web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saya Tak  Mahu Lelaki Tiada Kerja, Harap Ihsan Keluarga - Shila Amzah

Shila tenang mengakui masih solo dan tidak akan menyembunyikan apa-apa daripada khalayak sekiranya ditakdirkan hatinya sudah dimiliki suatu hari nanti.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2022 2:00PM

Shila berkata ada apa-apa soalan di dunia ini yang menakutkan dirinya.

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi dan komposer Shila Amzah mengakui pengalaman 22 tahun berada di dalam industri seni telah membuatnya bersedia untuk menjawab apa sahaja soalan walaupun membabitkan kehidupan peribadi selepas perceraian. 

Menerusi satu sesi soal jawab di laman Instagramnya, peminat nampaknya berteka-teki tentang status pemenang Anugerah Juara Lagu ke-36. Adakah, dia  sudah mempunyai teman istimewa selepas berpisah bersama bekas suaminya pada Februari? 

Ketika ditemui Getaran di majlis sidang media drama Cinta Hilang Kata baru-baru ini, Shila dengan nada tenang mengakui dirinya masih solo dan tidak akan menyembunyikan apa-apa daripada khalayak sekiranya ditakdirkan hatinya sudah dimiliki suatu hari nanti.

Shila tampil dengan lagu baharu bersama-sama Liza Hanim Bahagiakan Dia.
Shila tampil dengan lagu baharu bersama-sama Liza Hanim Bahagiakan Dia.

“Saya sudah 22 tahun (berada di dalam industri). Sudah penat mahu menepis-nepis. Kalau ada, saya akan jujur katakan saja sudah berpunya. 

“Jujurnya, saya sangat gembira dengan keadaan sekarang dan sangat menikmatinya. Mungkin ada orang yang dengki dengan kehidupan saya, jadi biarlah dia. Saya pun malas hendak layan. 

“Tidak ada apa-apa soalan di dunia ini yang menakutkan saya. Saya akan tetap menjawab dan bersikap terbuka,” katanya.

Pelantun lagu Patah Seribu itu mengakui tidak pernah mengunci hati bila bercakap mengenai jodoh. Namun, pengalaman lalu membuatkan Shila lebih cermat dan hati-hati memilih pendamping hidupnya selepas ini. 

“Saya tidak pernah menutup rezeki seandainya datang jodoh saya dalam waktu, situasi, dan perasaan yang tepat. Ia boleh terjadi. Cuma saya tak boleh menentukan bila, siapa dan di mana.

“Saya memilih orang yang bekerja keras berbanding berbakat. Kalau dia anak orang kaya, tak reti kerja dan harap ihsan orang tua, saya tidak mahu. 

“Dalam erti kata lain, saya tidak mahu seseorang yang tiada hala tuju dan matlamat hidup.

“Kalau dia tak boleh bertanggung jawab dengan hidupnya sendiri, dia tak mungkin boleh bertanggung jawab terhadap orang lain,” jelasnya.

Terkini, Shila tampil dengan lagu baharu bersama-sama Liza Hanim yang bertajuk Bahagiakan Dia. 

Lagu yang menjadi runut bunyi drama Cinta Hilang Kata itu telah mula menemui khalayak di Youtube Indigital Music pada Selasa. 

Drama Cinta Yang Hilang bakal ditayangkan di Astro Prima setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 6 petang. Turut menjayakan drama ini ialah Shahz Jaszle, Sophia AlBarakbah, Nelissa Nizam, Hariz Hamdan dan Iqram Dinzly.

Sumber foto: Astro

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Shila Amzah Selamat Bersalin, Ubai Sebak Lihat Isteri Bertarung Nyawa

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Shila Amzah, Ubai Kongsi Berita Kehamilan

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Mahu Menjaga Hati, Shila Amzah Tunggu Ibu Ubai Selesai Rawatan Kanser Untuk Umum Tarikh Kahwin

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Shila Amzah Dan Ubai Bertunang, Buat Majlis Secara Intim

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 14 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN