Berita Terkini

3 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


5 Sebab Mengapa Perlu Kawal Penggunaan Telefon Pintar

Telefon pintar ada banyak kegunaannya namun ada juga keburukan jika kita terlalu bergantung padanya. 

Teknovasi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2022 4:17PM

Telefon pintar kini menjadi satu keperluan namun penggunaannya harus dikawal terutama di kalangan kanak-kanak. - Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kewujudan telefon pintar dewasa kini dilihat semakin pesat membangun.

Semakin hari semakin banyak model telefon pintar yang begitu canggih dihasilkan oleh pengeluar. 

Hampir setiap hari semua orang menghabiskan waktu yang agak lama menggunakan telefon pintar untuk pelbagai tujuan.

Malah menurut sebuah laporan, Malaysia berada di kedudukan ketiga dalam senarai ketagihan telefon pintar.

Jadi amat penting untuk kita mengawal penggunaan gajet ini kerana ia boleh mendatangkan pelbagai kesan buruk.

Segmen Teknovasi hari ini berkongsi lima sebab mengapa anda perlu mengawal kadar penggunaan telefon pintar.

Dalam sehari, berapa lama masa yang anda gunakan untuk berbual dengan rakan-rakan berbanding penggunaan telefon pintar?. - Gambar hiasan dari Unsplash
Dalam sehari, berapa lama masa yang anda gunakan untuk berbual dengan rakan-rakan berbanding penggunaan telefon pintar?. - Gambar hiasan dari Unsplash

Kekurangan Masa Berkualiti 

Penggunaan telefon pintar secara berlebihan boleh mengurangkan waktu berkualiti diri sendiri.

Cuba anda renungkan dalam tempoh masa sebulan, berapa lama anda menghabiskan waktu menggunakan telefon pintar sehingga anda membazir waktu berkualiti?

Bayangkan jika masa tersebut digunakan bersama insan tersayang atau melakukan perkara yang disukai terutama pada waktu cuti. Bukankah itu lebih bermanfaat?

Sesetengah individu mengambil langkah untuk mematikan telefon bimbit demi meluangkan masa berkualiti ini supaya tidak diganggu oleh mana-mana pihak. 

Jadi cuba lebihkan waktu yang ada untuk perkara bermanfaat dan bukan dengan telefon bimbit anda.

Setiap orang memerlukan tidur yang mencukupi dan berkualiti justeru adalah perlu bagi anda mengawal penggunaan telefon pintar. - Gambar hiasan dari pexel
Setiap orang memerlukan tidur yang mencukupi dan berkualiti justeru adalah perlu bagi anda mengawal penggunaan telefon pintar. - Gambar hiasan dari pexel

Gangguan Tidur

Secara umum manusia memerlukan tidur yang lengkap sekurang-kurangnya tujuh hingga lapan jam sehari.

Jika telefon bimbit sentiasa dinyalakan dan notifikasi masuk sewaktu tidur, ia boleh mengganggu kualiti tidur dan secara tidak langsung memberi kesan kepada kesihatan.

Oleh itu, anda disarankankan untuk menyelesaikan segala hal yang memerlukan penggunaan  telefon bimbit sebelum waktu tidur.

Malah, kecanggihan teknologi yang ada pada telefon pintar juga membolehkan anda menetapkan mod tidur dengan mematikan pemberitahuan serta notifikasi yang tidak penting.

Sekurang-kurangnya tidur anda tidak akan terganggu gara-gara telefon pintar.

Ada kalanya mesej yang ingin disampaikan lebih mudah dilakukan secara berdepan berbanding menggunakan telefon pintar. - Gambar hiasan dari pexel
Ada kalanya mesej yang ingin disampaikan lebih mudah dilakukan secara berdepan berbanding menggunakan telefon pintar. - Gambar hiasan dari pexel

Kekeliruan Komunikasi

Kekeliruan dalam komunikasi boleh berlaku jika terlalu bergantung kepada cara penyampaian maklumat melalui sistem aplikasi pesanan ringkas bertaip yang ada pada telefon pintar.

Ini kerana sesetengah manusia berpontensi untuk tersalah tafsir maksud pesanan ringkas yang diterima kerana ia tidak disampaikan melalui perbualan langsung.

Malah kekeliruan boleh berlaku jika individu yang berkomunikasi tidak mempunyai tahap pemahaman yang tinggi tentang maklumat yang disampaikan. 

Malah ia juga boleh menimbulkan perselisihan faham antara satu sama lain. 

Jadi lebih baik untuk terus menghubungi individu tersebut secara langsung untuk mendapatkan pengesahan terhadap sesuatu perkara daripada bergantung kepada telefon pintar. 

Penggunaan telefon pintar di kalangan kanak-kanak harus dikawal oleh ibu bapa. - Gambar hiasan pexel
Penggunaan telefon pintar di kalangan kanak-kanak harus dikawal oleh ibu bapa. - Gambar hiasan pexel

Pencarian Perkara Negatif

Kecanggihan telefon pintar pada zaman ini memudahkan manusia untuk mendapatkan pelbagai sumber maklumat menerusi internet. 

Namun selain mencari maklumat bermanfaat ia juga boleh menjurus ke arah pencarian bahan negatif dan berbahaya seperti kandungan berunsur pornografi, judi dalam talian dan seumpamanya.

Selain itu, perkara tersebut perlu dibendung kerana ia boleh memberi kesan kepada kanak-kanak yang kerap menggunakan telefon pintar tanpa pengetahuan ibubapa.

Telefon pintar tidak sesuai untuk anak-anak yang masih berada di sekolah rendah, terutama Tahun 5 ke bawah. 

Ia boleh diberi kepada anak di Tahun 6 dan juga sekolah menengah.  Tetapi ibu bapa perlu kawal penggunaannya, terutama jika ia boleh mengakses internet.

Panduan ini dicadangkan oleh Zaid Mohamad, Pembimbing Ibu Bapa Bertauliah dari Coach-Parenting USA dan juga penulis buku terlaris ‘Ibu Bapa Bijak, Anak Hebat’ dalam laporan kami yang terdahulu.

Pendedahan mata kepada layar peranti terlalu lama dikhuatiri boleh merosakkan mata. - Gambar AFP
Pendedahan mata kepada layar peranti terlalu lama dikhuatiri boleh merosakkan mata. - Gambar AFP

Tahap Kesihatan Terjejas

Penggunaan telefon pintar yang terlalu sering dan ekstrem jelas mempunyai kesan kepada kesihatan.

Antara yang jelas adalah kerosakan mata dan telinga.

Seperti yang kita tahu pendedahan mata kepada layar peranti terlalu lama memang boleh merosakkan mata dan mempercepatkan proses rabun.

Manakala mendengar muzik di telefon bimbit secara kuat juga boleh merosakkan telinga.

Jelas sekali jika menggunakan telefon bimbit secara berlebihan boleh mendatangkan banyak kemudaratan, jadi janganlah terlalu bergantung padanya dan cuba kurangkan waktu menggunakan telefon pintar. - Getaran, 6 Julai 2022.

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 jam yang lalu

Makanan Tambahan Untuk Tahun Persekolahan Yang Sihat!

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

Diiktiraf sebagai pertunjukan lampu hiasan terbesar di Malaysia, Luna Lights Wonderland meneruskan siri jelajah dan kini tiba di Terengganu 

oleh Wartawan Getaran