web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kehebatan Teknologi Kereta Api Chongqing, China

Selepas Jepun, kini China tampil dengan revolusi kereta api mega yang dilabel sebagai tiket menuju masa depan.

Teknovasi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2021 3:51PM

Gambar: Billow926, Unplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bila berbicara tentang kemajuan teknologi dan inovasi kereta api, Jepun semestinya mendahului inovasi tersebut. Namun, kini China juga mula tampil dengan revolusi kereta api mereka sendiri. Terbaharu, mereka muncul dengan sebuah kereta api digelar kereta api  'Mega’, yang dianggap tiket menuju masa depan.

Gambar: Jerry Wang, Unplash
Gambar: Jerry Wang, Unplash

Kemajuan teknologi Kereta Api Mega ini tertumpu di kawasan barat daya China iaitu Chongqing yang merupakan sebuah bandar metropolitan terbesar di dunia dengan populasi lebih 20 juta penduduk.

Malah, ia mempunyai bilangan populasi yang lebih tinggi daripada Australia. Rangkaian kereta api Chongqing telah menghubungkan penduduk di situ bagi menjalankan aktiviti seharian seperti ke pejabat mahupun aktiviti sosial lain. Dengan anggaran 3.4 juta penumpang setiap hari dan lebih dari 281 juta perjalanan setiap tahun, masyarakat Chongqing menjadikan penggunaan kereta api sebagai kenderaan prima untuk ke pelbagai destinasi. 

Gambar: CRI Online 
Gambar: CRI Online 

Kini, kereta api Chongqing telah mencipta laluan luar biasa dengan mewujudkan landasan kereta api yang bukan sahaja melalui kawasan bawah tanah, malahan di bawah gunung Chongqing itu sendiri.

Ini pasti memberikan cabaran dalam pembinaannya kerana laluan tersebut melibatkan struktur bawah gunung-ganang, sungai dan pelbagai bentuk muka bumi. Sudah tentu laluan ini akan memberikan pengalaman dan gambaran yang agak berbeza kepada orang ramai apabila menaiki kereta api tersebut.

Selain itu, dengan kemampuan perkembangan infrastruktur yang laju serta memiliki 14,000 jambatan yang menghubungkan bandar-bandar kecil, tidak mustahil bagi rangkaian kereta api bandar ini untuk menerajui teknologi tersebut. 

Ditambah teknologi terkini, sistemnya sentiasa memantau pergerakan kerja di setiap stesen dan mengemaskini maklumat perjalanan dengan teratur.

Mereka juga menggunakan sistem kod bar di telefon pintar sebagai tiket dan menggunakan alat pengimbas untuk memeriksa suhu badan dan barangan semasa masuk ke stesen bagi mengelakkan jangkitan penyakit atau barang terlarang dibawa naik bersama. 

Gambar: Billow926, Unplash
Gambar: Billow926, Unplash

Di samping itu, dengan memiliki tapak pembuatan monorel terbesar di dunia, terdapat dua landasan kereta api Chongqing yang akan mengagumkan para pengguna. Landasan nombor dua kereta api mega ini merupakan landasan yang sangat terkenal di dunia kerana mempunyai struktur kejuruteraan hebat.

Salah satu stesen yang dinamakan Stesen Liziba mempunyai laluan yang menembusi sebuah bangunan 19 tingkat. Tambahan pula, bangunan dan stesen tersebut dibina secara serentak dengan hanya menggunakan 95 peratus kemahiran warga tempatan.

Mempunyai 25 stesen, landasan ini akan membawa penumpang 'bersiar-siar' di celah-celah gunung-ganang sehinggalah masuk ke dalam terowong bawah tanah. Bagi landasan nombor tiga, ia adalah landasan monorel yang mencatatkan rekod landasan terpanjang di dunia sejauh 67.09KM.

Gambar: Railways News
Gambar: Railways News

Teknologi kereta api bawah tanah yang dibawa dari Amerika Syarikat ini amat sesuai dengan keadaan sekeliling kawasan Chongqing kerana ia mempunyai kekuatan mendaki gunung dan radius putaran kecil dengan kapasiti 2,322 serta boleh mencapai tahap kelajuan hingga 140Km/j.

Gambar: Chongqing.info
Gambar: Chongqing.info

Ini sekali gus membuktikan China sudah mempunyai kereta api yang berteknologi tinggi dan setanding dengan negara-negara maju lain. 

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Tragedi Lombong Arang Batu: Letupan Gas Ragut 90 Nyawa, Lebih Ramai Dijangka Terkorban

3

Luar Negara 4 minggu yang lalu

3 Hilang Selepas Gempa Bumi Bermagnitud 5.2 Landa Guangxi, Selatan China

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Lawatan Ke China Perkukuh Kedudukan Malaysia Di Pentas Dunia - PM

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN