web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


HONOR 400: Telefon Kelas Pertengahan Serba Hebat Yang Mesra Poket

Siri HONOR 400 dikuasakan MagicOS 9.0, menampilkan pengalaman pengguna pintar yang diperhebatkan dengan pelbagai ciri pintar yang dikuasakan AI

Teknovasi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2025 3:22PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HONOR terus memperkukuh kedudukannya dalam pasaran telefon pintar dengan pelancaran model baharu, HONOR 400. 

Telefon ini menawarkan gabungan spesifikasi yang mantap, teknologi kamera AI yang canggih, dan bateri tahan lama, semuanya dalam harga yang mesra pengguna.

Untuk anda yang sedang mencari telefon pintar berkualiti tanpa perlu mengorbankan bajet, ini adalah ulasan HONOR400 yang lebih lengkap selepas penulis menggunakan selama sebulan.

Berikut adalah kelebihan utama HONOR 400.

1. Reka Bentuk Dan Paparan Memikat 

Siri HONOR 400 menampilkan paparan flagship dengan paparan AMOLED 1.5K yang dipadankan dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan HDR puncak 5,000 nits untuk penglihatan jelas terutamanya ketiba di bawah cahaya matahari.

Paparan ini bukan sahaja tajam dan terang, malah sangat lancar untuk melayari media sosial, menonton video, atau bermain permainan. Reka bentuk sisi rata dengan bingkai nipis memberi rasa premium dan selesa digenggam.

2. Paparan Yang Mementingkan Keselesaan Mata

Ia juga didatangkan dengan teknologi Paparan Keselesaan Mata dengan Pemalapan PWM Bebas Risiko 3840Hz bagi membantu mengurangkan kerlipan skrin dan keletihan mata. 

Ciri Teknologi Penapis Cahaya Biru pada peringkat perkakasan pula menghindarkan pendedahan kepada cahaya biru berbahaya dan ciri Pemalapan Dinamik menyelaras kecerahan bagi mengurangkan keletihan mata.

Ciri AI Defocus Display pula mengurangkan keletihan dengan menyelaras kandungan dan memaparkan imej secara sedikit di hadapan retina. 

Lebih menggembirakan, kedua-dua model turut hadir dengan ciri baharu Motion Sickness Relief yang membantu mengurangkan rasa loya atau tidak selesa ketika menggunakannya di dalam kenderaan. 

3. Prestasi Lancar Untuk Semua Kegunaan 

Dikuasakan cip Snapdragon 7 Gen 3, Honor 400 dilengkapi pilihan RAM 8GB atau 12GB serta storan dalaman sehingga 512GB. Ia cukup tangkas untuk semua tugasan harian termasuk aplikasi sosial, kerja pejabat, dan permainan mudah alih. 

Sistem MagicOS 9 berasaskan Android 15 pula memberi pengalaman mesra pengguna dengan pelbagai ciri pintar.

4. Kamera AI 200MP Yang Menakjubkan

Dalam artikel terdahulu penulis telah menerangkan bahawa salah satu tarikan utama telefon ini terletak pada sistem kamera dwi dengan lensa utama 200MP yang dilengkapi penstabilan imej optikal (OIS). 

Ia menghasilkan gambar yang sangat tajam dan terang, walaupun dalam pencahayaan rendah. Kamera kedua ialah 12MP ultra lebar yang sesuai untuk tangkapan landskap atau gambar berkumpulan.

Kamera hadapan pula menawarkan sensor 50MP yang sangat sesuai untuk swafoto dan panggilan video berkualiti tinggi. Fungsi-fungsi pintar seperti AI Erase, AI Super Zoom, dan AI Portrait Video memudahkan pengguna menghasilkan kandungan kreatif dengan mudah.

5. Bateri Besar, Pengecasan Pantas

HONOR 400 dilengkapi dengan Bateri Silikon-Karbon 6,000mAh yang tahan lebih lama, ideal untuk penggunaan sepanjang hari terutamanya ketika berada di luar rumah sepanjang hari. 

Penggunaan biasa mampu bertahan lebih dari sehari. Ia juga menyokong pengecasan pantas 80W, mengisi penuh bateri dalam kira-kira 45 minit. 

Bateri ini mampu menahan suhu serendah -20°C walaupun dengan tahap bateri rendah dan pengguna masih boleh membuat panggilan dan merakam video dalam pelbagai keadaan. 

HONOR 400 juga memiliki perlindungan kalis air dan habuk IP65 yang menawarkan perlindungan komprehensif daripada air dan habuk. Ini menjadikan siri ini sesuai dibawa untuk pengembaraan luar dan persekitaran yang mencabar.

6. Ciri AI Yang Mampu Menterjemah 14 Bahasa

Ciri ini membuatkan telefon pintar yang lain terpelanting jauh. Siri HONOR 400 dikuasakan MagicOS 9.0, menampilkan pengalaman pengguna pintar yang diperhebatkan dengan pelbagai ciri pintar yang dikuasakan AI. 

Untuk kecekapan bekerja, siri ini menampilkan empat ciri AI utama iaitu AI Summary, AI Minutes, AI Format dan AI Correction untuk memudahkan penulisan minit mesyuarat disiapkan secara pintar dan mudah. 

AI Translation pula menyokong terjemahan pantas sehingga 14 bahasa, manakala AI Live Translation membolehkan terjemahan masa nyata semasa panggilan telefon antara dua pengguna. 

Siri HONOR 400 turut disertakan dengan pembantu AI iaitu Google Gemini. Pengguna boleh berinteraksi dengan Gemini untuk merancang, belajar, menulis dan banyak lagi.

Bagi memastikan pengguna dilindungi daripada potensi penipuan deepfake serta keselamatan atas talian, Siri HONOR 400 disepadukan dengan teknologi Pengesanan Deepfake AI yang terbina di dalam peranti.

Kekurangan Yang Anda Perlu Tahu

Walaupun HONOR 400 sangat mengagumkan, ada beberapa perkara yang mungkin menjadi kekurangan bagi sesetengah orang:

  • * Tiada pengecasan tanpa wayar – masih belum disokong walaupun sesetengah pesaing menawarkannya.
  • * Tiada kamera telephoto, hanya zum digital, kurang sesuai untuk peminat fotografi jarak jauh.
  • * Tiada slot microSD – storan tidak boleh ditambah, jadi pengguna perlu pilih versi storan lebih besar dari awal.
  • * Antaramuka MagicOS – menyerupai iOS dan mungkin terasa ‘berat’ kepada sesetengah pengguna Android tulen.

Siapa Patut Membeli HONOR 400?

HONOR 400 sangat sesuai untuk:

1. Pengguna harian yang mahukan telefon lancar dan tahan lama.

2. Mereka yang gemar mengambil gambar dan video mudah tapi dalam resolusi berkualiti.

3. Pengguna yang mahu bateri tahan 1 hingga 2 hari dan pengecasan pantas.

4. Mereka yang menghargai kemas kini perisian jangka panjang

5. Pelajar, ibu bapa dan pekerja yang mahukan nilai terbaik bawah RM2,200.

Siri HONOR 400 tersedia dalam tiga variasi. HONOR 400 Pro didatangi dengan RAM 24GB RAM (termasuk 12GB HONOR Turbo RAM) dan storan 512GB pada harga RM2,699, dalam warna Lunar Grey, Tidal Blue dan Midnight Black.

HONOR 400 hadir dalam dua konfigurasi iaitu RAM 24GB (termasuk 12GB HONOR Turbo RAM) dengan storan 256GB pada harga RM1,899, atau 512GB pada RM2,199. Kedua-duanya tersedia dalam warna Desert Gold, Tidal Blue dan Midnight Black.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang rasmi HONOR di www.honor.com/my/ - Getaran, 1 Julai 2025

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 4 hari yang lalu

Always Robots Rasmi Beroperasi Di Malaysia, Perkenal Robot Humanoid Berasaskan AI

2

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Drama Mini Tamil Dirakam Guna Telefon Pintar, Beri Inspirasi Kepada Pengkarya Baharu

3

Teknovasi 2 bulan yang lalu

Siri HONOR 600 Dengan Teknologi AI Terkini Dilancar, Kamera Utama 200MP

4

Teknovasi 3 bulan yang lalu

Robot Phone & Magic V6 Letakkan HONOR Di Pentas Dunia MWC 2026

Sorotan

1

Harimau Kumbang Di Lebuh Raya Berhampiran Tasik Kenyir, Orang Ramai Digesa Berhati-Hati

2

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

3

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

4

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

5

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

6

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000