web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'The Matrix Resurrections' Penuh Kecamuk Tetapi Dejavu 

Dalam 'The Matrix Resurrections', Neo perlu berdepan dengan Agent Smith dan beberapa Exile Programs berserta The Analyst untuk menyelamatkan Matrix dan Trinity. 

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Dec 2021 6:12PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Impak filem The Matrix memang sungguh luar biasa. Disebabkan 'The Matrix', ramai teruja untuk meneroka dunia digital yang ketika itu masih lagi begitu asing dalam peradaban manusia. 

Tidak hairanlah mengapa ia menjadi filem budaya pop yang digilai serta mencetuskan inspirasi kepada ramai anak muda pada zaman kemunculannya untuk menguasai dunia siber yang penuh misteri dan komplikasi. 

Selepas kemunculan The Matrix pada 1999, menyusul pula sekuelnya iaitu The Matrix Reloaded (2003) dan The Matrix Revolutions (2003). 

The Matrix Revolutions bagaimanapun menyaksikan berakhirnya dunia Matrix. Tiada lagi Neo (Keanu Reeves) dan Trinity (Carrie-Anne Moss). Tiada lagi kod-kod hijau aneh yang koordinasinya kelihatan seperti hujan digital. Tiada lagi pil merah dan pil biru. 

Walaupun ada khabar angin bahawa akan ada sambungan, sutradara dan penulisnya, The Wachowskis (adik-beradik lelaki yang bertukar menjadi wanita pada dan selepas 2010) tidak berhasrat untuk menambah sekuel filem ini. 

Namun, kehilangan insan tersayang membuatkan salah seorang adik-beradik ini iaitu LanaWachowski berubah fikiran. Dia menyedari dia tidak dapat mengembalikan ibu bapanya, tetapi dia mampu menghidupkan semula Neo dan Trinity. 

Bersama David Mitchell dan Aleksandar Hemon, Lana menulis  sekuel terbaharu ini dan mengarah seorang diri tanpa Lilly Wachowski. 

Inilah titik-tolak kepada kewujudan The Matrix Resurrections. Ia sememangnya adalah sekuel kepada The Matrix Revolutions, akan tetapi ia juga seperti membawa kita kembali semula ke filem pertamanya, The Matrix

Kita dapat melihat watak-watak lama ditampilkan semula dalam filem ini, juga watak baharu yang mempunyai hubungan dengan watak-watak lama. Malah, Lana cuba mengingatkan kita apa yang pernah berlaku dalam The Matrix

Tidak ada salahnya. Tetapi apabila terlalu banyak watak cuba diketengahkan semula untuk tatapan peminat tegar The Matrix, The Matrix Revolutions itu sendiri menjadi filem yang penuh dengan kecamuk. 

Banyak sedutan lama dalam The Matrix dihidupkan semula dalam filem ini. Aksi lawan di antara Morpheus (Yahya Abdul-Mateen II) dengan Neo diwujudkan semula tetapi kali ini Morpheus bukan mahu mengajar Neo tetapi mengembalikan semula kuasa dan kekuatan yang dimilikinya. 

Morpheus lakonan Yahya Abdul-Mateen II
Morpheus lakonan Yahya Abdul-Mateen II

Ya, Morpheus tidak lagi dilakonkan Laurence Fishburne. Pelik juga apabila menonton Morpheus dalam versi muda yang dibawakan Yahya Abdul-Mateen II ini dan hingga saat ini sebahagian penonton mungkin tertanya mengapa tidak Laurence sebagai Morpheus dan mengapa Morpheus dalam versi muda?

Namun, Yahya ternyata berjaya mencorakkan watak Morpheus dengan gaya lakonannya yang tersendiri. 

Begitu juga dengan Jonathan Groff yang membawakan watak Agent Smith yang sebelum ini dibawakan Hugo Weaving. Jonathan memberikan impak tersendiri menerusi watak tersebut. 

Antara watak baharu yang menarik perhatian adalah Bugs lakonan Jessica Henwick iaitu kapten yang mengemudi hovercraft Mnemosyne. Lakonannya sangat cemerlang sekali. 

Jessica Henwick tampil hebat menerusi watak Bugs
Jessica Henwick tampil hebat menerusi watak Bugs

Bugs mendapat signal Matrix daripada Neo. Bersama pasukannya serta Morpheus, mereka memasuki dunia Matrix untuk menemui Neo dalam dunia sebenar. 

Dalam dunia realiti sebenar, Smith iaitu rakan kongsi Thomas Anderson (Neo) memberitahu bahawa Warner Bros. Pictures mahu mereka menghasilkan sekuel baharu kepada trilogi The Matrix. Ini bahagian yang lucu dan ia diselitkan dengan cukup bijak dan membuatkan penonton tertawa. 

Akan tetapi Thomas Anderson atau Neo mempunyai ketakutan untuk menghasilkan sekuel baharu itu kerana dia tidak dapat memisahkan antara mimpi dan realiti sehingga terpaksa mendapatkan khidmat kaunseling pakar terapi, Neil Patrick Harris (The Analyst). Setelah menemui Neo, Morpheus cuba menjelaskan tentang dunia Matrix dan akhirnya Neo memilih pil berwarna merah untuk mencari kebenaran. 

The Matrix Resurrections turut membawa kita untuk berdepan dengan koreografi aksi berat bersama bullet time kesan slow motion yang menjadi revolusi kepada filem-filem aksi lain. Neo mendapat kuasanya. Dia masih boleh berkungfu tetapi tidak boleh terbang lagi. Apakah sebenarnya yang berlaku kepada Neo? Saksikan filem ini. 

Sinopsis 

Berlatarbelakangkan enam puluh tahun selepas peristiwa Revolusi, filem ini memaparkan Neo menjalani kehidupan biasa menggunakan identiti asalnya sebagai Thomas A. Anderson di San Francisco. 

Apabila versi Morpheus yang muda dan baharu menawarkannya pil merah untuk membuka semula mindanya kepada dunia Matrix yang telah menjadi lebih stabil dan bahaya, sejak tahun-tahun jangkitan Smith, Neo akhirnya bergabung dengan sekelompok pemberontak untuk melawan musuh baharu. 

Diterbitkan Village Roadshow Pictures dan Venus Castina Productions serta diedarkan Warner Bros. Pictures, filem ini dibintangi Keanu Reeves, Carrie-Anne Moss, Lambert Wilson, Jada Pinkett Smith, Yahya Abdul-Mateen II, Jessica Henwick, Jonathan Groff, Neil Patrick Harris, Priyanka Chopra Jonas dan  Christina Ricci.

Rating: 4 Getar 

Gambar: Warner Bros. 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 23 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN