikan pentadbiran terdahulu kepada penjawat awam, termasuk Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Khas RM100, Bantuan Khas Kewangan RM700, Bantuan Khas Kewangan untuk Pesara (RM350) dan Bantuan Khas Aidilfitri (RM600) - Gambar Fail

Usul percaya untuk Perdana Menteri akan dijalankan selepas semuanya selesai dan diikuti dengan Rang Undang-Undang serta urusan kerajaan yang lain.

Pada 26 November lalu, CUEPACS menyeru kerajaan baharu diterajui Anwar untuk mengekalkan semua inisiatif untuk penjawat awam yang diumumkan kerajaan terdahulu.

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, tidak sesuai untuk kerajaan menarik semula inisiatif dibentangkan dalam Bajet 2023 yang diumumkan pada 7 Oktober lalu itu, disebabkan perubahan kerajaan.

Inisiatif dijanjikan pentadbiran terdahulu kepada penjawat awam, termasuk Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Khas RM100, Bantuan Khas Kewangan RM700, Bantuan Khas Kewangan untuk Pesara (RM350) dan Bantuan Khas Aidilfitri (RM600).

Pada 2018 sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), kerajaan Barisan Nasional (BN) mengumumkan beberapa pemberian untuk semua penjawat awam, termasuk kenaikan gaji bersamaan kenaikan gaji tahunan setahun.

Janji tersebut bagaimanapun tidak dilaksanakan berikutan perubahan kerajaan Persekutuan apabila Pakatan Harapan (PH) memperoleh kemenangan pada pilihan raya itu.

Sementara itu, Azhar ketika bercakap kepada The Star berkata, Dewan Rakyat yang bersidang pada jam 10 pagi 19 Disember ini tidak akan dipengerusikan Speaker Dewan Rakyat kerana beliau akan mengosongkan jawatannya pada tengah malam 18 Disember.

Dengan prosiding dijalankan oleh Setiausaha Dewan, Ahli Parlimen kemudiannya akan mengemukakan calon mereka untuk jawatan Speaker.

 “Jika hanya ada satu nama dicadangkan, Setiausaha akan mengumumkan yang kemudiannya akan mengangkat sumpah. Bagaimanapun, undian perlu diadakan sekiranya lebih daripada seorang calon dicadangkan parti masing-masing,” katanya.

Tambahnya, nama calon mesti dikemukakan kepada Dewan Rakyat selewat-lewatnya Isnin ini (5 Disember), selaras dengan ketetapan notis 14 hari. - Getaran, 2 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 bulan yang lalu

Pemotongan Bajet Anwar: Langkah Strategik Memacu Reformasi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: Teman Lelaki Direman 7 Hari

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Diperdaya ‘Phone Scam’, Penjawat Awam Rugi Lebih RM150,000

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kenaikan Gaji, Elaun Tetap Penjawat Awam Lebih 13 Peratus Mulai 1 Disember Ini - PM

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad