web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Siri realme Buds Air6 Mampu Milik, Janji Pengalaman Mendengar Memikat

Siri ini menandakan usaha berterusan jenama dalam teknologi pembatalan hingar yang canggih, membawa kualiti bunyi Hi-Fi 

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2024 12:06PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jenama telefon pintar yan semakin berkembang di dunia, realme dengan bangga memperkenalkan produk Artificial Intelligence of Things (AioT) terbaharunya iaitu Siri realme Buds Air6, selepas pengenalan Siri realme GT 6. 

Menampilkan realme Buds Air6 Pro dan Buds Air6, dua model fon telinga wayarles stereo (TWS) ini menandakan usaha berterusan jenama dalam teknologi pembatalan hingar yang canggih, membawa kualiti bunyi Hi-Fi dan ciri-ciri terkini untuk meningkatkan pengalaman audio.

Fon telinga realme Buds Air6 ini menampilkan pemacu Mega Titanizing 12.4mm, dengan peningkatan 89% dalam kawasan getaran berbanding pemacu standard. Ia mempunyai fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) yang boleh membatalkan bunyi sehingga 50dB, serta pengiktirafan Hi-Res Audio, dan teknologi kodak audio HD LHDC 5.0.

Ini bermakna, realme Buds Air6 Pro membolehkan pendengar untuk menutup dunia di sekeliling mereka, sama ada untuk fokus di tempat kerja atau menikmati masa sendiri ketika ke sana-sini.

Algoritma Audio Peribadi dan Kesan Audio Ruang 360° kemudiannya menambah pengalaman mendengar yang memikat, membolehkan pendengar menikmati audio tiga dimensi seperti di teater. realme Buds Air6 Pro juga menyokong protokol penghantaran tanpa wayar HD LDAC.

Sementara itu, realme Buds Air6 Pro pula mempunyai dwi-pemacu dengan kualiti H-Fi, termasuklah pemacu bass 11mm dan tweeter mikro-planar 6mm untuk bass yang dalam dan frekuensi tinggi merentasi spektrum penuh. Ia boleh membatalkan hingar sehingga 50dB untuk menikmati kualiti audio yang tidak terganggu.

Kedua-dua realme Buds Air6 Pro dan Buds Air6 menawarkan Peningkatan Bass Dinamik untuk bass yang lebih kuat dan berlapis-lapis. Pengalaman mendengar terbaik berterusan dengan Pembatalan Kebisingan Panggilan 6-mik, sehingga 40 jam mainan, Latensi Super Rendah 55ms, Google Fast Pair, dan kalis debu dan air IP55 pada kedua-dua TWS.

Buat masa ini realme Buds Air6 dijual pada harga RM299, manakala realme Buds Air6 Pro pula berharga RM399. Ia boleh didapati di semua cawangan realme, pengedar sah, Shopee, Lazada dan TikTok Shop.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.realme.com/my/. - Getaran, 24 Jun 2024

Foto : realme

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN