web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Infinix Note 12 G96 - Keseimbangan Teknologi Dengan Harga Mampu Milik

Sebuah lagi jenama telefon pintar dengan harga mampu milik menjengah pasaran Malaysia.

Teknovasi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2022 4:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebuah lagi model telefon pintar terbaharu jenama Infinix keluaran China memasuki pasaran.

Terkenal di pasaran benua Afrika, model terbaharu yang lahir pada bulan Mei lalu ini dikenali sebagai Infinix Note 12 G96. 

Biarpun penulis merasakan bahawa jenama telefon pintar ini sering kali mengeluarkan spesifikasi teknologi yang asas dan prestasinya berada di tahap sederhana, jenama ini juga boleh dikatakan sedang meningkat naik bagi memenuhi keperluan sesetengah individu yang tidak memerlukan ciri-ciri telefon pintar terlalu canggih dengan harga mampu milik. 

Mari kita lihat ulasan penulis mengenai model Infinix Note 12 G96 dalam segmen Teknovasi kali ini.

Mempunyai dimensi berukuran 164.6 (tinggi) x 76.8 (panjang) x 8 mm (lebar), model ini menggunakan teknologi layar AMOLED dan berat peranti ini secara keseluruhannya ialah 185g. 

Saiz skrin pula berukuran 6.7 inci berserta reka bentuk segi empat tepat memperlihatkan ia sama seperti kebanyakan telefon pintar yang lain. 

Apabila memegangnya, penulis mendapati  bahagian penutup badan peranti menggunakan bahan plastik yang mudah dilekatkan. 

Ini menyebabkan ia senang untuk meninggalkan kesan cap jari dan pendapat penulis ia perkara kecil sahaja. Namun kadar segar semulanya agak tinggi iaitu 120 Hz dan ini akan memberikan kelancaran sempurna apabila pengguna menyentuh skrin.

Pada bahagian teknologi perisian pula, ia menggunakan teknologi android 12, XOS 10.6 dengan penanaman chipset jenis MediaTek Helio G96 (12 nm).  

Jadi ia masih berada di tahap yang sederhana dari segi teknologi yang digunakan dan masih memiliki kemampuan asas untuk kegunaan harian. Ia juga sesuai buat pengguna yang gemar menstrim permainan atas talian. 

Namun seperti biasa, jika terlalu banyak aplikasi permainan dalam talian yang mempunyai data besar dimuat turun, telefon ini berkemungkinan akan bergerak dengan sangat perlahan atau mengalami tahap lagging yang teruk. 

Beralih pula pada bahagian kamera, penulis merasakan kehebatannya berada di tahap sederhana rendah kerana model ini hanya mempunyai resolusi 50 MP untuk kamera utama dan 2 MP untuk kamera dalaman serta 16 MP di bahagian swafoto. 

Jadi kepada pengguna yang suka menangkap gambar, penulis beranggapan model ini  agak kurang sesuai untuk anda mendapatkan hasil kualiti gambar terbaik. Namun ia masih sesuai buat penggemar video untuk keperluan media sosial kerana resolusi rakamannya ialah 1080p.

Menggunakan teknologi CPU Octa-core, Infinix Note 12 G96 mempunyai dwi pembesar suara. Satu di bahagian atas dan satu lagi di bahagian bawah peranti. 

Sistem suara dan bunyi yang dikeluarkan masih jelas terutamanya semasa mendengar muzik tanpa menggunakan fon telinga.

Selain itu, model ini menggunakan sistem pengecasan segara dengan aliran eletrik sebanyak 33 Watt dan menggunakan kapasiti kuasa bateri tanam jenis Li-Po sebanyak 5000 mAh. 

Jadi secara purata telefon pintar tersebut boleh digunakan dalam masa yang agak lama sebelum ia perlu dicas semula.

Ditawarkan dalam tiga jenis varian pilihan warna iaitu putih salji, hitam dan biru, Infinix Note 12 mempunyai dua jenis storan iaitu 128GB+8GB dan 256GB+8GB dengan harga di antara RM679 hingga RM779. 

Jelas sekali harga yang ditawarkan ini sangat mampu dimiliki dengan teknologi sederhana yang dipasangkan pada Infinix Note 12 G96. - Getaran, 1 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Tragedi Lombong Arang Batu: Letupan Gas Ragut 90 Nyawa, Lebih Ramai Dijangka Terkorban

2

Teknovasi 2 minggu yang lalu

Drama Mini Tamil Dirakam Guna Telefon Pintar, Beri Inspirasi Kepada Pengkarya Baharu

3

Luar Negara 3 minggu yang lalu

3 Hilang Selepas Gempa Bumi Bermagnitud 5.2 Landa Guangxi, Selatan China

4

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Siri HONOR 600 Dengan Teknologi AI Terkini Dilancar, Kamera Utama 200MP

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan