web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penyelidik UTEM Bangunkan Produk Bekas Plastik Berasaskan Ubi Kayu, Daun Pisang

Bekas plastik berbentuk dulang yang dihasilkan dari ubi kayu dan daun pisang ini boleh digunakan untuk pembungkusan produk selain mesra alam dan mengurangkan implikasi pencemaran alam sekitar.

Teknovasi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2023 8:00AM

Ubi kayu, antara bahan yang digunakan untuk menghasilkan bekas plastik selain daun pisang, oleh sekumpulan penyelidik di UTeM. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Sekumpulan penyelidik Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) daripada Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FTKMP) dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal berjaya membangunkan produk inovasi bekas plastik berasaskan ubi kayu dan daun pisang.

Ketua Penyelidiknya yang juga Pensyarah Kanan FTKMP Dr Ridhwan Jumaidin berkata bekas plastik berbentuk dulang itu boleh digunakan untuk pembungkusan produk selain mesra alam dan mengurangkan implikasi pencemaran alam sekitar.

Beliau berkata projek pembangunan produk inovasi itu mengambil masa lebih kurang setahun menerusi dana geran penyelidikan jangka pendek dan ia dijangka menjadi bahan utama dalam penghasilan produk sekali guna yang dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.

"Produk plastik ini bebas daripada toksik dan bahan kimia berbahaya jika dibandingkan dengan plastik biasa yang sering digunakan pada masa ini kerana bahan asas penghasilannya adalah petroleum sekali gus menghasilkan toksik apabila dilupuskan melalui pembakaran.

"Plastik sintetik daripada petroleum ini tidak boleh lupus jika dibuang ke tanah, sungai atau laut manakala plastik berasaskan ubi kayu dan daun pisang boleh lupus hanya dalam tempoh lapan minggu sahaja sekiranya ditanam dalam tanah," katanya dalam satu kenyataan. 

UTeM berjaya membangunkan produk inovasi bekas plastik berasaskan ubi kayu dan daun pisang.
UTeM berjaya membangunkan produk inovasi bekas plastik berasaskan ubi kayu dan daun pisang.

Ridhwan berkata produk inovasi itu juga bersifat termoplastik iaitu boleh dikitar semula dan menghasilkan bentuk produk berbeza sekali gus dapat menjimatkan sumber yang digunakan dan memberi nilai tambah padanya.

Beliau berkata idea awal membangunkan produk inovasi berkenaan tercetus apabila menyedari realiti  keadaan alam sekitar pada masa ini yang semakin tercemar akibat pembuangan sisa plastik yang tidak lupus terutama di sungai, laut dan tanah.

Katanya situasi tersebut membahayakan keseimbangan alam semula jadi, flora dan fauna seperti kes penemuan plastik di dalam perut penyu dan paus malah bahan itu menjadi punca utama kematian hidupan berkenaan.

Menurut Ridhwan cabaran utama menghasilkan produk inovasi itu ialah mendapatkan kestabilan dan kekuatan bahan dan daun pisang yang menjadi teras dan struktur peneguhnya.

Sementara itu, Naib Canselor UTeM Prof Dr Massila Kamalrudin berkata sebagai universiti teknikal berprestij, UTeM menerusi kumpulan penyelidiknya terus kreatif membangunkan produk inovasi yang memberi impak kepada komuniti sejagat.

"Penyelidikan yang dijalankan sentiasa mengikuti arus semasa dan UTeM sentiasa bersama menerajui gelombang pemodenan teknologi yang berlaku di peringkat nasional dan global," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia