web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mencungkil Kehebatan Samsung S22+

Penulis kami berkesempatan mencuba telefon pintar terbaharu Samsung dan memberikan ulasan lengkap tentang peranti ini.

Teknovasi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2022 4:29PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pada 9 Februari yang lalu, Samsung sekali lagi menggemparkan dunia dengan pelancaran model terbaharu telefon pintar mereka iaitu Galaxy S22+. Peranti ini mempunyai pelbagai fungsi yang telah di naik taraf secara kreatif dan luar biasa. 

Reka bentuk Galaxy S22+ yang terbina dengan ciri-ciri mesra alam turut memaparkan kamera yang mengagumkan dengan pemproses imej pintar terkini. 

Galaxy S22+ bukan sahaja indah dipandang malah mampu menjamin pengalaman pengguna yang mengagumkan.

Mari kita lihat kehebatan prestasi Samsung S22+ untuk segmen Teknovasi kali ini.

Peranti ini mempunya bentuk empat segi tepat dengan permukaan skrin yang bersaiz 6.6 inci, panjang 157.4 mm serta lebar 75.8mm. Mempunyai berat yang ideal iaitu 195 gram, apabila digenggam ia kelihatan sederhana besar namun perlu dipegang dengan rapi agar tidak tergelincir daripada tangan. 

Walaubagaimanapun, skrinnya dilengkapi dengan kemasan ‘haze finishing’ mewah yang membawa penampilan peranti yang moden, bergaya dan anggun. 

Selain itu, kamera bagi model ini juga dipadankan dengan warna badan peranti dengan bingkai logam yang tipis dan bersimetri serta sensor sentuhan dengan kadar kelancaran sebanyak 120Hz.

Untuk skrin pula, Galaxy S22+ terbina dengan teknologi vision booster pintar yang menyesuaikan kecerahan dan kontras warna secara automatik mengikut suasana pencahayaan persekitaran. Selain itu, peningkatan prestasi tetapan pada skrin juga dipertingkatkan mengikut kecerahan paparan yang boleh dilaraskan secara automatik. 

Jadi ia membolehkan anda untuk menstrim permainan dalam talian atau menonton filem dalam jangka masa yang agak lama tanpa menyebabkan mata sakit atau pening kepala.

Tidak ketinggalan, model kali ini juga didatangkan khas dengan teknologi S pen iaitu batang pen yang dikhaskan untuk mencatat nota dengan menulis di atas permukaan skrin. Tambahan pula, ia mempunyai sistem pembetulan automatik atau  autocorrect yang memudahkan pengguna untuk membuat catatan dengan laju dan menghasilkan maklumat serta ejaan yang betul selepas ia diproseskan di dalam satu fail atau folder.

Di samping itu, Galaxy S22+ mempunyai sensor kamera utama gabungan 50MP (utama), 10MP (telefoto) dan 12MP (ultra-lebar) untuk menghasilkan tangkapan gambar yang kekal berkualiti tinggi terutama sekali dalam suasana pencahayaan yang rendah. 

Dipasangkan dengan teknologi canggih ‘Nightography’, ia mampu menangkap gambar dengan jelas pada waktu malam walaupun tangan anda bergerak. Ia membolehkan kamera anda merakam dan menangkap gambar dengan butiran yang terperinci serta warna cerah, walaupun dalam keadaan sekeliling yang kurang terang atau cerah.

Kualiti video juga dipertingkatkan dengan ciri-ciri baru seperti Auto Framing, dimana fokus kamera boleh diselaras secara automatik bagi rakaman secara berkumpulan sehingga 10 orang. Ini kerana ia disokong oleh teknologi VDIS (Video Digital Image Stabilization) yang mengurangkan gegaran ketika sedang merakam. Jadi ia amat sesuai digunakan untuk aktiviti atau pengembaraan di lokasi yang mencabar seperti di dalam hutan.

Tambahan lagi, dipasangkan dengan teknologi AI terbaharu iaitu AI Stereo Depth Map, teknologi ini cukup berkesan terutamanya semasa penggambaran dalam mod portret. Gambar bersubjek tunggal seperti manusia atau haiwan peliharaan kesayangan akan diberi paparan yang jelas dan gambar tidak pecah. Algoritma AI yang canggih ini, membolehkan butiran seperti susunan bulu si comel jelas terpapar pada setiap inci objek di dalam skrin.

Beralih kepada ketahan bateri, ia memiliki kapasiti kuasa sebanyak 4500 mAh namun apabila dibandingkan dengan model S22, ia mempunyai perbezaan yang agak banyak kerana kuasa bateri S22 hanyalah 3700mAh. Walau bagaimanapun, kedua-dua jenis model siri ini masih menggunakan teknologi pengecas segara dengan aliran elektrik sebanyak 45W. Jadi anda tidak perlu menunggu lama untuk memenuhkan semula bateri yang hampir habis selepas digunakan.

Maka secara keseluruhan, penulis beranggapan ini adalah antara model jenama Samsung yang terbaik untuk dimiliki. Walaupun masih terdapat sedikit kekurangan terhadap prestasinya namun ia berbaloi untuk dimiliki. 

Dengan variasi empat warna (putih phantom, hijau, emas merah jambu, hitam phantom) dan keluaran warna eksklusif (grafit, krim, biru langit, violet) anda boleh memilikinya dengan harga  RM 4,299 (5G 256GB) atau RM 4,099 (5G 128GB) seunit. - Getaran, 16 Mac 2022


 

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 2 minggu yang lalu

Drama Mini Tamil Dirakam Guna Telefon Pintar, Beri Inspirasi Kepada Pengkarya Baharu

2

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Siri HONOR 600 Dengan Teknologi AI Terkini Dilancar, Kamera Utama 200MP

3

Teknovasi 2 bulan yang lalu

Robot Phone & Magic V6 Letakkan HONOR Di Pentas Dunia MWC 2026

4

Teknovasi 3 bulan yang lalu

Siti Nurhaliza Pemilik Pertama GWM WEY G9 Hi4 PHEV Di  Malaysia

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden