web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


DJI Air 2S, Dron Mini Janjikan Kualiti Imej Luar Biasa

DJI, peneraju global dron awam dan teknologi kamera kreatif memperkenalkan mahakarya terbaharu mereka.

Teknovasi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2021 8:00AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DJI, peneraju global dron awam dan teknologi kamera kreatif menetapkan penanda aras baru untuk penggemar dron apabila memperkenalkan DJI Air 2S baru-baru ini. Kamera mudah alih kelas penerbangan ini pasti menjadi buruan ramai, terutamanya di kalangan pencipta kandungan kreatif kerana ia adalah model yang menambah baik spesifikasi DJI Mavic Air 2 yang dilancarkan oleh syarikat ini pada April tahun lalu.

"Setiap pencipta pasti mengingati bagaimana perasaannya ketika menerbangkan dron pada kali pertama, dan perasaan inilah yang akan dilalui sekali lagi apabila mereka mula menerbangkan DJI Air 2S yang tiada tandingan kemampuan penerbangannya serta menjanjikan imej yang jelas serta berkualiti tinggi,” ujar Pengarah Kreatif, Ferdinand Wolf, DJI Eropah.

“DJI Air 2S adalah impian untuk semua individu yang mengharapkan sesuatu yang lebih istimewa daripada dron. Produk terbaharu daripada DJI ini menunjukkan peningkatan sistem yang benar-benar mengagumkan sehingga menjadikannya dron yang sangat serba boleh. Sama ada anda pencipta kandungan, peminat dron mahu pun pelancong, kami yakin ramai yang akan terpesona dan teruja dengan kehebatan dron ini,” tambahnya lagi.

DJI Air 2S adalah dron pertama dalam ukurannya yang mampu menangkap gambar pegun 20-megapiksel atau video 5.4K dengan menggunakan sensor seinci terbaharu yang sebelum ini hanya terdapat pada dron bersaiz lebih besar dan kurang berkeupayaan. 

Dengan ciri MasterShots baharu, DJI terus membolehkan penciptaan kandungan imaginatif dengan mudah. Ciri canggih ini menggunakan fungsi laluan penerbangan automatik untuk mengatur perjalanan dron semasa merakam video. Setelah penerbangan selesai, DJI Air 2S secara automatik menggabungkan setiap rakaman video di dalam satu tema bagi mencipta sebuah video hebat.

Tambah menarik, dron ini mampu terbang lebih pantas sehingga mampu meliputi jarak 5,000 meter.  Bahkan, ia juga mampu terbang sehingga 31 minit serta memiliki sensor halangan depan, belakang, atas dan bawah untuk memberi amaran kepada pilot sekira menghampiri sebarang halangan. 

Dron ini telah menggantikan sistem OccuSync 2 kepada 3 untuk meningkatkan kualiti komunikasi antara juruterbang dengan dron. Mod FocusTrack yang ditingkatkan termasuklah rangkaian mod yang diprogramkan seperti Spotlight 2.0, ActiveTrack 4.0 dan Point of Interest 3.0 yang mampu meniru fokus dengan mudah, meningkatkan kawalan, serta membolehkan pengendali video profesional bergerak dengan mudah.

Harga DJI Air 2S

DJI Air 2S boleh dibeli terus di laman sesawang dji.com , platform beli-belah online seperti Shopee dan Lazada serta rakan niaga yang sah dalam beberapa jenis pilihan. Kombo standard berharga RM 4,499 dan ia terdiri daripada dron, alat kawalan jauh, satu bateri dan semua kabel dan bahagian yang diperlukan untuk terbang ke udara. 

Manakala Fly More Combo berharga RM 5,799 yang mendapat semua item dari kombo standard, dua bateri tambahan, ND filter, penyesuai bateri kepada powerbank, dan beg sandang. - Getaran, 21 April 2021.

Semua gambar ihsan DJI

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Buat Aduan Ke MCMC Jika Gambar, Video Anak Dimuat Naik Tanpa Kebenaran

2

Kolum 2 tahun yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Keluarga Rayu Pengguna Media Sosial Padam Video Kemalangan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Jaga Kesihatan Mental, Emosi Ketika Layari Berita, Gambar Dari Gaza - Fahmi

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Gaya 15 jam yang lalu

Dari Ladang Ke Jalanan, Levi’s® Bawa Misi Sky High Farm Goods

oleh Rahayu MN