Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Perkasakan Tulisan Jawi Dengan Al

Teknovasi Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2024 8:10AM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pada satu ketika, tulisan Jawi begitu gah di negara ini, serta diangkat sebagai tulisan perantara dalam pelbagai bidang seperti kesusasteraan, agama, sains dan sejarah.

Malah, sejarah merekodkan pada awal abad ke-15 Masihi tulisan Jawi digunakan dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat serta perdagangan.

Tulisan Jawi adalah huruf-huruf Arab dengan beberapa huruf tambahan yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu. Tulisan ini dipercayai wujud sejak abad ke-10 Masihi di gugusan kepulauan Melayu. Malah, tulisan ini pernah menjadi tulisan rasmi negara Brunei Darussalam, selain digunakan secara meluas di Malaysia dan Indonesia.

Namun, pengenalan tulisan Rumi yang dibawa masuk oleh penjajah ke negara ini, secara perlahan-lahan meminggirkan kepentingan tulisan Jawi, khususnya selepas tulisan Rumi diterima guna dalam sistem pentadbiran dan pendidikan negara pada era 1960-an.

Pensyarah Jabatan Kepintaran Buatan, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Rohana Mahmud
Pensyarah Jabatan Kepintaran Buatan, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Rohana Mahmud

Meskipun begitu, tulisan Jawi masih mendapat tempat dalam kalangan rakyat. Malah penerbit akhbar, iaitu Utusan Melayu, mengeluarkan akhbar mingguan bertulisan Jawi sebelum dihentikan pada 1 Januari 2003 dengan cetakan terakhir pada 31 Disember 2002.

Kini Jawi masih diajar di sekolah, namun suara pakar yang kebimbangan tulisan itu akan pupus dalam masa terdekat, semakin kuat kedengaran berikutan bilangan mereka yang tahu membaca tulisan Jawi semakin mengecil.

Jawi Lambang Identiti Melayu

Menyoroti situasi itu, pensyarah Jabatan Kepintaran Buatan, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Rohana Mahmud berkata, usaha memartabatkan tulisan Jawi seharusnya diperkasakan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya Melayu, tentang kepentingan tulisan tersebut.

Beliau berkata, tulisan Jawi mempunyai nilai yang tinggi bagi masyarakat Melayu kerana tulisan itu melambangkan identiti bangsa dan jati diri negara yang harus dipelihara.

"Tulisan Jawi ini sama pentingnya dengan tulisan Rumi kerana kedua-duanya adalah tulisan untuk bahasa Melayu. Jika sekarang kita berusaha mengangkat bahasa Melayu, hal yang sama juga perlu dibuat terhadap tulisan Jawi dan Rumi, dan keduanya perlu berjalan seiring dalam usaha memperkasakannya.

"Yang membezakan tulisan ini dengan tulisan Rumi adalah dari segi huruf. Sebutannya masih sama, iaitu kita baca setiap perkataan yang ditulis itu dalam bahasa Melayu," katanya kepada BERNAMA dalam satu temu ramah baru-baru ini.

Antara prototaip Jawi yang diusahakan penyelidik di Universiti Malaya
Antara prototaip Jawi yang diusahakan penyelidik di Universiti Malaya

Selain itu, tulisan Jawi adalah antara identiti orang Melayu serta sumber ilmu berkaitan Tanah Melayu dan Nusantara.

Jelasnya, bagi mereka yang berhasrat meneroka peristiwa bersejarah masa lalu, terutamanya sejarah Tanah Melayu, mereka perlu mahir membaca tulisan Jawi kerana kebanyakan bahan dan manuskrip adalah dalam tulisan itu.

Guna AI Perkasa Jawi

Dalam usaha memartabatkan tulisan Jawi, Rohana berserta sekumpulan penyelidik daripada UM menjalankan kajian dengan penumpuan pada pendigitalan manuskrip menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Menurut beliau, dikenali sebagai pemprosesan bahasa tabii atau Natural Language Processing (NLP), perisian yang dibangunkan dapat memproses, memahami dan menjana bahasa tabii manusia, sama ada dalam bentuk teks atau pertuturan.

"Menerusi NLP, kita akan dapat membangunkan sistem komputer yang boleh berkomunikasi secara dua hala atau sehala, serta dapat memahami bahasa tabii kita seperti bahasa Melayu, Tamil dan Mandarin... langkah ini juga dilihat lebih efektif kerana komputer boleh memproses data dan menyimpan maklumat tanpa sempadan," katanya yang terbabit dalam kajian pendigitalan tulisan Jawi sejak 26 tahun lalu.

Dr Muhammad Shahreeza Safiruz Kassim
Dr Muhammad Shahreeza Safiruz Kassim

Jelas beliau, dengan teknologi itu, teks bahasa Melayu boleh dihasilkan dalam dua bentuk tulisan, iaitu Rumi dan Jawi melalui transliterasi.

"Menerusi transliterasi, kita dapat tukar huruf Rumi kepada Jawi atau sebaliknya," tambah beliau.

Rohana yang berkepakaran dalam bidang NLP dan pemprosesan teks menerusi komputer, berkata melalui kaedah itu juga manuskrip Melayu dan khazanah bertulisan Jawi dapat diterbitkan semula.

Beliau terbabit dalam usaha memartabatkan tulisan Jawi sejak 1998 menerusi kerjasama dengan Persatuan Pencinta Tulisan Jawi Malaysia (PENJAWIM), di samping turut membangunkan beberapa prototaip alat bantu pengajaran dan pembelajaran digital bertulisan Jawi.

Sementara itu, rakan sejawatan beliau daripada fakulti sama Dr Muhammad Shahreeza Safiruz Kassim berkata, pendigitalan Jawi menggunakan teknologi Al berpotensi meluaskan penggunaan tulisan Jawi serta memudahkan pembelajaran mereka yang berminat mendalami tulisan tersebut.

Namun, katanya, ada cabaran buat penyelidik dalam usaha mendigitalkan manuskrip lama kerana tulisan yang digunakan adalah Jawi tradisi, iaitu rangkuman perkataan Arab dan Jawi.

"Jawi tradisi ini mengandungi tatabahasa dan perbendaharaan yang tersendiri. Maka, untuk menghasilkan terjemahan yang tepat adalah sangat mencabar. Oleh itu, kajian pengecaman bahasa juga adalah perlu.

"Jawi tradisi juga mempunyai sistem ejaan dan sistem tanggaman yang unik selain ada perkataan-perkataan yang tidak lagi digunakan dalam Jawi moden sekarang. Perkataan ini yang perlu diberi tumpuan apabila kita mahu tukarkan kepada bentuk digital," katanya, menambah terdapat variasi ejaan bagi perkataan tertentu yang secara tidak langsung merumitkan proses pendigitalan jawi.

Antara papan tanda yang menggunakan tulisan Jawi
Antara papan tanda yang menggunakan tulisan Jawi

Penyelidikan Berterusan

Muhammad Shahreeza berkata, penyelidikan berterusan bagi proses pendigitalan menerusi teknologi Al perlu digembleng secara menyeluruh, bukan sahaja oleh pakar di institusi pengajian tinggi tetapi perlu melibatkan usaha pelbagai pihak.

Beliau berkata, masalah yang wujud dalam transliterasi tulisan jawi juga akan dapat diatasi apabila pendigitalan tulisan itu dilakukan menerusi teknologi Al.

"Dalam hal ini, kita percaya masalah sumber atau naskhah bertulisan Jawi yang sukar dibaca dan difahami akan dapat diatasi," katanya.

Akan tetapi, kata beliau, disebabkan kajian pendigitalan Jawi tradisi ini masih baru dilaksanakan, para penyelidik perlu memberikan tumpuan pada kajian berhubung pengecaman teks bertulisan Jawi.

"Tulisan Jawi seharusnya diangkat dan diperkenal kepada masyarakat bagi menarik minat mereka untuk mengenali tulisan Jawi, bukan sekadar membaca malahan boleh juga menulis," kata Muhammad Shahreeza yang kini sedang mengkaji untuk membangunkan prototaip sistem transliterasi Jawi kepada Rumi dengan kerjasama Akademi Jawi Malaysia. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Google Lancar Inisiatif Baharu Lengkapkan Belia Malaysia Dengan Kemahiran Berfokuskan AI

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Malaysia Bakal Teroka Kaedah Baharu Termasuk Teknologi AI Atasi Banjir - Ahmad Zahid

3

Semasa 4 bulan yang lalu

NVIDIA Akui Malaysia Miliki Sumber, Sedia Bantu Bangunkan Ekosistem AI - PM

4

Pendidikan 5 bulan yang lalu

KPT Umum Pelantikan Naib Canselor UM, UiTM, UMPSA

Sorotan

1

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

2

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

3

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

4

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

5

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

6

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Jelajah 27 minit yang lalu

Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

oleh Rahayu MN