web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mad Mecha: Monsta, The Sandbox Jalinkan Kerjasama Dalam Dunia Metamesta

'Mad Mecha' yang dicipta di dalam metamesta The Sandbox akan menampilkan aset digital rekaan eksklusif dari Monsta untuk dikumpulkan termasuk barisan avatar robot yang unik.

Teknovasi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Feb 2022 9:00AM

Gambar: Twitter @madmechamonsta

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Monsta, syarikat harta intelek dan watak yang menghasilkan pelbagai siri animasi, filem serta produk pengguna sejak lebih sedekad, kini mengorak langkah dengan menjalin kerjasama dengan The Sandbox dalam dunia metamesta (metaverse).

Syarikat itu dalam kenyataan di sini berkata kerjasama itu membolehkan pihaknya membawakan permainan maya eksklusif yang dinamakan ‘Mad Mecha’ ke dalam dunia metamesta, The Sandbox.

“‘Mad Mecha’ yang dicipta di dalam metamesta The Sandbox akan menampilkan aset digital rekaan eksklusif dari Monsta untuk dikumpulkan termasuk barisan avatar robot yang unik yang kemudiannya boleh dipilih di dalam permainan video ini dengan kebolehan pertempuran istimewa masing-masing.

“Pelbagai cabaran dibina dalam ‘Mad Mecha’, (dan) ia bakal memberikan ganjaran lebih banyak kepada pemain selepas setiap misi dilengkapkan,” menurut kenyataan itu.

Menurutnya sebagai langkah pertama membawa ‘Mad Mecha’ ke dalam metamesta, The Sandbox akan memberikan peluang kepada pengguna untuk mendapatkan unit hartanah maya berhampiran tapak eksklusif Monsta dalam dunia metamesta mereka demi membolehkan peminat dan pemain berasa lebih dekat dengan jenama kesayangan mereka.

“Sebagai bonus untuk peminat, ‘Mad Mecha’ juga akan menampilkan beberapa elemen dan watak daripada siri animasi terbaru Monsta, Mechamato, yang baru sahaja dikeluarkan secara rasmi di saluran Cartoon Network APAC, Korea, Hong Kong, Taiwan, Australia dan New Zealand pada Disember tahun lepas dan bakal muncul di Jepun pada Mac ini,” katanya.

‘Mad Mecha’ adalah permainan video terbaharu yang dicipta Monsta, syarikat pengeluar animasi popular seperti BoboiBoy, Papa Pipi, Fly With Yaya dan siri animasi Mechamato, secara eksklusif untuk dunia metamesta dan telah membuat kemunculan sulungnya di dunia platform digital The Sandbox.

Permainan video itu akan membawa pengguna ke dunia berteknologi tinggi yang dihuni oleh robot buangan dan robot berbahaya bernama ‘Mad Mecha’.

Selain Monsta, terdapat lebih daripada 165 jenama terkemuka seperti The Walking Dead, Snoop Dogg, deadmau5, Richie Hawtin, The Smurfs, Care Bears, Atari, ZEPETO dan CryptoKitties menyertai dunia metamesta The Sandbox. - Bernama

Isu Pada

Rahsia Seni Halus Busur Panah

12 Feb 2022

Berita Berkaitan

1

Gaya 3 bulan yang lalu

Pavilion Bukit Jalil Meriahkan Aidilfitri Dengan Adiwira Monsta

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Animasi Tempatan Mechamoto Movie Tembusi Layar Perak Jepun

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Treler BoBoiBoy Galaxy SORI Raih 2 Juta Tontonan Dalam Masa 24 Jam

4

TARA 3 tahun yang lalu

Street Fighter 6 Bakal Menggegar Dunia Permainan Video, Lebih 'Real' Dan Mencabar Dengan 4 Karakter Baharu

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN