Berita Terkini

16 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


4 Kelemahan Robot Suri Rumah

Semua alat ciptaan manusia tidak sempurna. Pasti ada kelemahannya. Ketahui kelemahan robot suri rumah.

Teknovasi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2022 9:45AM

Gambar hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Revolusi teknologi penggunaan robot kini dilihat semakin maju dengan penciptaan alat untuk melaksanakan kerja-kerja fizikal bagi membantu rutin harian manusia.

Malah kemajuan dalam dunia robotik ini berjaya menghasilkan ciptaan untuk melakukan kerja-kerja di rumah atau dalam istilah lain robot suri rumah. 

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

Ini terbukti apabila sebuah robot intelektual yang digelar Kuri dicipta pada 2015 untuk melakukan tugasan rumah. Ia dibina bersama sistem perisian yang canggih sehingga membolehkan robot ini berinteraksi atau bermain bersama kanak-kanak. 

Malah sistem kendaliannya pula agak mudah dengan hanya menyambungkannya menerusi telefon pintar. 

Walau bagaimanapun, pernahkah anda terfikir bahawa kewujudan teknologi ini boleh memberi kesan yang buruk dalam kehidupan manusia?

Segmen Teknovasi hari ini berkongsi empat kelemahan robot suri rumah yang mungkin tidak diketahui oleh anda.

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

Tidak Berfungsi Dengan Fleksibel

Secara amnya, aturan terhadap tugasan yang dilaksanakan oleh robot ini dikawal oleh sistem yang dikendalikan oleh manusia. Tidak dinafikan robot tersebut boleh berfungsi secara automatik sejurus sahaja ia dihidupkan. 

Namun tahap kemampuan alat ini agak terhad dan tidak fleksibel seperti manusia. Jika diteliti semula, ia mungkin akan menghadapi masalah untuk menyempurnakan kerja rumah tertentu yang mungkin lebih rumit dari biasa.

Alat pencuci pakaian dan pinggan adalah contoh yang mudah. Ini kerana tidak semua pinggan atau baju yang dicuci dengan mesin mampu menghilangkan segelintir kotoran degil. 

Begitu juga dengan robot.

Penggunaan robot suri rumah tidak akan memberikan jaminan terhadap kepuasan dan kebersihan rumah secara keseluruhan. 

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

Manusia Menjadi Malas Dan Tidak Produktif

Kewujudan teknologi robot ini pada asalnya bertujuan untuk membantu menyiapkan kerja-kerja di dalam rumah. Namun jika manusia bergantung penuh pada alat ini, ia sedikit sebanyak boleh membuat manusia menjadi malas dan tidak produktif dalam menjalani kehidupan.

Ini kerana robot dilihat tidak sesuai untuk menjalankan tugas yang berkaitan dengan hubungan, perasaan atau psikologi bersama manusia.

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

Berisiko Untuk Rosak

Secanggih mana pun barangan elektrik dan elektronik dicipta oleh manusia, ia masih mempunyai risiko untuk rosak.

Ini kerana setiap teknologi yang dicipta menggunakan sumber kuasa tertentu (seperti elektrik, bateri, suria dan sebagainya).

Ia termasuk bahan sokongan yang lain seperti wayar, cip dan seumpamanya untuk alat tersebut berfungsi dengan baik. 

Jadi risiko ini akan sentiasa menjadi cabaran kepada manusia.  

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

Mengambil Peluang Pekerjaan Manusia

Walaupun kos penggunaan robot ini hanya dikeluarkan sekali sahaja sebelum ia rosak, namun implikasinya pada masa depan boleh menjejaskan peluang pekerjaan.

Sebagai contoh, jika robot menggantikan pekerja di hotel dan sebagainya, peluang pekerjaan mungkin akan berkurangan. 

Jika difikirkan sejenak, adakah industri pekerjaan menggunakan kemahiran manusia akan bertahan lama pada masa akan datang dengan penggunaan sistem robot secara berterusan?

Perkara ini boleh menjadi kebimbangan dan perlu diberi perhatian oleh pihak tertentu.

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

Oleh itu secara amnya, penciptaan teknologi robot suri rumah adalah bertujuan untuk meringankan beban manusia dalam menguruskan kerja-kerja dirumah. 

Namun perlu diingatkan terdapat pro dan kontra apabila manusia bersandarkan sepenuhnya terhadap teknologi ini. - Getaran, 29 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Ditipu Penjual Barangan Terpakai, Suri Rumah Rugi Lebih RM30,000

2

Kolum 1 bulan yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

3

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Ciri Penjejak Mata Baharu HONOR Mampu Gerak Dan Hidupkan Kereta

4

Teknovasi 1 bulan yang lalu

5 Sebab Untuk Memiliki Samsung Galaxy A15 Dan A25 5G

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Diskaun Sana-sini, Peluang Tambah Koleksi Baju Raya Ke Rumah Terbuka

oleh Rahayu MN

Refleksi 11 jam yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

Selain baik untuk kesihatan fizikal kerana ia adalah satu bentuk senaman, aktiviti mengemas rumah mampu mewujudkan persekitaran yang bersih dan rapi, sekali gus...

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

3 Rakyat Malaysia Kayuh Basikal Tiba Di Madinah