web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hublot Big Bang E Membawa Stadium Maya Kepada Anda

Hublot melancarkan Hublot Big Bang E, jam tangan rasmi sempena UEFA EURO 2020.

Gaya Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2021 2:30PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lebih kurang sebulan sahaja lagi sebelum UEFA EURO 2020 bermula! Peminat-peminat bola sepak di seluruh dunia mula berasa gembira bagi menyaksikan Kejohanan Bola Sepak Piala Eropah 2020 ini yang sudah tertangguh selama setahun akibat COVID-19.

Bagi meraikan semangat ini, Hublot melancarkan Hublot Big Bang E selaku jam tangan rasmi sempena UEFA EURO 2020. Hublot membolehkan peminat bola sepak di seluruh dunia menonton kejohanan ini dengan hanya ‘memakai’ stadium maya mereka sendiri dengan Hublot Big Bang E. 

Secara estetika, Hublot Big Bang E menampilkan ciri-ciri model Big Bang yang ikonik dengan jenama Hublot ini. Bezelnya mempunyai warna-warna bendera 12 buah negara yang bertanding. Badan jam bersaiz 24mm dalam warna ‘Black Magic’. 

Hublot Big Bang E hadir dalam skrin sesentuh AMOLED berdefinisi tinggi. Modul elektronik yang kompleks ini beroperasi dengan aplikasi WearOS oleh perisian Google. Ia disesuaikan dan disempurnakan bagi memenuhi keperluan masa hadapan jam tangan Hublot. 

Aplikasi ini membolehkan anda menonton kejohanan tersebut dalam masa nyata. Selain itu, anda juga dapat mengikuti masa perlawanan di antara penjagaan masa, separuh masa, masa tambahan dan masa akhir perlawanan secara tepat. 

Istimewanya, Hublot Big Bang E turut memaklumkan pemakainya tentang kad-kad yang dilayangkan kepada pemain, penggantian pemain, penalti dan jaringan gol! Terdapat juga pilihan untuk melihat maklumat tentang barisan pasukan, formasi dan kedudukan pemain di padang. 

Anda boleh memuat-turun muka jam dalam warna-warna negara bertanding kegemaran anda secara percuma. Selain itu, Hublot Big Bang E hadir dengan tali getah eksklusif bercangkuk titanium. Anda juga boleh membeli tali jam ini dalam warna-warna pasukan kegemaran anda. 

Khusus untuk Kejohanan Bola Sepak Piala Eropah 2020 ini juga, Hublot akan membekalkan Hublot Big Bang E Referee untuk semua pengadil di lapangan. Papan-papan masa elektronik bagi menunjukkan penggantian pemain juga akan menggunakan warna-warna rasmi Hublot. 

Hublot turut melancarkan siri audio siar bertajuk Hublot Fusion Podcast yang dihoskan oleh wartawan sukan Perancis, Anne-Laure Bonnet. Rancangan 12 episod ini bakal menampilkan temu bual eksklusif bersama para legenda bola sepak serta pemain-pemain merangkap duta Hublot. 

Audio siar ini akan memberi fokus kepada 12 nilai kemenangan sejagat iaitu solidariti, kesatuan, kesungguhan, komitmen, keterangkuman, kesamaan, persahabatan, keadilan, penghormatan, permainan saksama, toleransi dan perkongsian yang dipegang oleh UEFA EURO 2020.

Hublot Big Bang E boleh didapati secara eksklusif di semua butik Hublot di seluruh negara. Layari Hublot Malaysia untuk maklumat lanjut. – Getaran, 1 Jun 2021

Semua gambar: Hublot Malaysia


 

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 minggu yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 2 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 3 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

2

Agong Zahir Nasihat Kepada KP SPRM, Laksana Amanah Penuh Integriti

3

JPJ Selangor Tahan Van, Sita Kenderaan Disyaki Terlibat Aktiviti Teksi Sapu Di KLIA

4

Ibu Muda Mangsa Kesalahan Seksual Perlu Kembali Sambung Pelajaran - Fadhlina

5

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

6

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek