Berita Terkini

22 minit yang lalu: Pembukaan Jambatan Bagan Datuk tarik minat pelabur - Ahmad Zahid 41 minit yang lalu: Kastam tumpas sindiket penyeludupan, rampas rokok RM1.5 juta 47 minit yang lalu: KPT perlu rangka pelan pembangunan bakat, pembinaan kapasiti untuk tingkat kecekapan - Khaled 1 jam yang lalu: Pasukan Petugas Khas diwujudkan bagi cari penyelesaian isu air di Kelantan dan Sabah - PM 1 jam yang lalu: Budak 3 tahun maut ditikam di Sydney

IKUTI KAMI


Bosan Duduk Rumah? Aplikasi Ini Bawa Anda Berjalan Seluruh Dunia!

Ablo membolehkan anda mengembara ke seluruh dunia secara maya melalui lensa mata penduduk tempatan.

Teknovasi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jul 2021 9:06AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tentu sahaja ramai yang sedang dalam kebosanan atau merasa ‘terperangkap’ di rumah sendiri dek Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang berkuatkuasa baru-baru ini. 

Terutamanya penduduk Selangor dan Kuala Lumpur, perasaan ingin berjalan pastinya membuak-buak. Duduk rumah, sampai bila? 

Nah, usah khuatir. Di era globalisasi ini, anda masih mampu ‘berjalan’ tanpa meninggalkan kediaman berkat teknologi terkini. 

Misalnya, mengembara ke seluruh bahagian dunia secara maya dengan hanya menggunakan aplikasi di telefon pintar anda. Ya, tak perlu keluar rumah!

Kami sarankan anda memuat turun Ablo – aplikasi sembang dan siaran video terbaharu di pasaran – yang menyediakan perkhidmatan ‘Persembahan Panduan Langsung’ (PPL). 

Melalui inisiatif ini, orang ramai dan pengguna boleh menyiarkan lokasi-lokasi menarik di kawasan mereka secara langsung dan menjadi pemandu pelancong untuk negara masing-masing.

Memandangkan seluruh dunia (termasuk rakyat Malaysia) sedang rindu untuk kembali melancong semula, aplikasi ini muncul tepat pada waktunya. 

Aktiviti makan angin sambil bersiar-siar dan berbual dengan penduduk tempatan, mungkin tidak dapat dilakukan secara fizikal buat sementara waktu ini. 

Dengan itu, Ablo mengambil langkah dengan mencipta kaedah penstriman langsung yang baharu. Melalui PPL, para pengguna boleh berkongsi tentang negara dan budaya mereka pada masa nyata. 

Mereka seperti pemandu pelancong maya, anda pula sebagai pelancong maya! Semasa sesi itu, anda boleh pelajari dan lawati pelbagai tempat tarikan, makanan, fesyen dan budaya setempat.

Menariknya, PPL bukan hanya penyiaran satu pihak sahaja. Selain mengikuti lawatan maya itu tadi, anda juga boleh bertanyakan soalan dan bersembang secara langsung dengan si penyiar. 

Ia mewujudkan suasana realistik, seolah-olah anda sendiri berada di lokasi. Yang paling kami suka, perbualan anda itu tadi akan diterjemahkan secara langsung oleh Ablo! Menarik bukan?

“Pada saat wabak ini, orang ramai mempunyai keinginan yang lebih kuat untuk menjelajahi dunia. Untuk melihat apa yang ada dan terjadi di luar sana.

“Tidak ada cara yang lebih baik untuk menjelajah dunia selain berbual dengan penduduk tempatan di lokasi-lokasi yang ingin dilawati sesudah tamat wabak ini nanti.

“Dengan Persembahan Panduan Langsung, kami mahu orang ramai menyatakan hasrat mereka untuk berkongsi budaya antara satu sama lain.

“Bersembang serta berkongsi kisah sebenar seperti kamu melancong suatu masa dahulu,” ujar Josst Roelandts, Ketua Pegawai Eksekutif Ablo.

Sedikit informasi, Ablo merupakan antara pemenang 'Aplikasi Terbaik 2019' di Google Play Store dan sudah pun dimuat turun oleh lebih 29 juta pengguna di seluruh dunia.

Aplikasi ini membawa anda mengembara ke 233 buah negara tanpa perlu meninggalkan rumah. Ia adalah satu aplikasi sembang dan siaran video yang menghubungkan anda dengan dunia maya.

Ramai pengguna terdiri daripada pelbagai latar belakang dan warganegara, Ablo membolehkan anda berbual dalam bahasa anda sendiri, seterusnya menterjemahkannya secara langsung. 

Misi Ablo ialah menyatukan yang terpisah pada zaman wabak ini dan mewujudkan dunia maya tanpa sempadan yang lebih terbuka. Layari Ablo untuk maklumat lanjut. – Getaran, 14 Julai 2021. 

Semua gambar: Ablo Malaysia

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

KKM Laksana Penilaian Risiko Situasi COVID-19 Pertengahan Jun

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Rumah Terbuka: 'Ziarah Terdidik' Elak Penularan COVID-19

3

TARA 1 bulan yang lalu

Ingin Melancong Ketika Musim Perayaan, Gunakan Lima Aplikasi Mudah Ini!

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Bakal Haji Perlu Muat Turun Saudi Visa Bio Untuk Permohonan Visa

Sorotan

1

Sam Rainsy Sudah Tinggalkan Malaysia – Wisma Putra

2

Bayi Lelaki Dihurung Semut Di Hentian Bas

3

Peruntukan Tinggi Untuk Sabah Dan Sarawak Berdasarkan Keperluan - PM

Disyorkan untuk anda

Teknovasi 1 hari yang lalu

Honda Bakal Mengeluarkan Kenderaan EV Kategori Skuter Tidak Lama Lagi, Dapat Permintaan Tinggi Di Eropah

oleh Izwan Ramlan