web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Noh Letak Jawatan Pengerusi UMNO Selangor, ‘Zahid Perlu Ikut Langkah Najib’

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2022 2:52PM

Noh Omar - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Tan Sri Noh Omar meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor berkuatkuasa hari ini.

Pada masa sama, beliau turut mendesak Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi agar berundur sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN secara terhormat.

"Saya dengan ini meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor kerana Presiden tidak percayakan saya dan saya pun tak percayakan Presiden.

"Pada masa sama, kita juga mengharapkan agar Zahid meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO seperti mana yang dilakukan Datuk Seri Najib (selepas Pilihan Raya Umum ke-14)," katanya.

Noh turut mendesak Zahid melepaskan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN. - Gambar oleh Azim Rahman
Noh turut mendesak Zahid melepaskan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN. - Gambar oleh Azim Rahman

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Biro Politik UMNO di Menara Dato’ Onn di sini, hari ini.

Mengakui kecewa digugurkan dari senarai calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Noh berkata, cara digunakan Zahid seolah menunjukkan beliau tidak lagi memperoleh kepercayaan untuk menggalas mandat sebagai Ahli Parlimen.

“Saya tengok pada PRU yang lepas (PRU-15), Presiden telah hilang kepercayaan kepada saya. Sebagai Pengerusi Perhubungan, saya pun tidak dipanggil berbincang dan (terus) digugurkan sebagai calon.

“Saya tidak kecil hati sebab saya pun dah lama, dah enam penggal dah pun. Tetapi cara saya digugurkan itu, saya lihat seperti Presiden tidak  menghargai apa yang saya buat dari dulu untuk membantu membangunkan UMNO Selangor,” katanya.

Mantan Ahli Parlimen Tanjong Karang itu turut mencadangkan parti memberi ruang kepada muka baharu sebagai pemimpin.

“Maka biarlah orang baharu yang menguruskan UMNO ni. Dia menang pun 300 lebih, bawah 1,000 sahaja,” ujarnya.

Sewaktu sesi pengumuman calon Barisan Nasional (BN), nama Noh tidak termasuk dalam senarai individu bertanding.

Tempatnya di Parlimen Tanjong Karang digantikan oleh Datuk Habibah Mohd Yusof.

Dalam keputusan yang diumumkan lewat malam semalam, Habibah tewas di tangan calon Perikatan Nasional (PN), Kapten (B) Datuk Dr Zulkafperi Hanapi dengan majoriti undi 2,180.  - Getaran, 20 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

2

Politik 1 bulan yang lalu

Politik Melayu Akan Lemah Jika Terus Dibelenggu Perpecahan - Ahmad Zahid

3

Kolum 1 bulan yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

4

Politik 1 bulan yang lalu

UMNO Tidak Pernah Berhasrat Jadi Pembangkang Di Negeri Sembilan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad