web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MK Artis Pertama Malaysia Ada Avatar Sendiri Dalam PUBG!

Sebagai duta PUBG, MK turut menyanyikan runut bunyi permainan video tersebut yang bertajuk 'Sapu Rata'.

Teknovasi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2021 4:16PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Permainan video sudah menjadi fenomena seantero dunia dan mempunyai ramai pengikut setia. Oleh sebab itu, ketika jenama permainan video terkenal PUBG melamarnya sebagai duta, MK tidak teragak-agak menerima tawaran itu. 

Sebagai duta yang dilantik PUBG, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan menjadi artis pertama Malaysia yang mempunyai avatar sendiri dalam permainan video tersebut.

MK dan AC Soloz ketika sidang akhbar.
MK dan AC Soloz ketika sidang akhbar.

Bukan itu sahaja, dia juga melancarkan single terbaharu berjudul 'Sapu Rata' kolaborasi bersama Wolfy sebagai runut bunyi PUBG.

Namun begitu, jika diteliti, lirik 'Sapu Rata' mempunyai ‘suara’ yang berbeza daripada lagu-lagu yang dinyanyikan MK sebelum ini memandangkan bahasanya agak santai. Misalnya ada lirik yang berbunyi 'On the phone another milly, itu gua mahu awek lu simpan tepi gua nak lalu.'  

Penyanyi itu bagaimanapun menafikan ada unsur seksis dalam lagu berkenaan. 

“Maksud ayat itu ialah apabila main ‘game’, kita mahu fokus. Jadi jangan ada sesiapa kacau kita termasuklah teman wanita,” katanya ketika ditemui di sidang media lagu 'Sapu Rata' baru-baru ini.

Ditanya adakah dia gusar sekiranya dilabel sebagai penyanyi rap yang merosakkan Bahasa Malaysia dengan lirik sebegitu, MK menafikan perkara itu.

“Saya bukan guna bahasa rempit tetapi lebih kepada bahasa pasar iaitu bahasa yang kita gunakan di luar formaliti. 

“Bergantung kepada projek sebenarnya. Ada lagu yang saya gunakan bahasa Malaysia formal yang mungkin pendengar kena rujuk kamus untuk faham seperti lagu 'Veto'. Tak semua lagu saya guna bahasa pasar.

“Dalam dunia rapping, kami guna semua kepelbagaian kehidupan dan pengalaman.  Kalau nak formal, kita boleh bagi yang formal sesuai dengan projek,” tambahnya yang bary sahaja berjinak-jinak dengan dunia permainan video tahun lalu.

Video muzik 'Sapu Rata' turut menampilkan pemain PUBG terkenal seperti HB Daddyhood, AC Soloz, R2K XK Penjahat, R2K Agusrianzz, SMG Ziso, HB Nukk dan Evos Yakuza.

MK juga dijangka berkolaborasi dengan UBG untuk beberapa projek lagi. 'Sapu Rata' boleh ditonton di YouTube dan distrim di platform digital Apple Music, Spotify, Joox, KKBox, Deezer serta iTunes.

Gambar: Warner Music

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Penyanyi Rap Macklemore Lancar Lagu Pro-Palestin

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Ziana Zain Dilantik Sebagai Duta Akademi Perunding Kewangan

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Alyah Duta Jenama Kosmetik Terbaharu TWOMEE 

4

Teknovasi 2 tahun yang lalu

Model Kenderaan Aston Martin Muncul Dalam PUBG Mobile

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN