Berita Terkini

19 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


4 Jenis Muatan yang Boleh Diangkut Menggunakan Pesawat

Pernahkah anda mengetahui selain daripada penumpang, apakah lagi barangan yang boleh dibawa masuk ke dalam pesawat untuk tujuan penghantaran? Ruangan Teknovasi ada perkongsiannya.

Teknovasi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2022 10:01AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selain penumpang, kapal terbang juga digunakan untuk membawa pelbagai kargo dan barangan.

Penggunaan pesawat kapal terbang membolehkan sesebuah destinasi dituju dengan cepat. 

Antonov-225 adalah pesawat kargo pertama yang dicipta dan penerbangan sulungnya dilaksanakan pada 1988. Ia mampu mengisi berat muatan maksimum sehingga 250 tan serta mencatatkan rekod sebagai pesawat kargo terbesar di dunia. 

Namun pernahkah anda mengetahui selain daripada penumpang, apakah lagi barangan yang boleh dibawa masuk ke dalam pesawat udara untuk tujuan penghantaran?

Segmen Teknovasi hari ini berkongsi empat jenis muatan yang boleh dibawa masuk menaiki pesawat.

Barang Penghantaran Umum (Pesawat Komersial)

Jenis muatan ini merujuk kepada barang yang boleh dihantar menggunakan  pesawat komersial tanpa penumpang. 

Seluruh kabin akan dipenuhkan dengan bungkusan barang dalam jumlah unit yang lebih besar. 

Ia terbahagi kepada dua jenis barangan. 

Gambar ihsan airasia.com
Gambar ihsan airasia.com

Pertama, semua bungkusan sama ada di dalam plastik atau kotak akan diletakkan di atas kerusi penumpang dan diikat rapi supaya tidak bergerak. 

Lazimnya muatan seperti ini bersaiz lebih kecil dan jumlahnya lebih banyak. 

Kedua, semua kerusi penumpang di dalam kabin akan ditanggalkan bertujuan memberi ruang yang lebih luas untuk memasukkan muatan yang bersaiz lebih besar dan berat. 

Selalunya jenis barangan tersebut berada di bawah kategori yang mudah pecah dan rapuh seperti kaca, barangan antik dan seumpamanya. 

Antara syarikat penghantaran yang menggunakan perkhidmatan dan kaedah seperti ini ialah Fed Dex dan DHL.

Gambar marketwatch.com
Gambar marketwatch.com

Haiwan (Pesawat Kargo)

Penghantaran haiwan menggunakan sangkar agak jarang digunakan dan mempunyai pengkhususan yang tertentu. 

Ia tergantung pada jenis haiwan peliharaan, sama ada domestik atau hidupan liar. 

Muatan seperti ini menggunakan pesawat kargo dan ia perlu menepati peraturan khas serta mendapat kelulusan oleh sebuah organisasi yang menjadi rujukan seluruh dunia iaitu IATA (International Air Transport Association). 

Ini bertujuan memastikan haiwan tersebut kekal hidup dan tidak rasa tertekan kerana ia boleh memberikan kesan terhadap kesihatan haiwan juga. 

Penempatan sangkar juga perlu mengikut saiz haiwan tersebut, jika lebih besar saiznya maka bilangan haiwan juga akan lebih sedikit. 

Sistem pengasingan mengikut jenis haiwan juga harus diteliti bagi mengelakkan berlakunya pergaduhan atau huru-hara antara haiwan lain di dalam kabin. 

Di Malaysia, kaedah penerbangan tersebut dipraktikkan ketika penghantaran sepasang panda gergasi yang diberi nama Fu Wa dan Feng Yi dari China. Ia dimeterai melalui Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi yang dilaksanakan pada 2012 

Gambar trafficnews.jp
Gambar trafficnews.jp

Kenderaan Darat (Pesawat Kargo)

Seterusnya pesawat jenis kargo juga akan digunakan untuk penghantaran kenderaan darat seperti kereta dan motosikal. 

Ruang kabin kapal terbang untuk muatan seperti ini akan dikosongkan dan direka khas bagi menempatkan kenderaan, terutamanya pada bahagian kunci tayar. 

Ini bagi mengelakkan ia menggelongsor atau terhimpit ketika diterbangkan dan menyebabkan kerosakan berlaku seperti calar pada permukaan luar kenderaan dan seumpamanya. 

Walau bagaimanapun, masih terdapat juga pesawat komersial yang menyediakan khidmat penghantaran kenderaan namun ia bergantung pada saiz dan jumlah kenderaan yang dihantar.

Gambar Bernama
Gambar Bernama

Perubatan (Pesawat Kargo)

Akhir sekali ialah muatan berupa bahan perubatan yang merupakan penerbangan paling sukar untuk dikendalikan. 

Ini disebabkan ubat-ubatan perlu dilindungi dengan betul apabila tiba ke destinasi.

 Ia bagi mengelakkan sebarang kesan buruk terhadap pengguna sejurus sahaja ubat tersebut sampai ke tangan pegawai perubatan dan dimasukkan ke dalam tubuh badan manusia. 

Kebiasaannya sesebuah penerbangan yang melibatkan perubatan tidak akan bercampur dengan barangan lain. 

Bekas yang sesuai dan suhu yang tepat juga perlu tepat mengikut aturan.

Proses memasukkan muatan ke dalam kabin, pelepasan dan lain-lain perlu diteliti dengan betul.

Sebagai contoh semasa penghantaran vaksin Pfizer ke Malaysia, cecair tersebut memerlukan suhu yang sangat sejuk sehingga mencecah -70 darjah celsius. 

Oleh itu bekas dan seluruh ruangan kabin perlu berada dalam keadaan yang sangat sejuk untuk memastikan vaksin tersebut sentiasa berada dalam keadaan yang baik. - Getaran, 15 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Ops Samba 2.0: Ketirisan Akibat Penyeludupan Di Kargo, KLIA Cecah RM2 Bilion - SPRM

2

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Ciri Penjejak Mata Baharu HONOR Mampu Gerak Dan Hidupkan Kereta

3

Teknovasi 1 bulan yang lalu

5 Sebab Untuk Memiliki Samsung Galaxy A15 Dan A25 5G

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Laporan Awal Siasatan Pesawat Terhempas Di Kapar Diketahui Bulan Depan - Kementerian Pengangkutan

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Diskaun Sana-sini, Peluang Tambah Koleksi Baju Raya Ke Rumah Terbuka

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

3 Rakyat Malaysia Kayuh Basikal Tiba Di Madinah

Refleksi 14 jam yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

Selain baik untuk kesihatan fizikal kerana ia adalah satu bentuk senaman, aktiviti mengemas rumah mampu mewujudkan persekitaran yang bersih dan rapi, sekali gus...

oleh Rahayu MN