Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Parkson Lancar Kempen Hijau Pertama, Tiada Lagi Beg Plastik Untuk Pelanggan

Jika pelanggan tidak membawa sendiri beg kitar semula, boleh gunakan beg kertas yang dicaj pada harga minimum.

Teknovasi Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2023 8:26PM

Kempen hijau Parkson diadakan di ruang legar di Pavilion Bukit Jalil. - gambar Parkson

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baru-baru ini, gedung beli-belah Parkson mengumumkan kempen hijaunya yang pertama, Think Green, Act Green.

Inisiatif yang bertujuan untuk mempromosikan amalan mesra alam di Jabatan Fesyen, Kecantikan dan Hiasan Rumah mereka itu berlangsung di Atrium Skylight Parkson Pavilion Bukit Jalil, dari 28 September hingga 31 Oktober hadapan.

Antara vendor yang mengambil bahagian termasuklah jenama terkenal seperti Akemi, Alain Delon, Anakku, Avanti, Cheetah, Conquest, Cotton Feel, Eminent, Forest, Hario, Hot Focus dan La Gourmet.

Jenama-jenama ini akan menawarkan produk yang menggunakan bahan hijau, seterusnya menekankan komitmen mereka terhadap kelestarian. 

Dengan pelancaran kempen hijau ini juga, Parkson mengambil langkah besar dengan menghentikan penggunaan beg plastik di semua cawangan mereka.

Ia bermakna pelanggan perlu membawa sendiri beg beli-belah kitar semula sebagai tanda sokongan dan untuk memastikan pengalaman membeli-belah tidak merumitkan. 

Seandainya terlupa, anda tidak perlu bimbang asalkan anda sanggup membayar caj beg kertas yang berharga RM0.50 atau RM0.70 setiap satu, mengikut saiz yang diperlukan.

Beg kertas yang disediakan oleh Parkson ini diperbuat daripada bahan kertas biodegradasi, yang mudah dilupuskan. 

Sepanjang tempoh promosi kempen ini, pelanggan yang ingin membeli-belah di Parkson Pavilion Bukit Jalil juga diajak untuk bersama-sama menyokong usaha hijau ini dengan menyumbang barangan yang tidak digunakan lagi.

Anda boleh membawa barangan seperti pakaian, aksesori, buku dan majalah, serta mainan kanak-kanak ke peti kitar semula yang disediakan.

Sumbangan orang ramai ini akan disalurkan kepada Community Recycle for Charity (CRC) bagi memastikan ia dapat disalurkan kepada mereka yang memerlukan secara lebih efisien. 

Tidak cukup dengan itu, kempen ini tampil lebih menarik apabila Parkson turut menyediakan ‘Stesen Komuniti Beg Kitar Semula’ yang membolehkan pelanggan meninggalkan beg kitar semula mereka untuk digunakan oleh pelanggan lain bagi membantu memulakan perjalanan ‘hijau’ mereka.

Sebelum meninggalkan Parkson Pavilion Bukit Jalil, pastikan anda menjenguk pameran rekaan fesyen yang menggunakan bahan-bahan kitar semula di Skylight Atrium.

Terdapat 12 rekaan kesemuanya dan ia dihasilkan oleh pelajar City University. 

Untuk maklumat lanjut tentang kempen hijau dan aktiviti yang tersedia, sila lawati laman web Parkson Pavilion Bukit Jalil atau ikuti Parkson di platform media sosial. – Getaran, 6 Oktober 2023

Foto : Parkson 

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Jelajah 8 jam yang lalu

Nikmati 'Staycation', Percutian Idaman Di 5 Hotel, Resort Baharu

oleh Rahayu MN

Jelajah 15 jam yang lalu

Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

Belian harus dibuat sebelum 1 Mei dan ia sah untuk perjalanan selama setahun

oleh Rahayu MN