Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Panduan Dan Tip Untuk Beli Skrin Televisyen Pintar, Smart TV

Sebelum beli skrin televisyen pintar, baik ambil tahu serba sedikit tentang spesifikasinya.

Teknovasi Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2024 8:49PM

Skrin TV mula tidak mengeluarkan visual, mungkin perlu beli baru.

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setiap peralatan elektrik di rumah pasti punya tempoh hayat, termasuklah skrin televisyen. Mungkin sudah sampai masanya untuk anda menukar skrin televisyen yang ada, lebih-lebih lagi jika pembesar suara rosak, imej tidak kelihatan, kualiti gambarnya semakin tidak memuaskan atau skrin berjalur.

Maklumlah, kadangkala kos untuk membaiki lebih mahal berbanding dengan membeli yang baharu. Bagaimanapun, dalam dunia teknologi serba pantas hari ini, membeli skrin televisyen yang baharu kadangkala boleh menjadi isu rumit. Keliru dengan pilihan yang ada, sama ada berkait dengan spesifikasinya atau harganya.

Untuk membantu anda membuat pilihan terbaik, berikut adalah beberapa panduan dan tip yang perlu dipertimbangkan apabila hendak membeli skrin skrin televisyen pintar baharu.

1. Sesuaikan Dengan Ruang Rumah

Sesuaikan saiz skrin televisyen dengan ruangan.
Sesuaikan saiz skrin televisyen dengan ruangan.

Saiz skrin televisyen memang mainkan peranan penting untuk pengalaman menonton yang optimum. Semakin besar skrin televisyen, semakin tinggi kepuasannya. Namun, kenalah sesuaikan dengan ruangan rumah sendiri. 

Saiz televisyen yang besar, kadang-kadang tidak sesuai untuk ruang yang kecil. Selain itu, pertimbangkan juga jarak tempat duduk dengan skrin televisyen. Ingat, semakin besar skrin televisyen, semakin mahal harganya. Tengok dulu akaun bank anda!

2. Tentukan Resolusi Yang Betul

Resolusi merujuk kepada tahap perincian yang dapat dipaparkan oleh skrin televisyen. Jika anda ingin membeli skrin televisyen yang besar, adalah lebih bagus pilih skrin dengan resolusi 4K (Ultra HD) kerana ia menawarkan perincian yang lebih besar dan menyokong HDR untuk warna yang lebih menyerlah dan mewah.

Lebih tinggi pixel yang ditawarkan, lebih ‘hidup’ visual yang tertera di skrin. Jadi, lagi seronok menonton televisyen di rumah, lebih-lebih lagi sekarang ini banyak platform penstriman menawarkan kandungan dalam resolusi 4K, terutamanya di Netflix.

3. Kenali Jenis Panel (LED, QLED)

Jenis panel mempengaruhi kualiti gambar. Jika anda meninjau ke bahagian elektrikal, anda boleh lihat terdapat pelbagai jenis skrin televisyen yang dijual. Namun, pada asasnya terdapat panel LED dan OLED.

LED bermaksud Light Emitting Diode, di mana teknologinya lebih canggih daripada LCD (Liquid Crystal Display).

Sebelum adanya LED, pengeluar menggunakan teknologi LCD untuk membuat paparan skrin. TV LCD menggunakan lampu fluorescent untuk menjana paparan manakala TV LED menggunakan diod untuk menjana paparan.

Kelebihan LED ialah, resolusinya lebih terang, mempunyai kontras yang baik, jimat tenaga dan saiznya lebih nipis (slim).

Bagaimana pula dengan OLED? la adalah LED Organik yang memancar cahaya dan warna tersendiri. Seluruh skrin menggunakan LED bersaiz nano yang akan memancarkan warna tersendiri mengikut signal yang diterima. Jadi, tak perlu lagi sumber cahaya di belakang skrin OLED ni.

Visual skrin ini lebih jelas kerana kontrasnya lebih tinggi. Warna-warna yang dihasilkan juga lebih terang dan tajam. Sama seperti LED, ia juga menjimatkan tenaga.

4. Sokongan Format

Skrin televisyen pintar terkini kebanyakkan mempunyai platform penstriman terbina.
Skrin televisyen pintar terkini kebanyakkan mempunyai platform penstriman terbina.

Carilah skrin televisyen pintar yang mampu menyokong pelbagai format HDR, standard audio, dan mod gambar, termasuk tetapan khusus permainan. Lebih banyak sokongan format, bermakna anda akan memperolehi pengalaman tontonan yang lebih menyeronokkan.

Pilihan Skrin Televisyen Pintar Daripada LG Malaysia

Dengan segala info yang telah diperolehi tadi, bolehlah panjangkan langkah ke mana-mana stor peralatan elektik yang anda suka atau boleh buat belian secara dalam talian untuk lebih keselesaan.

Berikut adalah pilihan yang tersedia daripada LG Malaysia. Setiap model disertakan dengan LG Magic Remote yang mudahkan anda menavigasi skrin televisyen.

Harga yang dipaparkan adalah cadangan harga runcit. Jika ada promosi jualan diadakan, mungkin anda boleh dapatkan dengan harga yang lebih berbaloi.

LG QNED75

Model ini adalah pengganti untuk siri Nano75 dan menawarkan pemprosesan yang dikemas kini dan reka bentuk yang lebih langsing atau nipis. Skrin televisyen ini pilihan yang bagus untuk peminat sukan, peminat filem dan gamers.

Tersedia dalam tiga saiz iaitu 55 inci, 65 inci dan 75 inci dengan harga di antara RM4,999 hingga RM10,399.

Antara spesifikasi yang anda patut tahu ialah ia menawarkan pengalaman warna yang diperkaya dengan teknologi Quantum Dot dan NanoCell, pengalaman tontonan yang dipertingkatkan dengan Pemproses AI α5 4K Gen6 dan juga pengalaman TV yang diperibadikan dengan ThinQ AI & webOS dengan ‘My Profile’ dan AI Concierge. Platform penstriman Prime Video, YouTube, Netflix, Apple TV+ juga siap terbina.

LG QNED81

Untuk model ini ia mempunyai pilihan saiz yang lebih banyak iaitu 55, 65, 75 da 86 inci. Harga pula bermula daripada RM6,299 hinggalah RM15,999. Jadi kena bijak buat pilihan mengikut tip yang telah diberikan awal tadi.

Jika melihat kepada beberapa ulasan dalam talian, ada ramai yang mencadangkan model ini untuk menonton program sukan dan bermain permainan video. LG QNED81 menunjukkan prestasi yang mengagumkan, di mana ia hadir dengan pengalaman warna yang diperkaya dengan teknologi Quantum Dot dan NanoCell dan pengalaman tontonan yang dipertingkatkan dengan pemproses AI α7 4K Gen6. 

Selain itu, daripada empat port HDMI, dua menyokong 120Hz, jadi anda boleh memasangkan konsol PlayStation 5 dan Xbox Series X anda dan menikmati kadar bingkai yang tinggi (high frame rates). Penonton televisyen kasual, nikmatilah tontonan televisyen di platform penstriman yang siap terbina iaitu Prime Video, Netflix, dan Apple TV+

LG UR80 

Tersedia dalam saiz 75 inci dan 86 inci yang mana masing-masing berharga RM7,799 dan RM11,999. Skrin televisyen ini menjanjikan warna terang dan perincian yang luar biasa dengan 4K HDR10 Pro untuk pengalaman tontonan yang lebih menyeronokkan dengan pemproses AI α7 4K Gen6.

Ia juga mempunyai fungsi pintar termasuk ThinQ AI dan WebOS, dan penstriman terbina dalam, termasuk Saluran LG, Netflix, Apple TV+ dan Disney+.

LG OLED evo C3

LG OLED evo tampil dengan reka bentuk ultra slim dan minimalis. Dibangunkan dengan pemproses  terkini, AI α9 4K Gen6 an memiliki saiz paling kecil dari 55 inci sehingga paling besar, 83 inci, model ini memberi pengalaman permainan menjadi lebih lancar dan versi terkini WebOS  untuk akses mudah kepada pelbagai kandungan.

OLED mempunyai piksel yang mampu menyala sendiri dan boleh dihidupkan serta dimatikan secara automatik termasuk secara individu. Ini bermakna ia memberikan pengguna warna hitam yang sempurna, warna dan imej semula jadi menakjubkan. ‘Brightness Booster’ menyampaikan sehingga 20 peratus gambar lebih terang.

Selain itu, ia juga memiliki fungsi pengecaman suara bebas tangan. Siri LG OLED evo yang serba canggih ini menawarkan harga yang bukan mampu dimiliki oleh semua iaitu bermula daripada RM10,999 hinggalah RM35,999. – Getaran, 2 Mac 2024

Foto Hiasan : Unsplash

TV : LG

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Nikmati 'Staycation', Percutian Idaman Di 5 Hotel, Resort Baharu

Menawarkan pesona tersendiri, kesemua hotel ini menjanjikan pengalaman indah untuk percutian yang singkat

oleh Rahayu MN

Gaya 10 jam yang lalu

Duit Raya Mahu Dibelanjakan Atau Simpan?

Kalau mahu didik anak menabung, boleh simpan. Kalau hendak belanja, perlu pertimbangkan sebabnya.

oleh Rahayu MN