web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Syed Saddiq Pertahan Parlimen Muar, Lancar Misi Wajib Menang

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2022 9:40PM

Syed Saddiq - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bakal mempertahan kerusi Parlimen Muar dan melancarkan misi wajib menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Perkara itu diumumkan oleh Pengarah Pilihan Raya MUDA, Amira Aisya Abdul Aziz pada majlis Pengumuman Calon MUDA di Parlimen MUAR, sebentar tadi.

Syed Saddiq dalam ucapannya berkata, beliau menawarkan diri untuk memperbaharui kontraknya dengan orang Muar yang datang hanya sekali setiap lima tahun.

Menurut beliau, Muar sangat dekat di hatinya memandangkan Parlimen tersebut adalah kawasan pertama yang ‘membawa’ dirinya ke Dewan Rakyat untuk memperjuang suara warga Muar dan rakyat Malaysia pada PRU-14.

“Walaupun saya berkhidmat di Putrajaya selama 22 bulan (sebagai Menteri Belia dan Sukan) namun saya tidak pernah gagal untuk balik ke Muar untuk berkhidmat, mempertahan dan memberi kebajikan kepada anak-anak Muar.

“Saya menjadi menteri bukanlah kerana ahli politik tetapi bermula dengan setiap satu undi yang datang dari Muar, sebab itu saya sentiasa terhutang budi,” katanya.

Syed Saddiq berkata, kehadirannya dalam politik bukan untuk mencari kekayaan diri sendiri atau ahli keluarga sebaliknya untuk membela, membersihkan dan membangunkan Malaysia yang maju, bermaruah serta berintegriti.

“Untuk kita majukan Malaysia, kita tidak boleh fokus kepada kekhilafan lawan jadi sebaik mungkin saya tidak mendedikasikan ucapan saya kepada lawan.

“Rakyat Malaysia dan orang Muar berhak untuk mendapat yang terbaik, bukan pemilihan calon antara yang terburuk tetapi pemilihan yang sihat. The best of the best to serve the best in Muar,” katanya.

Syed Saddiq akan berdepan calon Barisan Nasional (BN), Helmy Abd Latif dan Perikatan Nasional (PN), Abdullah Husin pada 19 November ini.

Pada PRU-14, beliau memenangi kerusi Muar dengan memenangi majoriti 6,953 undi.

Minggu lalu, parti itu mengumumkan tiga calon yang akan bertanding di kubu kuat BN, iaitu Danial Abd Majeed (Kepala Batas, Pulau Pinang), Siti Rahayu Baharin (Tanjong Karang,  Selangor) dan Lim Wei Jiet (Tanjung Piai, Johor). - Getaran, 2 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

SPRM, Kerajaan Bantah Permohonan MUDA Rujuk Siasatan Hakim Nazlan Ke Mahkamah Persekutuan

3

Politik 2 tahun yang lalu

Syed Saddiq Lepas Jawatan Presiden MUDA, Mahu Fokus Bersihkan Nama

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Dana Armada: Syed Saddiq Dipenjara 7 Tahun, Denda RM10 Juta, 2 Sebatan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 23 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi