Berita Terkini

3 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


5 Jenis Tayar Motosikal Yang Perlu Penunggang Tegar Tahu

Setiap motosikal mempunyai jenis tayar tersendiri bagi mengekalkan prestasi terbaik. Kami berkongsi lima jenis tayar yang harus dikenali oleh para penunggang tegar motosikal.

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2022 12:18PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tayar merupakan komponen penting untuk menggerakkan sesebuah kenderaan.

Ini termasuklah motosikal. Kebiasaannya, penunggang motosikal akan menukar tayar dalam tempoh dua hingga tiga bulan setelah getah tayar kelihatan sudah haus. 

Namun ia bergantung kepada kekerapan penggunaan dan jenis tayar yang dipasangkan. 

Setiap motosikal pasti mempunyai jenis tayar tersendiri bagi mengekalkan prestasi terbaik ketika menunggang.

Segmen Teknovasi hari ini berkongsi lima jenis tayar yang harus penunggang tegar motosikal tahu. 

Tayar Cruiser

Secara amnya, tayar jenis ini biasanya digunakan motosikal yang mempunyai enjin dan reka bentuk badan yang besar serta berat. 

Ia mula popular digunakan pada 1930 hingga awal 1960 setelah beberapa jenama mengeluarkan motosikal jenis cruiser terutamanya Harley Davidson.

Jangka hayat bagi tayar jenis ini memakan tempoh yang agak lama dengan jarak perjalanan yang jauh. Jika dilihat bunga yang ada pada tayar ini, ia mempunyai alur yang banyak dan berfungsi memberikan cengkaman di atas jalan raya dalam apa jua keadaan cuaca. 

Selain itu, ia akan memberikan keselesaan dan kestabilan pada penunggang ketika menaiki motosikal. Namun, tayar ini sama sekali tidak sesuai untuk penunggang yang gemar membuat selekohan tajam kerana kelebarannya yang agak besar boleh membuat motosikal tergelincir dan hilang kawalan.

Tayar Hypersport

Reka bentuk tayar jenis ini tidak mempunyai alur yang banyak pada bunga tayar. Tayar hypersport ini boleh dikatakan berada dalam kategori tayar jenis perlumbaan. 

Lazimnya ia dipasangkan pada motosikal berkuasa tinggi jenis superbike yang mempunyai kuasa enjin lebih daripada 1000 cc seperti BMW S1000RR dan Yamaha YZF-R1. 

Sungguhpun tayar jenis ini kelihatan agak rata, ia amat sesuai digunakan penunggang motosikal yang mementingkan kelajuan. Cengkaman yang diberi pada tayar akan membuatkan motosikal menjadi ringan apabila memecut.

Ia juga memiliki kemampuan untuk membuat selekohan yang tajam dalam kadar kelajuan yang tinggi namun ia bergantung pada permukaan jalan dan kemahiran penunggang. 

Malah, tayar ini lebih efektif dan disarankan untuk digunakan pada waktu panas dan cerah bagi mendapatkan rasa cengkamannya yang luar biasa. Oleh itu, tayar ini tidak disyorkan sama sekali untuk penggunaan semasa hujan kerana tayar ini akan menjadi lebih licin. 

Tempoh jangka hayatnya pula agak singkat dan harganya agak mahal namun ia bergantung kepada kekerapan dan jarak perjalanan motosikal tersebut.

Tayar Touring

Tayar touring atau istilah lain tayar ‘menjelajah’ merujuk kepada jenis tayar yang digunakan motosikal yang mampu ditunggang untuk perjalanan sangat jauh, mencecah 300km hingga 400 km dalam masa sehari. 

Tayar jenis ini memfokuskan ketahanan pada getah apabila berada di atas jalan raya dalam satu tempoh. Tambahan pula, ia mempunyai permukaan tayar yang lebih keras di bahagian tengah dan sedikit lembut di bahagian sisi untuk membelok serta memberikan cengkaman dan keseimbangan. 

Terdapat banyak alur pada bunga tayar ini memberikan kelebihan kepada penunggang untuk berada atas pelbagai permukaan jalan yang lasak dan mencabar. 

Malah, kebiasaannya tayar ini direka dengan teknologi dwi-kompaun yang membolehkannya beraksi dalam keadaan cuaca apapun.

Kawasaki antara jenama yang banyak mengeluarkan motosikal jenis touring yang menggunakan tayar sedemikian.

Tayar Scrambler/Motocross

Tayar ini pula lazimnya khusus dipasangkan pada motosikal jenis scrambler atau motocross sahaja. Ia mempunyai rekaan tayar bunga yang berdadu, lebih tebal dan timbul di atas permukaan getah tayar.

Ini bagi memberikan cengkaman yang sangat kuat kerana kebiasaannya motosikal jenis scrambler akan beraksi di atas permukaan tanah atau pasir, kawasan hutan atau dalam istilah lain off road

Jadi sukar untuk kita lihat tayar ini mengalami kebocoran semasa menunggang. Tambahan pula, ia mengambil masa yang agak lama sebelum ia perlu ditukar namun bergantung pada trek yang digunakan. 

Biarpun sesetengah penunggang motosikal menggunakan tayar jenis ini di atas jalan raya,  ia agak berisiko kerana tayar tersebut boleh tergelincir walaupun cuaca panas dan jalan kering.

Scorpion MX antara jenama yang mempunyai ketahanan dan prestasi yang hebat serta digemari oleh penunggang scrambler.

Gambar: Dunloptyres.com
Gambar: Dunloptyres.com

Tayar TT

Motosikal berkuasa kecil juga ada jenis tayar yang berkualiti dan mempunyai ketahanan yang baik sehingga mengambil masa empat bulan maksimum untuk ditukar. 

Tayar TT ini  mempunyai permukaan bunga tayar seakan-akan tayar scrambler, tetapi ia lebih kecil dan nipis. Sesuai digunakan untuk motosikal yang mempunyai kuasa enjin bawah 150 cc.

Dunlop TT antara jenama yang popular dipakai oleh penunggang umum. 

Tayar ini juga sesuai digunakan pada apa-apa permukaan jalan seperti jalan kering, jalan raya berpasir atau jalan basah namun masih di tahap permukaan yang sederhana sahaja. - Getaran, 23 Februari 2022

Gambar: Unsplash dan Pexels kecuali yang tertera 

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Boleh Dia Cabut Lari, Lepas Langgar Orang

2

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

'Lesen Terbang' Ke Ni

3

Video & Galeri 3 minggu yang lalu

Motor Hanyut Dibawa Arus Banjir Kilat

4

Semasa 1 bulan yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 jam yang lalu

Makanan Tambahan Untuk Tahun Persekolahan Yang Sihat!

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

Diiktiraf sebagai pertunjukan lampu hiasan terbesar di Malaysia, Luna Lights Wonderland meneruskan siri jelajah dan kini tiba di Terengganu 

oleh Wartawan Getaran