Berita Terkini

19 jam yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


5 Kekili Pancing Yang Memiliki Ketahanan Terbaik

Ketahui lima kekili pancing atau lebih popular dipanggil 'reels' yang memiliki ketahanan dan prestasi terbaik.

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2022 2:35PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Memancing adalah satu aktiviti rekreasi yang dijadikan hobi oleh banyak golongan. 

Jumlah peminat aktiviti memancing boleh dikatakan agak ramai sehingga terdapat pertandingan memancing yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu 

Lazimnya kaki pancing pasti memiliki lebih daripada satu jenis mesin pancing, malah terdapat pemancing yang memiliki lebih daripada 10 unit alat pancing yang digunakan mengikut kesesuaian mereka.

Segmen teknovasi berkongsi lima kekili pancing atau lebih popular dipanggil reels yang memiliki ketahanan dan prestasi yang baik.

Gambar: Fish.shimono.com
Gambar: Fish.shimono.com

Shimano Stradic

Shimano adalah sebuah syarikat yang terkenal dalam pembuatan pelbagai peralatan komponen basikal, pancing dan mendayung. Ia berasal dari Jepun dan ibu pejabatnya terletak di Sakai, Jepun. Jenama shimano yang diasaskan sejak 1921 juga telah menembusi pasaran Eropah, Amerika Utara dan Asia. 

Shimano Stradic merupakan salah satu jenama kekili pancing yang mempunyai kualiti terbaik dan lebih sesuai digunakan untuk menangkap ikan laut dalam.

Ia juga mempunyai salutan kalis air di setiap bahagian mesin dan menggunakan bahan anti hakis jika terkena air masin yang sememangnya mempunyai asid yang tinggi.

Jadi, tidak perlulah pengguna bimbang ia berkarat selepas tamat memancing dan hanya perlu lapkan dengan kain bersih sahaja untuk mengeringkannya.

Memiliki berat 320 gram ia boleh digunakan secara lasak dan model ini mempunyai tiga varian iaitu C3000, 4000 dan C5000 dengan harga bermula dari RM 800 hingga RM 916. 

Gambar: Penfishing.com
Gambar: Penfishing.com

Penn International

Penn International pula adalah sebuah lagi jenama kekili pancing popular dikeluarkan oleh Penn Fishing Tackle. Ia merupakan syarikat pengeluar alatan pancing dari Amerika Syarikat yang tertumpu pada pembuatan mesin dan joran pancing.

Diasaskan sejak 1932, kekili pancing Penn International juga sinonim dengan kaki pancing yang gemar bermain gaya jigging namun ia lebih kerap digunakan untuk memancing ikan laut dalam.

Salah satu produk kekili pancing Penn International yang mempunyai kualiti tinggi ialah model yang diberikan nama 'VIS Two Speed Reel'. Ia diperbuat daripada bahan aluminium dan anti air karat memberikan kekuatan dan ketahanan yang tinggi walaupun sedikit berat iaitu 1,020 gram. 

Di samping itu, ia memiliki kepantasan dan kelancaran untuk memutarkan kili-kili pancing saat menangkap ikan yang besar. Model yang merupakan keluaran generasi keenam ini lazimnya sering digunakan oleh kaki pancing untuk menangkap ikan tuna.

Harga maksimum bagi sebuah unit boleh mencecah sehingga RM 2,400 mengikut spesifikasi pada model. Walau bagaimanapun, terdapat kelemahan pada ketahanan klip pengunci kekili pancing yang dikatakan perlu ditukar sekurang-kurangnya setiap 10 tahun mengikut kadar penggunaannya.

Gambar: Abugarcia.com
Gambar: Abugarcia.com

Abu Garcia Revo SX  

Abu Garcia pula sebuah lagi jenama yang rata-rata dikenali pemancing termasuk kaki pancing di Malaysia. Jenama yang diasaskan sejak 1921 ini berasal daripada Sweden yang juga tertumpu pada pengeluaran alatan pancing dan kini dimiliki oleh syarikat Pure Fishing of the United States. 

Abu Garcia mempunyai pelbagai jenis kekili pancing yang hebat dan model Revo SX adalah antara yang terbaik bukan sahaja untuk laut dalam, malah ia sesuai digunakan di tasik atau pun pantai.

Model ini juga anti hakis pada air laut masin dan diperbuat daripada bahan karbon campuran aluminium. Beratnya pula agak ringan iaitu 221 gram. 

Prestasi secara keseluruhan model yang merupakan generasi keempat ini boleh dikatakan baik dan sesuai untuk digunakan di mana-mana jenis kawasan air. Anggaran harga bagi seunit pula ialah RM 640 mengikut spesifikasi yang dikehendaki.

Walau bagaimanapun, terdapat maklum balas yang mengatakan plat penutup gelasnya mudah terbuka dan jatuh ke dalam air tanpa sedar jika digunakan dengan lasak.

Gambar: Daiwa.com
Gambar: Daiwa.com

Daiwa Exist LT 

Bagi model kekili pancing ini pula ia dikeluarkan oleh syarikat Globeride di bawah jenama Daiwa. Ia diasaskan pada 1959 dan merupakan salah satu produk berasaskan alatan pancing selain alatan tenis, golf dan gear basikal yang dihasilkan jenama tersebut. 

Syarikat yang berasal dari Jepun ini telah mensubsidikan semua produk mereka ke Australia, China, France, Germany, Taiwan dan Thailand. 

Model Daiwa Exist LT merupakan produk kekili pancing mewah yang pernah dikeluarkan. Model ini mempunyai berat yang lebih ringan daripada model-model lain iaitu 185 gram dan ia lebih sesuai digunakan di kawasan tasik atau kolam buatan.

Ketahanannya pula agak lasak dan tangkapan ikan pula lebih sesuai untuk saiz sederhana dan kecil. Bahan yang digunakan pada badan model ini pula ialah keluli monocoque magnesium yang memberikan keseimbangan antara ketahanan dan berat yang baik pada mesin pancing ini. 

Selain itu terdapat juga bahan besi yang mempunyai campuran plastik dan fiber karbon yang diperbuat daripada pembinaan grafit. Harga seunit boleh mencecah sehingga RM 3,400 namun dikatakan harga tersebut terlalu tinggi dengan spesifikasi yang diberikan dan lebih berbaloi untuk membeli mesin pancing yang lebih baik.

Pflueger President

Pflueger ialah sebuah jenama di bawah syarikat Pure Fishing yang berasal dari Akron, Ohio. Ia diasaskan pada 1880 dan bertumpukan produk alatan pancing sahaja. Model yang diberi nama President ini melambangkan kehebatan dan kualiti pertukangan daripada syarikat Pure Fishing. 

Ia juga antara model terbaik bagi individu yang baru berjinak-jinak dalam dunia memancing. Selain itu, ia khusus kepada kaki pancing yang gemar memancing gaya jigging dan mempunyai rupa bentuk yang agak kecil namun berat yang dimiliki agak ideal iaitu 206 gram. 

Kekili pancing ini sesuai digunakan di tasik atau kolam yang mempunyai ikan bersaiz kecil dan sederhana sahaja serta bahan yang digunakan pula ialah campuran daripada besi tahan karat dan aluminium. Model ini boleh dikatakan dalam tahap kualiti paling baik bagi individu pemula. 

Maksimum harga seunit pula RM 234 dan ia agak murah. Namun, terdapat kelemahan yang ada pada bahagian besinya setelah beberapa kali penggunaan. Ia akan bertukar kepada warna kehijauan dan ini tanda mesin pancing tidak tahan lama.

Jika anda pendatang baharu dalam dunia memancing, disarankan untuk membeli alatan dengan kos yang rendah terlebih dahulu, seterusnya barulah menaikkan taraf alatan pancing anda secara perlahan-lahan.

Sumber: Fishtalkmag.com 

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Kusangkakan Gorgon Yang Naik, Rupanya...

2

Budaya 1 tahun yang lalu

Tangkap Haruan Sambil Jalin Ukhuwah Kaki Pancing

3

Refleksi 1 tahun yang lalu

Tinggal Serumah Bersama 20 Ekor Haiwan Eksotik

4

Semasa 1 tahun yang lalu

32 Mangsa Terperangkap Dalam Kejadian Kepala Air Di Lata Ulu Kasar

Sorotan

1

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

2

Stoking Tertera Kalimah Allah: Mahkamah Tinggi Batal Hukuman, Sabitan Terhadap Juruteknik 

3

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

4

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

5

Belanjawan Pertahanan Beri Impak Penganjuran DSA, NATSEC Asia Untuk Kekal Relevan

6

Akta Kerja 1955 Benarkan Pekerja Mohon Aturan Kerja Anjal - Menteri

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

5 Tempat Untuk Hilangkan Tekanan Bersama Keluarga, Rakan

oleh Rahayu MN

Gaya 20 jam yang lalu

Jangan Buang Serbuk Kopi Terpakai, Boleh Buat Skrub DIY

Jelajah 1 hari yang lalu

Pelan Insurans Perjalanan Serendah RM3.00 Untuk Percutian Bebas Kebimbangan

Pelan daripada SeaMoney dan Allianz memberi jaminan keselamatan sedunia

oleh Rahayu MN