web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Menawan Gunung Penuh Gaya Dengan Ducati

Kenali Ducati TK01RR, basikal gunung elektrik terbaru Ducati.

Teknovasi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2021 9:00AM

Ducati TK01RR. Gambar: Ducati

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ducati memperkenalkan Ducati TK01RR - basikal gunung elektrik (e-mountain bike) berprestasi tinggi baharu bagi memudahkan perjalanan tanpa henti, melewati liku-liku dan laluan mencabar dengan kelajuan maksimum.

Nampaknya syarikat permotoran Itali, Ducati tidak mahu ketinggalan trend dengan pengeluaran e-basikal, Ducati TK01RR. 

Lengkap dengan unit pemacu 12-kelajuan, brek 4-piston Shimano XT dan Shimano EP8 motor yang hanya seberat 2.6kg - di samping peredam getaran belakang Ohlins TTX 170mm - Ducati TK01RR menawarkan prestasi yang hebat.  

Ducati TK01RR. Gambar: Ducati
Ducati TK01RR. Gambar: Ducati

Boleh mencapai daya kilas (tork) maksimum 85Nm, ia hadir dengan aplikasi tersendiri bernama Shimano E-tube Project App. Aplikasi ini mengikuti keupayaan dan kesesuaian individu. Rangka badan Ducati TK01RR dibuat daripada logam magnesium paling ringan, namun padat. 

Dikuasakan oleh bateri Shimano 630Wh yang terbina dalam kerangka aluminiumnya, Ducati TK 01RR mampu bertahan lama tanpa menjejaskan aspek pengendalian. Manakala 4 piston Shimano Deore XT dipasang dengan cakera Shimano 203mm menggunakan sistem ICE TECHNOLOGIES, memberikan prestasi brek yang luar biasa.  

Ducati TK 01RR amat konsisten dan boleh dipercayai dalam apa jua keadaan. Ini kerana sistem THOK DISK MOUNT dipasang secara langsung ke rangka bagi mencapai kecekapan yang tinggi. Ia turut menambah kuasa brek agar lebih cengkaman. 

Ditempa dengan bingkai aluminium 6061 hydroformed, Ducati TK 01RR mempunyai tempat duduk menegak (75.5°) dan sudut stereng 64.5° (enduro oriented) bagi pengendalian yang mudah, bahkan di tengah-tengah laluan yang ekstrem dan bercerun.  

Dengan anggaran €6,990, Ducati TK 01RR sedia untuk pra-pesanan atas talian dengan penghantaran berjadual dijangka bermula seawal Jun 2021. - Getaran, 29 Januari 2021

Ducati TK01RR. Gambar: Ducati
Ducati TK01RR. Gambar: Ducati

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Muhammad Shah Firdaus Sedia Galas Tanggungjawab Jika Azizulhasni Bersara

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Basikal Raleigh Chopper Agong Antara Tarikan Pameran Raja Kita

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Nak Beriadah Pun Janganlah Sampai Bahayakan Nyawa

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Muhammad Shah Firdaus, Nurul Syasya Nadiah Dipilih Olahragawan, Olahragawati Johor

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN