web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tip Kawal Penggunaan Gajet di Kalangan Anak-Anak

Anak-anak sekarang tak lekang dengan gajet. Memang cara mudah untuk diamkan mereka. Tetapi perlukah penggunaannya dikawal?

Teknovasi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Feb 2021 11:00AM

Gambar: Amina Filkins, Pexels

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bukan mudah membesarkan anak-anak dalam dunia digital. Lebih-lebih lagi ketika ini mereka tidak dapat bersekolah seperti biasa, bahkan tidak dapat bermain di luar rumah kerana pandemik COVID-19. 

Jadi, tidak hairanlah ramai kanak-kanak ketika ini lebih senang terperap di dalam bilik masing-masing dengan permainan digital, mahupun menonton video di laman YouTube. Eh, cuba periksa di mana anak-anak anda sekarang? Apa yang sedang mereka lakukan?

Dunia tanpa sempadan, itu gambaran paling sesuai untuk menggambarkan ledakan digital yang kita sedang hadapi kini. Setiap perkara ada baik dan buruknya. Ada impak positif dan negatif.  

Bagaimanapun, menurut kajian, penggunaan gajet lebih banyak memberi impak negatif berbanding positif di kalangan kanak-kanak. Antara kesan negatif penggunaan gajet di kalangan kanak-kanak adalah: 

1. Tiada komunikasi atau interaksi sehingga menjejaskan kemahiran bersosial.

2. Masalah penglihatan mata seperti rabun dan juling.

3. Tidak ada stimulasi rangsangan persekitaran yang diperlukan anak-anak seusia dua tahun pertama seperti deria rasa, bau, sentuh dan eye contact. 

4. Kanak-kanak lebih bersikap introvert iaitu berada dalam dunia sendiri dan tidak bercampur dengan orang.

5. Menjejaskan tumbesaran fizikal kanak-kanak.

6. Mengakibatkan masalah obesiti kerana kurang aktiviti fizikal.

Gambar: Ketut Subiyanto, Pexels
Gambar: Ketut Subiyanto, Pexels

Jadi, sebagai ibu bapa wajarkah anda mengambil risiko di atas hal yang boleh menjejaskan masa depan anak-anak anda? Jika anda sayang dan mengambil berat, pasti jawapannya tidak. Untuk kesejahteraan bersama, adalah lebih baik anda mengawal anak-anak daripada terjebak dengan ketagihan gajet atau internet.

Jom ikuti langkah berikut:-

1. Jangan caj bateri telefon, tablet sehingga 100 peratus.

2. Jangan beritahu kata laluan telefon / gajet kepada anak-anak.

3. Tetapkan had masa untuk menggunakan gajet. Mungkin 30 minit atau satu jam sehari. Itu pun selepas anak-anak menyiapkan tugasan sekolah ataupun selepas membantu anda melakukan kerja-kerja rumah.

4. Jangan biarkan anak-anak  jauh daripada anda ketika menggunakan gajet. Bimbang mereka melayari laman-laman sesawang yang tidak sepatutnya.

5. Isytihar ‘Hari Tanpa Gajet’

Dalam seminggu, mungkin anda boleh pilih hari Sabtu atau Ahad sebagai ‘Hari Tanpa Gajet’. Pada hari ini, sibukkan anak-anak dengan aktiviti bersama keluarga. Tutup televisyen dan komputer dan buat satu aktiviti kekeluargaan yang menarik seperti memasak hidangan kegemaran,  buat permainan, bina atau buat hasil kraftangan atau boleh juga mengecat dinding bilik anak-anak mengikut tona yang mereka sukai.

Gambar: Rodnae Production, Pexels
Gambar: Rodnae Production, Pexels

 

 

Gajet yang mana sesuai?

Panduan ini dicadangkan oleh Zaid Mohamad, Pembimbing Ibu Bapa Bertauliah dari Coach-Parenting USA dan juga penulis buku terlaris ‘Ibu Bapa Bijak, Anak Hebat’.

Telefon bimbit / pintar: Tidak sesuai untuk anak-anak masih berada di sekolah rendah, terutama Tahun 5 ke bawah. Boleh diberi kepada anak di Tahun 6 dan juga sekolah menengah.  Tetapi ibu bapa perlu kawal penggunaannya, terutama jika ia boleh mengakses internet. 

Cari pelan keluarga yang menjimatkan dan gunakan peranti untuk menghalang imej, video dan laman web eksplisit daripada hasil Carian Google. 

Komputer & Tablet: Jika anda berkemampuan, bolehlah beri komputer sebagai hadiah kepada anak-anak remaja di peringkat menengah atas. Jika tidak, sebuah komputer yang dikongsi bersama sudah mencukupi. Letak komputer di tempat terbuka.

Bagi si kecil, pastikan mereka menggunakan aplikasi yang sesuai dengan umur mereka, yang interaktif dan memberi pengajaran. Bagi yang remaja pula, kawal akses internet dengan memasang perisian untuk keluarga. Pantau kegunaan mereka terutama di laman-laman sosial.

Konsol-konsol Permainan (Playstation, X-Box, Wii): Tidak semua keluarga mampu membeli gajet dalam kategori ini. Jika telah memilikinya, pastikan ada had masa penggunaan. Jangan benarkan permainan yang berunsur ganas dan seksual.

i-Pod / Pemain Muzik MP3: Hadkan penggunaannya dan jangan biarkan ianya mengganggu waktu pembelajaran. Terangkan kepada anak-anak akibat mendengar muzik dengan volume tinggi dan jangan benarkan mereka mendengar muzik sebelum tidur.

Moga apa yang dikongsikan ini mendatangkan manfaat. Sebagai ibu bapa anda harus bijak dan peka dengan situasi semasa. Memandangkan kini pembelajaran online diguna pakai dengan meluas, anda sepatutnya tahu atau menyusun jadual penggunaan gajet di kalangan anak-anak. - Getaran, 10 Februari 2021

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung