web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Meta Lancar Kempen Pendidikan #JomJagaPrivasi Di Malaysia

Ramai bergantung pada platform Meta iaitu Facebook, Instagram dan WhatsApp untuk berkomunikasi, justeru ia adalah penting untuk mereka memahami apa yang mereka kongsi dalam talian.

Teknovasi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2022 8:06PM

Gambar Hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Meta Platforms Incorporated (Meta) hari ini melancarkan kempen #JomJagaPrivasi sebagai sebahagian daripada usaha yang berterusan untuk mendidik dan menggalakkan rakyat Malaysia mempelajari sumber dan peralatan privasi di platformnya.

Pengarah Negara Meta Malaysia, Nicole Tan berkata orang ramai bergantung pada platform kami untuk berhubung antara satu sama lain melalui Facebook, Instagram dan WhatsApp, justeru ia adalah penting untuk orang ramai memahami apa yang mereka kongsi dalam talian.

“Itulah sebabnya kami teruja untuk melancarkan kempen #JomJagaPrivasi yang akan menyediakan kaedah pembelajaran yang mudah difahami oleh rakyat Malaysia dalam mempelajari cara mengawal tetapan privasi mereka,” katanya pada pelancaran kempen tersebut di sini, hari ini.

Kempen hibrid selama dua minggu itu akan diadakan secara dalam talian dan luar talian bermula hari ini.

Selama tiga hari mulai pada 28 Oktober hingga 30 Oktober, Meta menjemput orang ramai untuk mengunjungi Kafe Privasi pop-up fizikal pertamanya di The Farm Craft, Bangsar South, Kuala Lumpur untuk mengetahui mengenai cara menguruskan tetapan privasi mereka sendiri melalui interaksi dan aktiviti yang menyeronokkan dan mendapatkan petua daripada para Pemimpin Pendapat Utama atau KOL (Key Opinion Leaders).

Para pengunjung berpeluang menemui anggota KOL antaranya Ceddy Ang, Tan Yuki, Gajendrabalan Chandra, Adam Muzam, Ori Yuanwei, Amira Sachie dan Jessica Chaw, mereka akan membuat penampilan di Kafe Privasi pop-up untuk berkongsi pengalaman peribadi mereka dan menjelaskan mitos mengenai privasi dalam talian.

Sesi Facebook Live juga akan disediakan untuk membantu pengguna memahami dan mempelajari asas mengenai privasi dalam talian, ikuti laman Facebook Meta Malaysia di www.facebook.com/MetaMalaysia untuk mendapatkan lebih banyak petua dan aktiviti pendidikan dalam talian yang terkini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Meta, Jangan Jadi Bacul!’ - Anwar

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Akauntan Rugi Lebih RM2.2 juta Diperdaya Sindiket Pelaburan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan