web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Agents' Arena – Siri Permainan Penuh Kejutan Dari Dunia Ejen Ali

Seratus peratus buatan Malaysia dan ia merupakan permainan berbilang pemain (multiplayer) yang pertama dihasilkan dengan kerjasama Harta Intelek Animasi Malaysia.

Teknovasi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2021 2:40PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ramai di antara kita asyik dengan permainan video atau bahasa popularnya ‘game’ di telefon pintar masing-masing bagi menghilangkan rasa bosan. Jika dihitung mungkin sudah tidak terkira jumlah permainan yang telah dimuat turun. 

Sampai satu ketika anda pun mula muak dengan permainan yang sama. Sebab apa? Kerana halangan atau cabaran permainan itu sudah boleh dibaca dan anda sudah tahu bagaimana cara ia bermain. 

Jadi, jika anda mencari permainan digital interaktif yang lebih mengujakan untuk melalui tempoh berkurung ini, apa kata anda muat turun permainan ‘Agents' Arena’ yang diinspirasikan daripada siri popular animasi Ejen Ali The Movie.

Siri permainan terbaharu ini telah dilancarkan REV Media Group, Primeworks Studios dan WAU Animation pada 15 Julai lalu dan sehingga kini ia telah dimuat turun lebih daripada 100,000 kali. 

'Ejen Ali: Agents' Arena' adalah tambahan terbaharu untuk francais permainan mudah alih Ejen Ali yang mula diperkenalkan pada 2016. Ketika itu, siri permainan ini tampil 'Ejen Ali: MATA Training Academy' dan diikuti dengan 'Ejen Ali: Emergency'. 

'Ejen Ali: Agents' Arena' merupakan 100% buatan Malaysia dan ia permainan berbilang pemain (multiplayer) yang pertama dihasilkan dengan kerjasama Harta Intelek Animasi Malaysia. 

Dalam gaya permainan kasual arena pertempuran, pemain berkumpul dalam satu pasukan yang terdiri daripada tiga orang dan masing-masing mengawal watak wira untuk bersaing dengan pihak lawan yang terdiri daripada tiga pemain atau Al bots.

Objektif setiap pertempuran adalah untuk menewaskan pasukan lawan dan merebut tiga zon utama di peta permainan. Pasukan pertama yang meraih 100 mata akan dijulang sebagai pemenang.

Pada pusingan pertama, pemain boleh memilih antara enam watak utama yang asalnya muncul dalam siri TV iaitu Ejen Ali, Ejen Alicia, Ejen Rudy, Ejen Khai, Ejen Roza dan Ejen Mika. Setiap watak mempunyai teknik serangan tersendiri serta kemahiran terbaik yang mampu dimanfaatkan untuk mengubah strategi dan hasil permainan ketika pertempuran. Permainan ini dijangka dikembangkan dengan watak, kostum dan peta baru di masa hadapan.

Satu fakta yang anda harus tahu, walaupun permainan ini direka untuk hiburan waktu senggang, ia tetap mengambil tanggungjawab sosial agar permainan ini sesuai dinikmati oleh pelbagai lapisan umur. Pendek kata, ibu bapa tidak perlu bimbang dengan permainan ini kerana ia dihasilkan dengan sentimen yang selamat untuk pengguna di bawah umur, bebas daripada visual kandungan ganas, pemakaian yang tidak bersesuaian mahupun bahasa yang kurang baik.

'Ejen Ali: Agents' Arena' menanamkan nilai-nilai murni seperti kerja berpasukan, disiplin dan pemikiran strategik dalam kalangan pemain, menjadikannya ia salah satu aktiviti riadah yang ideal untuk golongan belia dan kanak-kanak. 

Bersempena dengan pelancaran ini juga, sebuah kejohanan e-sukan bakal dianjurkan oleh REV Media Group pada masa akan datang. Maklumat lanjut akan dikongsi dalam waktu terdekat.

'Ejen Ali: Agents' Arena' tersedia secara eksklusif untuk peranti mudah alih di Google PlayStore dan Apple App Store. 

Gambar : REV Media Group

Berita Berkaitan

1

TARA 3 tahun yang lalu

Street Fighter 6 Bakal Menggegar Dunia Permainan Video, Lebih 'Real' Dan Mencabar Dengan 4 Karakter Baharu

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Gamer Dalam Talian Rugi RM95,700 Ditipu ‘Inspektor Maria’

3

Teknovasi 3 tahun yang lalu

Virtuos Tubuh Studio Di KL, Sokong Pertumbuhan Sebagai Hab Pembangunan Permainan Video

4

Teknovasi 3 tahun yang lalu

EA Sports Tamat Kontrak Permainan Video Bersama FIFA

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN