web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zahid Dinafikan Perbicaraan Adil Jika Keterangan Fadzlette Ditolak - Peguam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2022 8:42PM

Pernyataan saksi pembelaan kedua, Fadzlette Othman Merican, hendaklah diterima selagi ia mempunyai kaitan dengan fakta dan isu yang relevan kepada pertuduhan. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pihak pembelaan dalam perbicaraan kes rasuah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkaitan Akalbudi Foundation (YAB) hari ini berhujah bahawa mantan Timbalan Perdana Menteri itu akan dinafikan perbicaraan yang adil jika Mahkamah Tinggi menerima hujah pendakwaan dan menghentikan saksi daripada memberi keterangan.

Peguam Hisyam Teh Poh Teik berkata, ini akan membawa kepada pelanggaran hak anak guamnya untuk mendapatkan perbicaraan yang adil seperti dijamin di bawah Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berhujah pernyataan saksi pendakwaan ke-90 yang juga bekas Setiausaha Eksekutif Ahmad Zahid iaitu Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly telah dicabar oleh pembelaan.

“Pernyataan saksi Mejar Jeneral (R) Datuk Fadzlette Othman Merican Idris Merican, saksi pembelaan kedua, hendaklah diterima selagi ia mempunyai kaitan dengan fakta dan isu yang relevan kepada pertuduhan,” katanya ketika berhujah di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Beliau berkata, Fadzlette ingin memberikan keterangan bagaimana beliau mengenali Mazlina dan perlakuannya ketika bekerja. 

“Beliau ingin memberi contoh bagaimana Mazlina lebih cenderung bekerja secara silo, yang relevan dengan kes. Saksi juga ingin menunjukkan bahawa Mazlina bersikap berat sebelah terhadap tertuduh,” katanya sambil menambah bahawa Mazlina gagal mengikut arahan dan bukan seorang yang amanah.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran pula berhujah pembelaan tidak boleh menggunakan peruntukan di bawah Seksyen 153 (2) Akta Keterangan 1950 kerana mereka perlu membuktikan bahawa Mazlina bersikap berat sebelah terhadap Ahmad Zahid.

Beliau berkata, keterangan bahawa Mazlina tidak mematuhi arahan dan membuat keputusannya sendiri tidak termasuk dalam peruntukan itu kerana ia tidak membuktikan bahawa saksi pendakwaan itu mempunyai motif yang tidak baik terhadap Ahmad Zahid.

“Bagaimana keterangan ini, jika diterima oleh mahkamah, membuktikan bahawa Mazlina tidak mengikut arahan apabila beliau hanya berurusan dengan Ahmad Zahid dan bukannya Fadzlette? Sedangkan dalam kes ini, saksi kedua (Fadzlette) hanya kisahkan isu Mazlina tidak menghormati beliau," katanya.

Mahkamah kemudian menetapkan esok untuk memutuskan perkara itu. 

Semalam, pendakwaan membantah sebahagian daripada pernyataan saksi Fadzlette atas alasan ia tidak relevan dan tidak boleh diterima masuk oleh mahkamah sebagai bukti.  

Fadzlette dijadual memberi keterangan pada perbicaraan itu semalam.

Beliau adalah setiausaha akhbar Ahmad Zahid ketika ahli politik itu menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan kini merupakan pengarah media Presiden UMNO tersebut.

Ahmad Zahid, 69, berdepan 47 pertuduhan iaitu 12 pertuduhan pecah amanah jenayah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan berpuluh-puluh juta ringgit milik YAB. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 3 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 minit yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad