Berita Terkini

8 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Selebriti Hollywood Bersama Motosikal Berkuasa Tinggi

Kami senaraikan beberapa selebriti Hollywood yang mempunyai koleksi motosikal berkuasa tinggi.

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2022 9:30AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Motosikal berkuasa tinggi biasanya disukai individu yang gemarkan cara pengembaraan yang lebih lasak dan bebas.

Jika dilihat, jenama model terbaharu motosikal berkuasa tinggi juga tidak dikeluarkan secara kerap. Ini supaya setiap keluaran motosikal tersebut menjadi eksklusif untuk dimiliki.

Adakalanya ia memakan masa lebih daripada tiga tahun sebelum syarikat pengeluar menghasilkan semula model yang baharu. 

Mungkin kerana sifat eksklusif tersebut, terdapat ramai selebriti yang dipilih oleh jenama motosikal tertentu untuk dijadikan ikon atau duta sesebuah jenama.

Segmen Teknovasi hari ini berkongsi senarai lima selebriti Hollywood yang menggemari motosikal berkuasa tinggi.

Gambar: gq.com
Gambar: gq.com

Keanu Reeves

Selebriti yang terkenal dengan aksi di dalam filem 'The Matrix' dan 'John Wick' ini merupakan peminat motosikal berkuasa tinggi. Terdapat pelbagai babak di dalam filem tersebut yang memperlihatkan kemahiran pelakon ini semasa beraksi di atas motosikal. 

Semasa penggambaran filem 'The Matrix Reloaded', motosikal Ducatti 998 warna hijau milik beliau telah digunakan oleh watak Carrie-Anne Moss dalam aksi mengejar di atas jalan raya.

Sehingga kini, jentera itu masih wujud dan menjadi salah satu koleksi motosikal eksklusif milik Keanu Reeves. 

Kini pelakon ini telah membangunkan syarikat miliknya sendiri yang diberi nama Arch Motorcycle. 

Ia berkonsepkan butik motosikal dengan kerjasama pereka dan pembina motosikal terkenal Gard Hollinger. 

Motosikal pertama yang digunakan olehnya ialah Kawasaki 600 Enduro kemudian diikuti dengan 1973 Norton Commando 850 MK II Roadster. 

Kini beliau memiliki model motosikal Suzuki GS1100E, Suzuki GSX-R750, BMW R75/6 (1974), Kawasaki KZ 900, Harley Davidson Shovelhead (1984) sebagai koleksi dan hanya menggunakan dua buah kereta sehingga sekarang.

Gambar: people.com
Gambar: people.com

Brad Pitt

Brad Pitt adalah nama yang tidak asing lagi sebagai pelakon dan penerbit filem. Beliau  juga merupakan penggemar motosikal berkuasa tinggi. Beliau suka mengembara ke seluruh dunia dengan menunggang motosikal berbanding memandu kereta. 

Berbeza sedikit dengan Keanu Reeve, Brad Pitt mempunyai kereta yang agak banyak dan memiliki motosikal paling jarang ditemui serta paling mahal. 

Antara koleksi eksklusif yang dimiliki beliau ialah Indian Larry, sejenis motosikal gaya Chopper yang berasal daripada Brooklyn dan direka khas mengikut citarasa pengguna. 

Motosikal tersebut direka khas untuk Brad Pitt dengan harga lebih daripada RM260,000. 

Namun terdapat sebuah lagi motosikal miliknya yang paling mahal bahkan jarang ditemui dan dimiliki oleh segelintir individu sahaja iaitu Ecosse Titanium Series XX. 

Motosikal ini memiliki kuasa enjin sehingga 228 bhp dan harga yang dibeli oleh beliau mencecah RM1,200,000. 

Selain itu, Pitt juga mempunyai beberapa model motosikal jenama Ducati seperti Monster 696, Monster S4R, Desmosedici RR dan beberapa lagi jenama besar. 

Gambar: returnofthecaferacers.com/
Gambar: returnofthecaferacers.com/

Ewan McGregor

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon filem 'Star Wars' yang memegang watak Obi-Wan Kenobi, si penghunus pedang light saber berwarna biru iaitu Ewan McGregor. 

Beliau menjadi popular di dalam dunia permotoran bersama rakannya Charlie Boorman. 

Mereka membuat satu dokumentari menggunakan kamera yang bertajuk 'The Long Way Round, The Long Way Down and The Long Way Up'. 

Ia berkenaan penjelajahan mereka dari Argentina sehingga Los Angeles menggunakan motosikal elektrik model Harley Davidson Live wire. 

Selain itu, Ewan McGregor juga mempunyai beberapa lagi jenis motosikal lain. 

Berbeza dengan Keanu Reeves dan Brad Pitt, beliau lebih menggemari motosikal klasik seperti 1974 Eldorado versi polis, V11 Le Mans Tenni dan motorsikal kegemarannya iaitu Moto Guzzi V7 yang bernilai dalam anggaran RM36,760. 

Akan tetapi beliau juga mempunyai beberapa lagi motosikal berkuasa besar seperti BMW R1200GS, 980 Honda Gold Wing, Indiana Larry dan banyak lagi. 

Ewan McGregor menyatakan bahawa beliau sangat sayangkan motosikal miliknya sehingga tiada siapa dibenarkan menyentuhnya tanpa kebenarannya.

Tom Cruise

Tom Cruise pula yang popular dengan filem lagak ngeri juga merupakan seorang selebriti yang gemarkan motosikal berkuasa tinggi. 

Seperti di dalam filem 'Mission: Impossible Fallout', beliau menggunakan motosikal model BMW R Nine T jenis Scrambler manakala untuk 'Mission Impossible : Rogue Nation' beliau menggunakan BMW S1000RR dalam salah satu aksi yang luar biasa. 

Tom Cruise bukan sahaja memiliki motosikal model 200 Ducati 999Rs, malah dia juga mempunyai motorsikal model Confederate Hellcat yang berharga lebih kurang RM260,000 yang digunakan semasa menghadiri perasmian tayangan perdana filem Mission Impossible 3. 

Tom Cruise mempunyai lebih daripada lima buah motosikal berkuasa tinggi. 

Dia pernah dilihat menunggang keluar motorsikal model Vyrus 987 C3 4V dengan harga RM400,000 dari sebuah kedai dan ia dikatakan hadiah daripada seseorang.

Gambar: pinterest.com
Gambar: pinterest.com

 

Jay Leno

Akhir sekali, Jay Leno, hos dan pelawak terkenal rangkaian televisyen di Amerika Syarikat bukan sahaja mempunyai lebih dari 180 buah kereta, malah dia juga memiliki sebanyak 170 buah motosikal pelbagai jenis yang disimpan di dalam gudang persendirian yang juga dijadikan muzium. 

Di situ, terdapat koleksi motosikal dan kereta klasik sehinggalah kenderaan yang paling moden. 

Antara motosikal paling eksklusif dan vintaj miliknya ialah Vincent HRD hitam bayang yang dikeluarkan pada 1928 hingga 1955 dan berharga lebih kurang RM400,000. 

Nilai keseluruhan jentera yang ada di dalam gudang eksklusif koleksi Leno ini dianggarkan mencecah RM200,000,000 sehingga RM240,000,000. 

Gudang tersebut telah menjadi pusat khazanah beliau selama bertahun-tahun. - Getaran, 23 Mac 2022

Sumber: autoevolution.com




 

Berita Berkaitan

1

TARA 1 tahun yang lalu

Adicita Pa’din Musa

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'The Matrix Resurrections' Penuh Kecamuk Tetapi Dejavu 

3

Teknovasi 3 tahun yang lalu

Menawan Gunung Penuh Gaya Dengan Ducati

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Gaya 11 jam yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

oleh Fida Ruzki

Refleksi 1 hari yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

Selain baik untuk kesihatan fizikal kerana ia adalah satu bentuk senaman, aktiviti mengemas rumah mampu mewujudkan persekitaran yang bersih dan rapi, sekali gus...

oleh Rahayu MN