Berita Terkini

3 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


5 Jenama Kaca Mata Pintar

Cermin mata bukan lagi sekadar alat sokongan penglihatan tetapi kini lebih daripada itu apabila dilengkapi dengan pelbagai teknologi canggih. Berikut adalah lima cermin mata pintar yang boleh anda dapatkan di pasaran.

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2022 7:29PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siapa sangka cermin mata yang dulunya dipakai oleh sesetengah individu sebagai alat sokongan untuk penglihatan, perlindungan mata atau perlindungan daripada sinaran UV kini dikembangkan lagi dengan pelbagai fungsi mengikut cita rasa pengguna. 

Cermin mata kebiasaannya diperbuat daripada bahan plastik atau logam dan dipasangkan bersama kanta gelas. 

Perkembangan kegunaan cermin mata dapat dilihat sejak 1920 di mana ia juga dijadikan aksesori fesyen. Dengan perkembangan dunia teknologi yang sangat pantas, fungsi canggih telah dipasangkan pada cermin mata untuk pelbagai kegunaan.

Mari kita lihat lima jenama cermin mata pintar yang canggih dalam segmen teknovasi hari ini.

Ray-Ban Stories 

Ray-ban merupakan jenama kaca mata hitam mewah gabungan  Amerika dan Itali. 

Ia dicipta pada 1936 oleh Bausch & Lomb yang merupakan salah satu syarikat pengeluar pembekal terbesar peralatan kesihatan mata. Model ini telah dilancarkan pada September 2021 dan ia hasil daripada jalinan kolaborasi pintar bersama Facebook dan Essilor Luxottica. 

Teknologi kamera yang dipasangkan pada model ini mempunyai resolusi 5 MP. Selain itu ia mampu merakam 500 keping gambar dan 35 video serta 30 saat pada setiap satu rakaman.  

Selain itu ia menggunakan sistem android 8.0 dan IOS 13, model ini boleh disambungkan bersama aplikasi media sosial melalui  penggunaan wi-fi. 

Jadi, anda boleh menghantar malah menstrim video secara langsung di platform akaun Facebook melalui pandangan daripada kaca mata tersebut. Mempunyai jangka hayat bateri maksimum selama lapan jam, harga bagi satu unit model cermin mata pintar ini mencecah RM1,200.

Huawei x Gentle Monster Eyewear II

Jenama Huawei yang terkenal dengan telefon pintar android juga tidak terlepas untuk mengeluarkan model cermin mata pintar mereka sendiri. Model ini juga adalah hasil kolaborasi Huwei bersama jenama kaca mata terkenal Korea Selatan iaitu Gentle Monster. 

Cermin mata ini memfokuskan fungsi bunyi yang ada pada tangkai bingkai. Ia memberikan kualiti pendengaran pada bunyi yang tinggi sama ada menerusi panggilan telefon atau lagu yang dimainkan. 

Selain itu, ia mempunyai rekaan teknologi deria sentuhan yang unik dipasangkan pada tangkai cermin tersebut. Ini kerana anda hanya perlu menggunakan hujung jari untuk mengetuk atau menggeselkan bahagian tersebut bagi mengawal kelantangan bunyi yang keluar melalui pembesar suara. 

Dengan kapasiti kuasa bateri sebanyak 85 mAh bateri yang ditanam pada bingkai, ia mampu bertahan selama lima jam untuk mendengar musik dan empat jam bagi panggilan telefon. Harga bagi sebuah unit model cermin mata pintar ini adalah RM1,800.

Bose Frame Soprano

Jenama ini berasal daripada Amerika Syarikat dan lebih sesuai digunakan oleh kaum wanita. Ini kerana Bose Frames Soprano mempunyai reka bentuk khas yang memberikan sentuhan gaya retro dan menawan terhadap pemakainya. 

Produk ini dicipta oleh syarikat Bose Corporation yang dimiliki Amar Bose dan merupakan ahli akademi serta usahawan berjaya. 

Model ini merupakan generasi kedua yang dilancarkan pada 2021 dan telah dipertingkat kualiti pada bunyi serta jangka hayat bateri berbanding versi sebelumnya. 

Memiliki berat sebanyak 49.89 gram dan plastik premium sebagai bahan pembuatan, jenis kanta yang digunakan juga adalah berkutub (polarised) dan akan memberikan suasana pandangan redup jika berada di bawah terik mentari. 

Selain itu, kualiti bunyi yang dikeluarkan mempunyai sistem penyingkiran bising yang agak baik ketika memasang lagu atau membuat panggilan telefon di kawasan yang sesak. Dengan peningkatan jangka hayat bateri sehingga 5 jam 30 minit, anggaran harga bagi sebuah unit ialah RM960 .

Vuzix Blade

Cermin mata pintar ini mempunyai reka bentuk yang lebih elegan. Ia sesuai dipakai oleh kaum lelaki atau perempuan dan merupakan alat cermin mata pintar paling canggih. 

Vuzix merupakan syarikat dari Amerika Syarikat dan merupakan pengeluar peralatan teknologi realiti maya (VR) dan realiti tambahan/peningkatan (AR). 

Diasaskan oleh Paul Travers pada 1997, reka bentuk yang ditampilkan pada bahagian tangkai bingkai dilihat mempunyai saiz agak tebal. Selain mempunyai berat sehingga 93.6 gram, model ini memiliki jangka hayat bateri maksimum sehingga enam jam bergantung pada kekerapan alat ini digunakan. 

Ia boleh mengeluarkan paparan khas pada kantanya mengikut aplikasi yang dimuat turun daripada telefon. Paparan tersebut akan memancarkan informasi yang dikehendaki sama ada menggunakan sebelah atau kedua-dua kanta. 

Selain itu, pengguna juga boleh menonton rancangan televisyen yang disambungkan pada telefon pintar. Malah permainan dalam talian juga boleh dimainkan dan pastinya pemain akan mengalami pengalaman luar biasa saat menggunakannya. Dilengkapi dengan sistem audio dan mikrofon, harga bagi model ini mencecah RM4,000 seunit. 

Xiaomi Smart Glasses

Xiomi merupakan jenama dari China yang sedang meningkat naik dengan pelbagai peranti. Ia juga telah mengembangkan produk mereka dengan mengeluarkan cermin mata pintar yang pertama pada 2021.

Model ini memiliki berat 51 gram dengan resolusi paparan pada kanta sebanyak lima megapixel. Keutamaan fungsinya ialah pada kanta di bahagian kanan yang menggunakan lensa Micro LED. 

Ia berfungsi sebagai menerima panggilan, pesanan ringkas, penunjuk arah dan kamera. Walau bagaimanapun dengan menggunakan sistem android, dikatakan prestasi ketahanan jangka hayat bateri kurang memberangsangkan. Anggaran harga bagi model ini adalah di atara RM600 hingga RM2,000 seunit. - Getaran, 16 Februari 2022

Gambar: Jenama berikut

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 bulan yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

2

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Ciri Penjejak Mata Baharu HONOR Mampu Gerak Dan Hidupkan Kereta

3

Teknovasi 1 bulan yang lalu

5 Sebab Untuk Memiliki Samsung Galaxy A15 Dan A25 5G

4

Teknovasi 5 bulan yang lalu

Mercedes-Benz EQS 580 4MATIC, SUV Futuristik Serba Mewah

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Disyorkan untuk anda

Gaya 2 jam yang lalu

Makanan Tambahan Untuk Tahun Persekolahan Yang Sihat!

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

Diiktiraf sebagai pertunjukan lampu hiasan terbesar di Malaysia, Luna Lights Wonderland meneruskan siri jelajah dan kini tiba di Terengganu 

oleh Wartawan Getaran