web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Telefon Pintar Storan 512GB Pada Harga Mampu Milik

HONOR X8b mempunyai rekaan yang nipis dan ringan di mana ketebalan hanya 6.88 mm dan beratnya hanya 166 gram, menjadikannya salah satu telefon pintar paling nipis dan ringan keluaran tahun ini.

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2023 4:24PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Zaman serba canggih ini, mencari telefon pintar berkualiti pada harga ‘mesra poket’ mungkin menjadi satu perkara yang sulit bagi sesetengah pengguna.

Maklumlah, kos sara hidup semakin hari semakin meningkat, dan seboleh-bolehnya kita mahu berjimat itu dan ini.

Namun, suka atau tidak kita harus akur telefon pintar sudah menjadi keperluan masa kini.

Ada banyak urusan yang memerlukan penggunakan telefon pintar. Salah satunya urusan perbankan yang memerlukan pengguna menggunakan aplikasi untuk pelbagai transaksi.

Pendek kata segalanya di hujung jari.

Jadi, untuk anda yang sedang mencari telefon pintar baharu, saya ingin mencadangkan HONOR X8b yang kini mula dijual di seluruh negara bermula 22 Disember lalu.

HONOR X8b
HONOR X8b

Dengan harga RM999, anda boleh membawa pulang sebuah telefon pintar yang mempunyai storan 512GB dan percuma HONOR Choice Earbuds X5 Lite yang bernilai RM139, selagi stok masih ada.

Dengan storan setanding komputer ini, anda tidak perlu lagi berkira-kira untuk memuat turun fail-fail seperti muzik, video, gambar dan pelbagai aplikasi yang tersedia di Play Store.

Ia cukup sempurna untuk mereka yang gemar mengambil gambar dan merakam video untuk bermacam-macam tujuan seperti dijadikan kandungan media sosial.

Tentang keupayaan kamera, anda juga tidak perlu gusar kerana HONOR X8b menampilkan tiga kamera bagi menghasilkan gambar dan video yang jelas dan cantik, iaitu kamera utama Ultra Jelas 108MP dan kamera swafoto dengan 50MP disokong dalam mod HIGH-RES dengan algoritma AI.

Dengan teknologi ini, bolehlah anda merakam setiap penggembaraan untuk dijadikan kenangan di masa hadapan.

Malah, anda juga boleh beraksi penuh yakin apabila merakam swafoto walaupun di persekitaran yang gelap. Ini kerana lampu swafoto untuk kamera hadapan akan menyala bagi membolehkan kecantikan anda ‘bersinar’.

Mewakili pengguna wanita, satu lagi ciri yang menarik perhatian pada HONORX8b ini sudah semestinya terletak pada reka bentuknya.

Hadir dalam warna menawan iaitu warna Glamorous Green dan Titanium Silver, kemasan telefon ini kelihatan mewah terutamanya Glamorous Green yang seakan-akan disarungkan dengan casing yang mempunyai rekaan unik.

Selain itu, saya juga tidak terganggu dengan kedudukan dan saiz lensa kamera dan lampu cahaya flash yang disusun pada bahagian atas sebelah kiri telefon pintar ini.

Gambar yang diambil jelas tanpa suntingan.
Gambar yang diambil jelas tanpa suntingan.
Rakaman waktu malam juga tidak mengecewakan.
Rakaman waktu malam juga tidak mengecewakan.

Pada sisi kanan telefon ini anda akan menjumpai dua jenis butang iaitu butang kawalan bunyi dan satu lagi butang kuasa yang menyokong fungsi imbasan cap jari dan juga mengakses sokongan Google Assistant.

Untuk yang tertanya-tanya tentang keupayaan bateri pula, ia lebih kurang sama dengan prestasi bateri telefon pintar yang lain, bergantung kepada cara penggunaan. Dengan kapasiti 4,500mAh ia mampu bertahan sehingga 24 jam jika dibiarkan pada mod standby.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang spesifikasi telefon pintar ini, anda boleh rujuk pautan ini. Getaran, 25 Disember 2023

Foto : Honor

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia