Seiring dengan perkembangan teknologi, pemakaian jam tangan bukan lagi sekadar untuk melihat masa, tetapi ia adalah lambang gaya hidup.
Sama seperti telefon pintar, jam tangan juga tidak ketinggalan memberikan pengalaman pemakaian yang in-trend. Memudahkan urusan harian agar anda sentiasa bergerak pantas dan tidak tercicir.
Memenuhi keperluan gaya hidup mereka yang sentiasa aktif, Casio Computer Co. Ltd baru-baru ini mengumumkan pelancaran jam tangan kalis hentakan G-SHOCK terbaharu yang terdiri daripada empat model GA-B001 dan GA-B001G yang menampilkan binaan bezel dan tali jam bersepadu yang serba baharu.
Menerusi model GA-B001 dan GA-B001G, Casio membawakan kepintaran kepada struktur luar bagi mencapai binaan bezel dan tali jam bersepadu pada jam tangan kalis hentakan.

Ini merupakan jam tangan G-SHOCK pertama yang mempunyai struktur inovatif ini yang terdiri daripada dua komponen berasingan yang bersambung pada kedudukan pukul 9 dan 3.
Binaan yang terbentuk mengikut garis pada pergelangan tangan, meminimumkan ruang antara pergelangan tangan dan jam demi padanan yang sempurna.
Rekaan jam tangan baharu ini membuka gerbang ke dunia realiti maya. Menampilkan reka bentuk muka jam geometri dan tanda indeks bulat, jam tangan ini adalah hasil kajian bagi reka bentuk akan datang.

Menyentuh tentang pemilihan warna, model-model GA-B001 menampilkan warna hitam jenama G-SHOCK serta warna merah baharu, manakala model-model GA-B001G menggunakan cetakan warna terperingkat pada bahan-bahan lut cahaya untuk bezel dan tali jam.
Tambah menarik, kesemua model G-SHOCK ini dilengkapi dengan ciri-ciri ‘Pautan Mudah Alih’ agar boleh digandingkan dengan telefon pintar melalui Bluetooth®.
Apabila digunakan dengan aplikasi ‘Casio Watches’, jam tangan ini dapat melaraskan masa yang tepat secara automatik.
Selain itu, fungsi maklumat aplikasi menghantar pemberitahuan pada jam tangan apabila aplikasi menerima kemas kini tentang produk baharu dan maklumat lain. Getaran, 5 September 2022.
Untuk maklumat lanjut tentang produk, anda boleh ke laman sesawang ini. - Getaran, 6 September 2022