web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ketahui Teknologi 'Video Assistant Referee' (VAR) Dalam Bola Sepak

VAR bertujuan meningkatkan mutu perlawanan bola sepak, membantu pengadil mengendalikan sesebuah perlawanan bola sepak serta mengurangkan keraguan sesetengah pihak.

Teknovasi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2022 5:35PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Video Assistant Referee atau VAR adalah sebuah teknologi yang dicipta bagi membantu pengadil perlawanan bola sepak dalam membuat keputusan di atas padang. 

Ia dicatatkan dalam undang-undang perlawanan bola sepak yang ditentukan oleh Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabang (IFAB) pada 2018. 

Malah sistem ini mencipta sejarah apabila ia digunakan secara rasmi pada kali pertama semasa aksi perlawanan akhir piala dunia Perancis menentang Croatia pada 2018 di Rusia yang dilaksanakan oleh pengadil dari Argentina, Nestor Pitana.

Kebiasaanya sistem ini akan diguna pakai ketika pengadil ingin membuat kepastian dan keputusan yang tepat berkenaan jaringan gol atau kekasaran yang dilakukan oleh pemain ketika sedang beraksi. 

Gambar: Walesonline.co.uk
Gambar: Walesonline.co.uk

Kadang-kala VAR juga digunakan atas permintaan pihak pemain untuk pengadil mengenal pasti sesebuah perkara yang terjadi di atas padang. 

Proses VAR akan didahului dengan isyarat tangan daripada pengadil menggunakan kedua belah tangan dan membentuk segi empat menandakan pemeriksaan VAR perlu dijalankan bergantung pada situasi yang berlaku. 

Kemudian pengadil perlawanan akan ke bahagian skrin khas yang disediakan di tepi padang bola untuk memainkan semula video aksi tersebut. 

Dalam masa sama, sistem tersebut akan disambungkan di dalam bilik audio stadium yang akan dikendali oleh dua hingga tiga pakar dalam bidang pengadilan bola sepak.

Kemudian, proses pemeriksaan melalui ulang tayang video akan dijalankan beberapa kali secara serentak bersama pengadil yang berada di atas padang termasuk video gerak perlahan. 

Akhir sekali, komunikasi akan dilaksanakan oleh pengadil-pengadil tersebut dan keputusan muktamad  akan diumumkan. 

Gambar: Medium.com
Gambar: Medium.com

Ada empat perkara yang menyebabkan sistem VAR dilaksanakan semasa perlawan bola sepak. Pertama, keraguan kedudukan pemain offside oleh pemain. 

Kedua, kemungkinan penalti yang akan diberikan akibat pelanggaran atau pemain sengaja menjatuhkan badan di dalam kotak penalti. 

Ketiga, situasi pergaduhan di antara pemain dalam mengesan jenis pergerakan yang dilakukan seperti ditumbuk atau diserang. 

Keempat, mengenal pasti keputusan kad kuning atau kad merah atas kekasaran atau kesalahan yang dilakukan oleh pihak lawan. 

Selain itu, apabila kita mengimbau kembali perlawanan bola sepak tanpa VAR satu ketika dahulu, perkara-perkara ini sering terjadi dan menyebabkan ketidakpuasan hati pemain lalu berlaku pergaduhan antara pasukan.

Gambar: Instagram @declanrice
Gambar: Instagram @declanrice

Walau hebat mana pun teknologi ini, ia pasti mempunya kontroversi dan isu ketidakpuasan hati sesetengah pihak termasuk pemain. 

Declan Rice seorang pemain negara England dan benteng tengah West Ham United pernah mendakwa tiada siapa yang mahukan sistem ini. 

Ia berpunca apabila Rice berjaya menjaringkan gol penyamaan 1-1, menentang Sheffield United. 

Namun keputusan jaringan tersebut dibatalkan atas sebabkan bola terkena tangan Rice hasil keputusan pengadil menerusi VAR yang menyebabkan keputusan kekal 1-0 sehingga tamat perlawanan.

Gambar: Weallfollowunited.com
Gambar: Weallfollowunited.com

Tambahan pula, menurut Persatuan Penyokong Bola Sepak (FSA) England dan Wales , tinjauan mendapati hampir 95 peratus peminat bola sepak menyatakan sistem VAR menjadikan perlawanan yang ditonton di stadium menjadi kurang menarik. 

Malah, 44 peratus lagi menyatakan ia akan memberikan kesan pengurangan peminat untuk menonton bola sepak pada masa akan datang.

Gambar: Jordan Rowland, Unsplash
Gambar: Jordan Rowland, Unsplash

Beralih pada kos pembuatannya pula, dianggarkan untuk memasang sistem VAR di dalam sebuah stadium mencecah jutaan ringgit. 

Kebanyakan stadium negara lain, sudah dilengkapi sistem tersebut. Ini termasuk Malaysia yang sudah menggunakan teknologi ini bermula 2021 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Gambar: Wired.co.uk
Gambar: Wired.co.uk

Tujuan VAR dilaksanakan ialah bagi meningkatkan mutu perlawanan bola sepak dan membantu pengadil untuk mengendalikan sesebuah perlawanan bola sepak. 

Ia juga bagi meningkatkan intergriti pengadil tanpa membuat keputusan yang diragui oleh sesetengah pihak. 

Namun setelah timbul beberapa isu, menjadi persoalan adakah sistem ini mengganggu seni perlawan bola sepak di Malaysia sebagai negara yang baharu menggunakannya?. Sama-sama kita fikirkan. - Getaran, 23 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 3 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan