Berita Terkini

8 minit yang lalu: KPKT lulus RM3.4 juta pulih projek perumahan terbengkalai di Terengganu 8 minit yang lalu: Lelaki cederakan bekas isteri kerana rebut anak bawa ke klinik didenda RM1,000 8 minit yang lalu: Yayasan di negara ini tidak harus bergantung kepada derma, perlu tingkat keupayaan dana melalui pelaburan dan perniagaan - PM 9 minit yang lalu: Teliti semula syarat tetapkan pemaju perumahan sedia rumah mampu milik - PM 9 minit yang lalu: Jaga disiplin, nama baik Malaysia ketika di Tanah Suci - Na'im

IKUTI KAMI


7 Langkah Mudah Guna Kit Ujian Kendiri COVID-19 Di Rumah

Bukan sains roket, dengan hanya tujuh langkah mudah, anda boleh mencubanya di rumah!

Teknovasi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2021 8:37AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berita baik buat rakyat Malaysia apabila pihak kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah meluluskan lima jenis kit ujian kendiri COVID-19 yang boleh dilakukan di rumah. 

Pastinya ada di antara kita tidak senang duduk jika dilabel kontak rapat, sama ada dengan pergi ke lokasi berisiko atau berjumpa penghidap positif COVID-19 secara tidak sengaja kerana virus ini sudah pun menular dalam kalangan komuniti.

Mujurlah kit ujian kendiri COVID-19 sudah boleh dibeli di mana-mana farmasi berhampiran. Sekurang-kurangnya, ia dapat mengurangkan kegusaran dan kekhuatiran kita.

Namun, tidak ramai yang mengetahui cara-cara menggunakan kit ujian kendiri COVID-19. Kami sarankan untuk anda mencuba Gmate COVID-19 Saliva Antigen Test Kit kerana ia lebih mudah dengan hanya menggunakan medium air liur sebagai penentu keputusan. 

Berharga RM39.00 sekotak, anda boleh membeli kit ujian kendiri ini di farmasi atau klinik kesihatan berhampiran. Ringkas dan pantas, berikut kami titipkan cara-cara penggunaan kit ujian kendiri COVID-19 yang boleh anda lakukan sendiri di rumah:

LANGKAH #1

  • Gosok gigi atau berkumur 30 minit sebelum mencuba ujian
  • Pastikan kelengkapan kit lengkap dengan lima item termasuk kertas panduan
  • Item itu merangkumi corong (funnel), bekas (reagent container), penutup bekas (container cap) dan kit ujian (test kit)

LANGKAH #2

  • Buka bekas 
  • Hati-hati supaya tidak tertumpah larutan sedia ada di dalam bekas
  • Kemudian sambungkan corong 

LANGKAH #3

  • Dengan berhati-hati, ludah air liur memenuhi ¼ bekas
  • Kemudian buka corong dan sambungkan pula penutup bekas

LANGKAH #4

  • Tekan bekas sebanyak 20 kali
  • Goncang bekas sebanyak 20 kali
  • Gunakan jari untuk membuat lubang tersedia di kotak
  • Letakkan bekas itu tadi di dalam lubang tersebut

LANGKAH #5

  • Buka plastik kit ujian kendiri dengan berhati-hati
  • Pastikan tiada sebarang kerosakan kit
  • Pastikan kit bersih tanpa sebarang cela

LANGKAH #6

  • Titiskan tiga ke lima titisan ke dalam bulatan bahagian bawah kit
  • Tunggu keputusan dalam 15 minit

LANGKAH #7

  • Periksa keputusan kit ujian di kertas panduan
  • Jika dua garis (C+T) bermakna positif, manakala satu garis (C) sahaja bermakna negatif
  • Jika tiada garis langsung atau terdapat satu garis (T) bermakna tidak sah

Setelah selesai dan mendapat keputusan, pastikan anda membungkus semua kelengkapan kit yang sudah digunakan tadi ke dalam plastik sebelum membuangnya ke tong sampah.

Membuat ujian kendiri COVID-19 di rumah sangat mudah. Jadi, apa tunggu lagi? Ambil tahu juga 15 ubat wajib ada di dalam peti kecemasan di rumah bagi bersiap siaga menghadapi #COVID19. - Getaran, 11 Ogos 2021

Semua gambar: Azim Rahman

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 jam yang lalu

Sam Rainsy Sudah Tinggalkan Malaysia – Wisma Putra

2

Semasa 23 jam yang lalu

KKM Perhalusi Keperluan, Bukan Timbang Ambil Jururawat Luar - Dr Zaliha

3

Semasa 2 hari yang lalu

Laporan Dakwaan Pelajar Pelatih Tidak Dibayar Elaun Sedang Diteliti - PM

4

Semasa 2 hari yang lalu

Laporan Dakwaan Pelajar Pelatih Tidak Dibayar Elaun Sedang Diteliti - PM

Sorotan

1

FINAS: Penamatan Khidmat Dr Md Nasir Keputusan Lembaga Pengarah - Fahmi

2

Sam Rainsy Sudah Tinggalkan Malaysia – Wisma Putra

3

Bayi Lelaki Dihurung Semut Di Hentian Bas

Disyorkan untuk anda

Teknovasi 1 hari yang lalu

Honda Bakal Mengeluarkan Kenderaan EV Kategori Skuter Tidak Lama Lagi, Dapat Permintaan Tinggi Di Eropah

oleh Izwan Ramlan