Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Buletin Teknovasi: Apa yang menarik minggu ini?

Getaran berkongsi perkembangan terkini dunia teknologi dan inovasi untuk minggu ini.

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2021 8:47AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Minggu ini didahului dengan kemunculan peranti  terbaharu daripada Samsung iaitu Galaxy Buds2. Aplikasi jodoh MatchMde pula berkolaborasi bersama syarikat telefon pintar Real me. Seterusnya kemunculan buat kali pertama bateri Grafin untuk kereta elektrik di Malaysia.

Jenama Aveta pula melancarkan model terbaharu V13 R dan motosikal elektrik gabungan DAB Motor bersama Burberry.

Samsung Galaxy Buds2

 Ia sejenis fon telinga yang dikhususkan buat pendengar muzik. Ia dipasang bersama teknologi pembesar suara dua hala dinamik yang memberikan bunyi yang jelas umpama mendengar muzik secara langsung tanpa mengeluarkan bunyi pecah di dalam fon telinga.

Ia juga menampilkan sistem pembatalan bunyi bising (Noise Cancelation) yang membolehkan anda memberi tumpuan ketika mendengar muzik atau sedang menelefon. Dengan reka bentuk yang versatil dan selesa dipakai setiap masa, cara penggunaan alat ini juga amat mudah dan mesra pengguna.

Kolaborasi Aplikasi MatchMde bersama RealMe

MatchMde adalah salah satu aplikasi cari jodoh yang dikongsikan dalam segmen teknovasi minggu lepas. Syarikat telefon pintar RealMe yang berasal dari China telah mengumumkan kerjasama antara mereka sebagai rakan kongsi.

Kini, aplikasi ini telah dikembangkan rangkaiannya sehingga Amerika Syarikat bagi mencapai misi membantu lebih ramai lagi individu mendapat jodoh. Hasil daripada kerjasama ini, warga Amerika Syarikat sudah boleh mendaftar akaun cari jodoh seterusnya mengesahkan profil sebagai pengguna aplikasi MatchMde.

Bateri Grafin 

Buat kali pertama NANO MALAYSIA Berhad dan Umorie Teknologi Sdn Bhd mencipta bateri grafin di Malaysia untuk kenderaan elektrik. Ia dapat menyimpan storan dengan lebih efektif dan cekap bagi menyalurkan sumber tenaga bersih serta boleh diperbaharui.

Jadi bateri ini boleh digunakan tanpa menimbulkan sebarang gangguan ekosistem negara. Mempunyai tenaga kuasa 200Wh/kg, bateri ini boleh bertahan lebih lama pada sesebuah kereta elektik sebelum dicas semula seterusnya membolehkan kenderaan ini dipandu dengan lebih jauh.

Tambahan pula, ia dapat dicas semula dengan lebih pantas dan mempunyai kitaran hayat yang lebih panjang. Langkah ini adalah berpadanan dengan matlamat menjadi negara berteknologi tinggi dan negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2025 seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 baru-baru ini.

Aveta lancar model terbaru V13R 

Aveta Global Marketing Sdn. Bhd. telah melancarkan model motosikal terbaharu iaitu Aveta V13R 2021 pada 20 November lalu. Ia dilengkapi dengan kuasa enjin 124cc dan mempunyai empat gear yang mampu menjana 7.8 kuasa kuda pada 7500 rpm dengan 8.5Nm daya kilas pada 5,500 rpm.

Menariknya, dengan reka bentuk yang seakan-akan model Y15 ZR, ia dipasangkan bersama Soket pengecas USB bagi memudahkan penunggang mengecas telefon pintar ketika menunggang terutamanya penghantar makanan. Harga pasaran bagi motosikal ini ialah sekitar RM 6,700 sahaja.

Motosikal Elektrik Gabungan DAB Motor dan Burberry.

Hasil gabungan jenama fesyen mewah Burberry dan syarikat motosikal DAB Motor yang berasal dari Perancis telah menghasilkan motosikal elektrik. Ia menampilkan gaya Tracker dan disulami corak serta reka bentuk daripada Burberry.

Mempunyai dua warna ekslusif iaitu kelabu metalik dan biru malam, model ini disertakan dengan pemasangan tempat duduk kulit yang mewah. Saiznya pula agak kecil dan mempamerkan lampu hadapan yang unik.

Dilengkapi engin berkuasa 125cc, model ini akan ditayangkan di kedai pameran Burberry London, Dubai, New York, Los Angeles dan Tokyo. Harga bagi sebuah motosikal elektrik mewah ini ialah RM 140,830. - Getaran, 24 November2021

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 1 tahun yang lalu

Motosikal Elektrik Jadi 'Gerai' Mudah Alih

2

Teknovasi 1 tahun yang lalu

Buletin Teknovasi: Apa Yang Menarik Minggu Ini

3

Teknovasi 2 tahun yang lalu

Buletin Teknovasi: Apa yang menarik Minggu Ini

4

Gaya 2 tahun yang lalu

Buletin Gaya: Apa Menarik Minggu ini?

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

oleh Fida Ruzki