web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Suka Siaran Percuma? ‘Sooka’ Jawapan Untuk Anda!

‘Sooka’ menawarkan perkhidmatan penstriman percuma untuk siaran langsung sukan dan kandungan tempatan.

Teknovasi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2021 9:00AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Diilhamkan daripada perkataan ‘suka’, Sooka adalah perkhidmatan penstriman terbaharu yang memberi tumpuan kepada kandungan-kandungan seperti siaran langsung sukan antarabangsa, drama dan hiburan serta siri-siri eksklusif terbitan Sooka menerusi platform Over-The-Top (OTT).

Menyasarkan bagi mengisi kelompangan kandungan tempatan yang disukai golongan milenial, Sooka mencipta kandungan yang lebih bercitra tempatan, segar dan menjadikan ia lebih mudah akses bagi mereka yang mengutamakan kandungan versi mudah alih seperti telefon pintar.

Ketua Rancangan, Emarina Mohd Kamal berkata, “sooka tiba di saat pengguna hari ini mengamalkan gaya hidup mobile-first. Peralihan trend menonton (dari televisyen ke peranti) menyebabkan mereka lebih pantas mengadaptasi gaya hidup norma baharu.”

“Maka tidak hairanlah kenapa mereka sangat bergantung kepada telefon pintar masing-masing serta lebih aktif di media sosial. Mereka sentiasa mencari kandungan yang boleh ditonton segera di mana-mana sahaja mereka berada.”

“Selain kandungan hiburan tempatan, kelebihan sooka ialah menawarkan siaran sukan secara langsung untuk tontonan peminat sukan menerusi telefon pintar mereka, membolehkan mereka menonton aksi sukan kegemaran mereka pada bila-bila masa, tidak kira di mana sahaja.”

Selain menawarkan langganan percuma, sooka turut menawarkan dua pilihan pelan mampu milik iaitu pelan VIP+Sport (RM41.90 sebulan) untuk anda menikmati akses tanpa had dan secara langsung, aksi-aksi sukan terbaik sepanjang tahun

Pelan kedua iaitu pelan VIP Entertainment (RM15.90 sebulan) pula menawarkan kandungan hiburan terbaik tempatan merangkumi drama, rancangan, filem serta siri-siri eksklusif sooka. 

Bersempena UEFA EURO 2020, Sooka melancarkan promosi istimewa untuk pelan VIP+Sport pada harga pengenalan RM15.90 sahaja mulai Jun 2021. Promosi ini membolehkan anda menikmati kesemua 51 perlawanan UEFA EURO 2020 dan lain-lain aksi sukan secara langsung. 

Untuk memulakan kembara Sooka anda, muat turun aplikasi Sooka di Apple Store atau Google Playstore. Layari sooka.my untuk maklumat lanjut. – Getaran , 9 Jun 2021 

Semua gambar: Sooka Malaysia

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 hari yang lalu

'Pocket Rocketman' Azizulhasni Atlet Ketiga Terima Darjah Bakti Daripada Agong

2

Sukan 3 minggu yang lalu

Selangor Bakal Miliki Kompleks Polo Bertaraf Antarabangsa, Babit Kos Puluhan Juta

3

Sukan 3 minggu yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

4

Sukan 1 bulan yang lalu

China Sekat Impian Perancis, Kekalkan Kejuaraan Piala Thomas

Sorotan

1

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

2

Agong Zahir Nasihat Kepada KP SPRM, Laksana Amanah Penuh Integriti

3

JPJ Selangor Tahan Van, Sita Kenderaan Disyaki Terlibat Aktiviti Teksi Sapu Di KLIA

4

Ibu Muda Mangsa Kesalahan Seksual Perlu Kembali Sambung Pelajaran - Fadhlina

5

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

6

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek