web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hospital Cyberjaya Jadi Hospital Awam Sepenuhnya, Beroperasi Mulai 11 November  

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2022 3:34PM

Khairy (kanan) mendengar taklimat mengenai fasiliti di Hospital Cyberjaya ketika mengadakan lawatan di situ.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hospital Cyberjaya akan beroperasi sepenuhnya sebagai hospital awam di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) dan tidak diswastakan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ia dipersetujui mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 Oktober lalu.

“Hospital Cyberjaya akan menawarkan 14 bidang kepakaran dengan di peringkat awal fasa pengoperasian yang bermula 11 November depan, ia melaksanakan enam perkhidmatan kepakaran.

“Perkhidmatan ini adalah Perkhidmatan Kecemasan, Perubatan Am, Pembedahan Am, Anesthesiologi, Pediatrik serta Obstetrik dan Ginekologi,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Lapan perkhidmatan lain bakal beroperasi adalah Ortopedik, Oftalmologi, Otorinolaringologi, Radiologi, Patologi, Psikiatri dan Kesihatan Mental, Rehabilitasi serta Pergigian.

Hospital Cyberjaya dilengkapi peralatan kesihatan canggih bagi memastikan rawatan terbaik untuk pesakit.
Hospital Cyberjaya dilengkapi peralatan kesihatan canggih bagi memastikan rawatan terbaik untuk pesakit.

Khairy berkata, satu bangunan dalam kawasan hospital itu akan beroperasi sebagai Klinik Kesihatan Cyberjaya bagi rawatan pesakit luar bermula 1 November ini.

“Klinik Kesihatan Cyberjaya ini dibuka bagi menampung keperluan perkhidmatan kesihatan di Sepang dan kawasan sekitar, termasuklah untuk mengurangkan kesesakan di Klinik Kesihatan Dengkil,” katanya.

Terdahulu, Jemaah Menteri pada 5 Mei 2021 bersetuju operasi Hospital Cyberjaya dilaksanakan melalui model kerjasama awam-swasta berkonsepkan pajakan dengan terma dan syarat, selain perbincangan terperinci diterajui Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri.

Hospital sembilan tingkat dibina di atas kawasan seluas 5.2 hektar sejak 15 Ogos 2017 itu, diserahkan kepada KKM pada 15 Jun 2021.

Kemudahan kesihatan itu turut dilengkapi 288 katil, blok kecemasan dan kemudahan 1,006 parkir. - Getaran, 11 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

3

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

4

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar