web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


5 Alternatif Digital Memberi Duit Raya 

Kebiasaanya duit raya diberikan menggunakan sampul khas yang diisi dengan wang kertas. Kini, terdapat beberapa kaedah alternatif yang boleh digunakan untuk memberi duit raya.

Teknovasi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2022 5:08PM

Gambar Hiasan, Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pemberian duit raya menjelang Aidilfitri bukanlah sesuatu perkara yang wajib tetapi ia adalah sejenis perkongsian rezeki yang simbolik kepada perayaan ini di Malaysia dan hanya dilakukan setahun sekali. 

Ia acap kali diberikan terutamanya kepada kanak-kanak bagi memberikan keceriaan kepada mereka semasa menyambut Hari raya. 

Kebiasaanya duit raya akan diberi menggunakan sampul khas yang diisi dengan wang kertas. 

Kini, terdapat beberapa kaedah alternatif yang boleh dilaksanakan untuk memberi duit raya.

Segmen Teknovasi hari ini berkongsi lima cara alternatif memberi duit raya yang boleh digunakan pada zaman moden ini.

Kod QR MAE

Jika kita sudah mampu melakukan transaksi pembayaran bil-bil, gaji dan seumpamanya secara dalam talian, mengapa tidak untuk duit raya. 

Aplikasi MAE menyediakan ‘ruangan’ dalam dompet digital yang membolehkan anda mengasingkan wang yang mahu diberikan sebagai duit raya. 

Tambahan pula, anda tidak perlu risau kerana pengasingan tersebut boleh dibuat mengikut jumlah nilai wang yang dikehendaki. 

Jadi ia mengelakkan anda daripada berbelanja lebih tanpa sedar. 

Buat pengguna aplikasi Maybank MAE, anda hanya perlu menekan segmen e-duit raya yang ada di paparan aplikasi dan kemudian klik pada ‘Send greeting’ untuk membuat ucapan raya terlebih dahulu. 

Seterusnya pilih 30 individu dalam satu masa dan terus klik ‘Continue’. Ucapan berserta duit raya akan diterima kepada penerima dengan mudah dan cepat.

Boost

Aplikasi ini pula membolehkan anda menghantar duit raya kepada 10 individu secara serentak. 

Dalam masa yang sama, Boost memberikan pilihan kepada pengguna untuk menderma kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang terpilih di Malaysia. 

Caranya, anda perlu memastikan baki cukup terlebih dahulu atau tambahkan sekurang-kurangnya RM10. 

Kemudian masukkan nombor telefon atau pilih terus di bahagian kenalan yang disimpan di dalam telefon anda. Mudah dan ringkas sahaja.

Touch ‘n Go e-Wallet

Aplikasi ini tidak asing lagi buat kebanyakan pemandu kenderaan yang gemar membuat pembayaran tol. 

Kini ia juga boleh digunakan untuk memberi duit raya.

Anda boleh memberikan duit raya dari e-dompet dengan hanya klik pada bahagian ‘pemindahan’ dan taipkan nombor telefon penerima atau senarai kenalan dan ahli keluarga di dalam aplikasi ini. 

Kemudian hantarkannya kepada akaun penerima dan ia boleh terus digunakan seperti biasa.

Grabpay

Grabpay juga tidak ketinggalan untuk mempraktikkan sistem yang dipanggil e-Duit Raya buat saudara-mara atau kenalan. 

Selain itu, anda juga boleh memberikan ganjaran dari e-dompet ini sebagai sumbangan duit raya kepada penghantar makanan dengan mudah. 

Malah kepada pihak pemberi, anda juga layak untuk mendapatkan mata ganjaran tambahan menerusi Grab Reward.

ShopeePay

Shopee adalah sebuah platform pembelian barangan dalam talian dari seluruh dunia. 

Ia juga boleh digunakan untuk mengirim duit raya.

Anda boleh menghantar duit raya dalam bentuk kredit menerusi ShopeePay yang membolehkan penerima membeli barangan dalam talian. 

Jadi tidak perlu lagi bersusah-payah untuk membuat transaksi pembayaran melalui bank untuk membeli item yang dikehendaki. 

Walau bagaimanapun, sistem ini hanya dikhususkan kepada pengguna akaun yang telah menaik tarafkan keahlian kepada ShopeePay Premium sahaja.

Jadi tiada lagi alasan untuk anda tidak memberikan duit raya. Gunakanlah teknologi dan sistem yang ada ini bagi melengkapkan perayaan Aidilfitri pada tahun ini. - Getaran, 4 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 bulan yang lalu

Hari Raya Aidil Fitri: Melangkaui Toleransi — Seruan Untuk Penerimaan

2

Kolum 1 tahun yang lalu

Menghitung Rahmat Dan Bahagia Di Aidilfitri

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Kutuk Serangan Rejim Israel Ke Atas Gaza Ketika Aidilfitri 

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Sambut Raya Gaya Kampung Sungai Tiram

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini