Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Adicita Pa’din Musa

Dianggap seorang legenda dalam arenanya, Getaran mendekati Pa’din Musa, ikon permotoran dan papan selaju tersohor Malaysia yang juga skater Asia Tenggara pertama yang memiliki kasut signature Vans tersendiri.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jul 2022 9:49AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pada awal bulan Julai baru-baru ini, penulis telah hadir ke sebuah acara gaya hidup automotif terbesar di Malaysia iaitu Art of Speed yang berlangsung selama dua hari di Serdang. 

Hampir ratusan kenderaan berupa kereta dan motosikal dipamerkan di sekitar kawasan tersebut.

Ketika itu, penulis bertemu dengan seorang legenda yang tidak asing lagi dalam dunia permotoran dan papan selaju (skateboard) iaitu Ahmad Fadzil Musa, 46 atau lebih popular dipanggil Pa’din Musa. 

Buat yang tidak tahu, Pa’din terkenal sebagai pemain profesional sukan ekstrem atau X-Games dan mengkhusus dalam sukan skateboard atau papan selaju sehingga peringkat antarabangsa.

Kemudian terdetik di hati penulis, apa agaknya perkembangan terkini beliau di dalam dunia permotoran dan papan selaju?

Lantas minggu lalu, kru Getaran berpeluang meluangkan masa bersamanya dan dijemput hadir ke bengkel motosikal persendirian Pa’din yang diberi nama Abah & Sons di Kepala Batas, Pulau Pinang.

Bagi yang kurang tahu, nama Pa’din mula melonjak apabila jenama kasut skateboard popular dunia Vans telah menghasilkan sepasang kasut yang direka khas dan diinspirasikan daripada karakternya! 

Pencapaian ini menjadikan dirinya ikon kasut Vans yang unggul kerana Pa’din merupakan skateboarder Asia Tenggara pertama yang dipilih untuk memiliki rekaan kasut signature Vans tersendiri.

Ketika ditanya berapakah harga terkini kasut keluaran pertamanya itu, dia memberitahu bahawa dia tidak pasti, namun kali terakhir beliau mendapat perkhabaran, terdapat seorang individu yang membeli kasutnya daripada seorang penjual semula (reseller) dengan nilai RM 2,200.

Gambar Instagram @pakdinmusa
Gambar Instagram @pakdinmusa

Secara peribadi Pa’din sendiri terkejut mendapat tahu bahawa individu tersebut mempunyai hobi mengumpul kasut. “Depa ni memang gila, saya pun baru-baru juga faham macam mana dahsyatnya geng-geng ni,” katanya.

Gambar PH Skatepark Sdn Bhd
Gambar PH Skatepark Sdn Bhd

Mengupas lebih lanjut berkenaan reka bentuk kasut Vans Pa’din, “Sebenarnya saya suka reka bentuk old school dan pada tahun tersebut model kasut jenis Era tengah popular, jadi kita pilih model tersebut. Berkenaan warna pula, pada asalnya ramai yang menyangkakan warna hitam kuning tersebut disebabkan warna harimau Malaya yang secara kebetulan tengah in trend ketika itu”.

“Tetapi sebenarnya perancangan selama tiga tahun sudah dijalankan sebelum kasut ini dikeluarkan. Di sebalik warnanya pula, ia diilhamkan daripada kawan saya yang memakai jaket vintaj lama Harley Davidson semasa saya menunggang motosikal dulu. Saya tengok warna kuning hitam jaket dia macam cun dan sempoi!. Jadi kami buat keputusan untuk pilih warna tersebut” 

Terkini, Pa’din menyatakan bahawa pihak Vans sudah dalam perancangan akan mengeluarkan sebuah lagi model terbaharu kasut versi Pa’din Musa menjelang 2024.

Bercakap mengenai dunia papan selaju pula, kini Pa’din lebih berkecimpung dalam bahagian pembangunan sukan aksi ini dibawah syarikatnya yang bernama PH Skatepark Sdn Bhd. Terdapat banyak taman papan selaju atau skatepark yang telah dibina menggunakan kemahiran yang dimiliki oleh Pa’din. 

Antaranya ialah Skatepark Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah (2003), Skatepark Vans Kings Gap (20017), Skatepark Vans X Showroom, Paradigm Mall JB dan banyak lagi.

Gambar PH Skatepark Sdn Bhd
Gambar PH Skatepark Sdn Bhd

Perkara yang menjadi cabaran pada masa ini adalah pembinaan skatepark yang tidak mengikut spesifikasi yang betul. 

Katanya, “Skatepark ni nampak macam lagi senang daripada bina bangunan. Walau bagaimanapun terdapat beberapa aspek pembinaan yang memerlukan kemahiran terperinci dan skil itu tiada pada kontraktor bangunan.”

Gambar PH Skatepark Sdn Bhd
Gambar PH Skatepark Sdn Bhd

Mengulas lanjut, pembangunan taman rekreasi ini sudah mula sejak tahun 2000 dan keberadaannya dapat dilihat di semua lokasi kompleks Rakan Muda. 

Malah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di setiap kawasan mengikut negeri juga sudah mula menyokong dan membantu mewujudkan kemudahan tersebut. 

Gambar PH Skatepark Sdn Bhd
Gambar PH Skatepark Sdn Bhd

“Bezanya dahulu, kebanyakan skatepark dibina sekadar ada sahaja. Sekarang pihak berwajib sudah mengambil perhatian bahawa skatepark tidak boleh dibuat sembarangan. Ia perlu distrukturkan mengikut spesifikasi yang sebenar untuk menarik lagi minat orang ramai bermain X-Games ini.”

Bercerita tentang dunia dua roda atau motosikal pula, kemahiran mengubahsuai atau lebih popular disebut pengolahan motosikal custom yang dicipta oleh Pa’din adalah hasil daripada pendidikannya di dalam bidang kejuruteraan mekanikal suatu ketika dahulu. 

Minat untuk mengubahsuai bermula daripada abangnya sendiri. Ketika itu dia memiliki sebuah motosikal Honda Shadow yang sudah diubah suai gaya chopper pada akhir tahun 90-an. 

“Ketika itu saya baru tahu motosikal custom ni best dan sempoi.” Kemudian dia memberitahu kepada abangnya “Aku kalau nak ada motosikal, aku nak motosikal jenis Harley Davidson custom bukan standard,” ujarnya. 

Berbicara mengenai motosikal yang dimiliki oleh Pa’din, jiwanya yang cintakan kelajuan bertumpu kepada motosikal Harley Davidson custom gaya chopper sahaja. 

Malah ciptaan kenderaan dua rodanya itu bermula dengan pembelian enjin Harley Davidson sahaja. Selebihnya dibina menggunakan tangannya sendiri.

“Sebenarnya pembikinan motosikal custom ini adalah aktiviti passion saya dan bukan sebuah perniagaan. Ramai yang datang kepada saya untuk mencipta mostosikal custom mereka tetapi buat masa ni memang saya tidak ambil upah untuk mengubah suai motosikal orang lain”. 

Terkini, Pa’din sedang dalam proses menyiapkan sebuah lagi binaan motosikal baharunya menggunakan enjin Harley Davidson 1960 Ironhead dan pastinya bakal mengejutkan penggemar motosikal yang lain.

Apabila ditanya mengapa hampir semua rekaan motosikal Pa’din berbentuk gaya chopper, ini responsnya, “Pertama hang kena tahu bahawa saya punya sekolah dalam dunia permotoran adalah Harley Davidson custom bukan standard. Setiap enjin Harley Davidson yang saya beli mesti dipasangkan pada motosikal ciptaan saya yang berbentuk chopper sahaja.

“Kedua, saya pendek dan disebabkan itu setiap motosikal yang saya bina mestilah rendah. Kaki tidak perlu berjengket semasa berhenti, duduk dengan selesa dan tangan mesti mengembang semasa menunggang. Jadinya, versi chopperlah menjadi pilihan hatiku”, katanya sambil tersenyum.

Semasa di acara Art of Speed 2022 baru-baru ini, dua buah motosikal Harley Davidson custom chopper Pa’din telah dipertandingkan. Beliau berjaya merangkul empat anugerah dan salah satunya ialah Chopper Terbaik Enjin 400cc Ke Atas. 

Menurutnya, kejayaan tersebut merupakan satu petunjuk bahawa menjadi pembina motosikal custom bukan sesuatu yang mudah. Ia adalah kemahiran yang layak dihargai dan dijulang ke serata dunia. 

Pa’din juga menyatakan terdapat banyak lagi kenalannya di sekitar Kuala Lumpur yang mempunyai kemahiran lebih hebat dalam bidang pengubahsuaian motosikal. Cuma masalahnya ramai yang tidak menghargai kelompok ini. 

Kebanyakan pelanggan yang melihat pembikinan motorsikal custom ini mudah untuk dihasilkan namun ramai juga yang tidak memahami mengapa harganya begitu mahal. 

Katanya, “Ya, memang pelanggan ada hak untuk tawar-menawar tetapi bila mekanik dah siapkan motosikal pelanggan dengan jayanya, mereka minta harga yang tidak masuk akal. Jadi rasa macam tak syok bila mendengar perkara macam ini sebab mereka orang berniaga,” ujarnya.

“Sebagai seorang pembina saya sangat memahami kerja mereka. Saya sendiri kalau hantar barang pada mereka untuk direka khas atau customise beberapa komponen motosikal, semasa mereka buka harga saya terus setuju tanpa ada tawar-menawar.

“Ini disebabkan saya tahu betapa susah kerja mereka dan setiap proses yang dilaksanakan bukannya mudah,” tambahnya lagi.

Bezanya Pa’din dengan mekanik lain adalah beliau mempunyai masa sendiri dan tidak perlu tergesa-gesa untuk melayan serta menyiapkan motorsikalnya. Oleh itu, tumpuan yang penuh dapat diberikan apabila dia memulakan kerja-kerja binaannya.

Nasihat Pa’din, jika anda mahu hantar motosikal untuk diubahsuai di bengkel-bengkel yang ada, “Bila depa buka satu harga, janganlah sampai hangpa tawar-menawar harga yang terlalu merepek sehingga mekanik rasa kemahiran mereka diperlekehkan. Benda ini boleh menyebabkan mood mereka hilang.

“Tetapi apakan daya, mahu atau tidak mereka terpaksa juga buat demi mencari rezeki, maka hargailah depa semua,” ujarnya menutup bicara.

 

DI SEBALIK TABIR PEMBIKINAN WAJAH TARA – GETARAN

Wajah TARA : Pa’din Musa

Editor Gaya Hidup & Hiburan : Shah Shamshiri

Teks & Penyelaras : Izwan Ramlan

Suntingan Teks : Ili Farhana

Jurugambar, Juruvideo & Suntingan Video : Mustaffa Kamal Ramli

Lokasi: Bengkel Abah & Son, Kepala Batas, Pulau Pinang

Rekaletak : Abdul Hanif Zahari 

Isu Pada

Adicita Pa’din Musa

16 Jul 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 4 minggu yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

2

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

3

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

4

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

5

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

6

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

7

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya