web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Servis Bertukar Tangan Untuk Kia Malaysia

Pemilik-pemilik Kia di Malaysia sekarang mampu menghela nafas lega setelah sekian lama dipinggirkan. Hezeri Samsuri ada berita terkini tentang Kia Malaysia untuk anda.

Teknovasi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2021 12:19PM

Gambar: Kia Europe PR

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kia Malaysia bakal bertukar hak milik bulan hadapan, berdasarkan perkembangan-perkembangan terkini industri automotif tempatan.

Bermaz, yang memegang hak untuk jenama Mazda dan Peugeot di Malaysia akan mengambil alih jenama Korea itu dari Kumpulan Naza.

Naza memegang hak untuk memasang dan mengimport serta menjual produk-produk Kia sejak penghujung tahun 1990-an dan mula membuat pemasangan tempatan (CKD) pada tahun 2001 dengan model Kia Spectra.

Naza juga telah membina kilang pemasangan kenderaan di Gurun dalam tahun 2004 dengan kos RM300 juta, di mana ia memasang model-model Kia dan juga Peugeot/Citroen.

Namun begitu, syarikat Naza diberitakan tidak lagi berminat dengan industri automotif dan mula melepaskan satu persatu perniagan tersebut, bermula dengan Peugeot/Citroen yang telah ditamatkan kontraknya tahun lalu.

Bermaz yang diketuai oleh Datuk Ben Yeoh dijangka akan memberi nafas baharu kepada jenama Korea yang cukup sinonim di pasaran Eropah dan US.

Antara model-model baharu yang akan dilancarkan ialah Kia Sorento 2021, Kia Grand Carnival 2021, Kia Cerato dan banyak lagi.

Penerimaan jenama Korea di Malaysia masih tidak mampu menandingi syarikat-syarikat Jepun walaupun produk-produk mereka diterima di pasaran antarabangsa.

Mungkin kali ini Bermaz akan berjaya membawa kegemilangan syarikat muda K-pop ini ke tahap yang lebih tinggi.

Apa yang pasti, pemilik-pemilik sekarang mampu menghela nafas lega kerana setelah sekian lama dipinggirkan, hak-hak mereka sebagai pengguna akan kembali. - Getaran, 27 Mac 2021

Isu Pada

Sharifah Sakinah Kalis Peluru

27 Mar 2021

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 2 minggu yang lalu

Always Robots Rasmi Beroperasi Di Malaysia, Perkenal Robot Humanoid Berasaskan AI

2

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Drama Mini Tamil Dirakam Guna Telefon Pintar, Beri Inspirasi Kepada Pengkarya Baharu

3

Teknovasi 2 bulan yang lalu

Siri HONOR 600 Dengan Teknologi AI Terkini Dilancar, Kamera Utama 200MP

4

Teknovasi 4 bulan yang lalu

Robot Phone & Magic V6 Letakkan HONOR Di Pentas Dunia MWC 2026

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Gaya 10 jam yang lalu

Dari Ladang Ke Jalanan, Levi’s® Bawa Misi Sky High Farm Goods

oleh Rahayu MN