web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Korea Selatan Sasar Jadi Metaverse Ke-5 Terbesar Dunia Menjelang 2026

Negara itu akan membina sekurang-kurangnya 220 syarikat metaverse dengan jumlah jualan melebihi 5 bilion won (US$4.2 billion) serta mewujudkan 'akademi metaverse' pada tahun ini.

Teknovasi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2022 8:50AM

Gambar Hiasan, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Korea Selatan pada Khamis melancarkan strategi jangka masa panjang bagi mengembangkan industri metaversenya, bermatlamat menjadi pasaran kelima terbesar di dunia dalam tempoh lima tahun akan datang.

Di bawah rancangan itu, negara itu akan membina sekurang-kurangnya 220 syarikat metaverse dengan jumlah jualan melebihi 5 bilion won (US$4.2 billion) serta mewujudkan 'akademi metaverse' pada tahun ini untuk melatih 40,000 pakar tempatan menjelang 2026.

"Metaverse ialah 'Dunia Baharu' digital dengan kemungkinan yang tiada batas," agensi berita Yonhap memetik Menteri Sains dan ICT Lim Hye Sook sebagai berkata.

Beliau juga berkata bahawa kerajaan akan bekerjasama erat dengan industri dan kementerian berkaitan.

Metaverse merujuk kepada ruang maya yang dikongsi antara pengguna untuk berinteraksi antara satu sama lain melalui avatar digital serta mengalami pengalaman dunia realiti maya (VR). 

Platform sedemikian semakin mendapat tempat sejak beberapa tahun kebelakangan ini apabila orang ramai beralih kepada aktiviti dalam talian akibat pandemik.

Korea Selatan turut merancang membina sebuah institut bahasa Korea secara dalam talian menerusi platform berkenaan untuk warga asing, juga akan memulakan beberapa projek menggunakan teknologi metaverse termasuk pelancongan, perubatan dan seni, serta K-pop.

Demi meningkatkan pertumbuhan, negara itu akan melaksanakan 'K-Metaverse Academy' bagi membantu syarikat permulaan metaverse global memasuki pasaran Korea Selatan dan menghubungkan mereka dengan syarikat tempatan.

Pada masa ini, Korea Selatan menduduki tempat ke-12 di dunia daripada segi bahagian pasaran dalam industri metaverse. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 3 minggu yang lalu

Drama Mini Tamil Dirakam Guna Telefon Pintar, Beri Inspirasi Kepada Pengkarya Baharu

2

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Siri HONOR 600 Dengan Teknologi AI Terkini Dilancar, Kamera Utama 200MP

3

Teknovasi 3 bulan yang lalu

Robot Phone & Magic V6 Letakkan HONOR Di Pentas Dunia MWC 2026

4

Teknovasi 3 bulan yang lalu

Siti Nurhaliza Pemilik Pertama GWM WEY G9 Hi4 PHEV Di  Malaysia

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN