web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Enjin Canggih Kereta 1.5 TGDI Kini Dipasang Di Tanjung Malim

Pemasangan enjin 1.5 TGDI pada kenderaan jenama Proton di pusat Proton Tanjung Malim memperlihatkan kemajuan pesat industri automotif Malaysia. 

Teknovasi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2022 9:50AM

Gambar ihsan Proton

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baru-baru ini, syarikat Proton telah mengumumkan pemasangan enjin baharu mereka iaitu enjin 1.5 TGDI dengan teknologi terkini di Tanjung Malim.

Gambar ihsan Proton
Gambar ihsan Proton

Barisan pemasangan komponen ini meliputi kawasan seluas 18,000 meter persegi dan mempunyai kapasiti maksimum semasa sebanyak 180,000 unit apabila beroperasi dalam tiga syif. 

Malah projek tersebut merupakan sebahagian daripada RM1.8 billion yang diperuntukkan oleh PROTON untuk menaik taraf kemudahannya di Tanjung Malim.

Selain itu, projek enjin ini juga dikendalikan oleh beberapa jurutera dari pelbagai cabang dalam penghasilan enjin 1.5 TGDI ini. Apa yang membanggakan, rata-rata mereka merupakan jurutera muda kelahiran syarikat Proton sendiri.

Gambar ihsan Proton
Gambar ihsan Proton

Dengan pencapaian mereka dalam bidang pendidikan khususnya kejuruteraan, secara tidak langsung syarikat Proton sudah mencipta legasi baharu di dalam dunia automotif di Malaysia. Kemahiran tersebut dimanfaatkan di kilang pemasangan enjin 1.5 TGDI ini yang mempunyai 12 stesen. 

Setiap stesen mempunyai fungsi dan pemeriksaan masing-masing secara terperinci. Dari segi pemasangan, terdapat stesen yang menggunakan sistem automatik sepenuhnya dan terdapat juga stesen yang dikendalikan secara semi- auto. 

Setiap proses pemasangan enjin 1.5 TGDI akan diteliti terlebih dahulu sehingga ke stesen yang terakhir sebelum ia sedia untuk dipasang di dalam model kenderaan Proton.

Gambar ihsan Proton
Gambar ihsan Proton

Enjin ini mempunyai komponen tiga silinder 1.5 TGDI dan sudah lebih 750,000 kenderaan dengan varian ini berjaya dijual di seluruh dunia. 

Menggunakan penyelesaian seperti pengecilan saiz enjin, sistem termal dan pelinciran yang dioptimumkan, pengecas turbo inersia rendah, dan enjin petrol suntikan terus (GDI) yang dihomogenkan, prestasi pasangan enjin dengan penggunaan bahan api dan pelepasan yang berkurangan telah memenuhi syarat Euro 6.

“Barisan pemasangan enjin baharu PROTON menunjukkan bahawa syarikat mengotakan janjinya kepada pihak berkepentingannya. Apabila perjanjian dibuat untuk bekerjasama dengan Geely pada tahun 2017, salah satu komitmen kami adalah untuk melabur dalam industri automotif Malaysia dari segi kewangan dan melalui pengenalan komponen baharu berteknologi tinggi. Barisan pemasangan baharu ini memenuhi syarat ini di samping memberi laluan kepada PROTON untuk menarik dan membangunkan bakat muda yang akan membantu memacu industri automotif dan Syarikat di masa hadapan,” kata Roslan Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.

Gambar ihsan Proton
Gambar ihsan Proton

“Kualiti adalah keutamaan barisan pemasangan enjin baharu kami. Kami tahu bahawa kami perlu menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa PROTON mampu membina produk berkualiti tinggi yang boleh dipercayai, jadi kami tidak meninggalkan apa-apa kepada peluang. Selain daripada langkah pemantauan kualiti terhadap barisan pemasangan, kami juga bekerja rapat dengan rakan sejawatan kami di Geely untuk menyelesaikan masalah dan berkongsi amalan terbaik dalam usaha kami untuk menghasilkan enjin bertaraf dunia,” tambah Roslan Abdullah. - Getaran, 13 Julai 2022.

Gambar ihsan Proton
Gambar ihsan Proton

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 9 bulan yang lalu

Kilang EV Pertama Proton Cipta Sejarah, Pacu Industri Automotif Negara

2

Kolum 2 tahun yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Proton Sasar Jual Model S70 2,000 Unit Sebulan

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Geely Labur AS$10 Bilion, Tanjung Malim Jadi Kota Automobil Terbesar - Anwar

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan