web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MATRADE Perkenal Syarikat Permainan Video Malaysia Ke TGS 2021

TGS adalah pameran ikonik dan pameran permainan video utama di Jepun dan Asia. Ia memasuki ulang tahun ke-25 pada tahun ini sejak dimulakan pada 1996.

Teknovasi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2021 12:32PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan menampilkan penggiat industri permainan video di Malaysia ke pameran perdagangan permainan terbesar di Asia, Ekspo Permainan Video Tokyo (TGS) 2021 di Chiba, Jepun bermula 30 Sept hingga 3 Okt 2021.

Penyertaan Malaysia adalah menerusi format hibrid iaitu promosi secara dalam talian dan luar talian, dengan lima pembina permainan dan studio animasi di Malaysia akan memperkenalkan tawaran dan kepakaran mereka dalam kandungan kreatif, pembangunan dan penerbitan permainan, penghasilan penyumberluaran animasi dan pembangunan Harta Intelek (IP) kreatif, menurut MATRADE dalam kenyataan hari ini.

Pengarah Seksyen Elektrik dan Elektronik, Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Jentera dan Peralatan MATRADE, Naim Abdul Rahman berkata antara syarikat yang mengambil bahagian ialah Re: Legend, Police Sentri, ToGather: Island, Battle of the Rim dan Iteno.

“Jepun dikenali sebagai hab pasaran permainan video di Asia. Ia merupakan satu daripada pasaran permainan video terbesar dunia dengan saiz US$20.6 bilion (US$1=RM4.18).

“Oleh itu, ia adalah sempadan penting bagi syarikat perkhidmatan dan produk berkaitan permainan video dan kandungan kreatif Malaysia untuk menonjolkan keupayaan mereka di TGS 2021,” katanya.

Naim berkata permintaan terhadap permainan video di Jepun didorong terutamanya berikutan kehadiran lebih 70 juta pemain video termasuk pemain video dalam talian.

Menurutnya rakyat Jepun turut memperuntukkan secara purata hampir tujuh jam seminggu untuk bermain permainan video, yang dikategorikan tinggi dalam kalangan pemain video Asia.

“Permainan kita dijangka mendapat sambutan baik daripada pemain video Jepun, penerbit, pembangun, media dan pempengaruh berikutan kualiti kandungan dan kemampuan dalam seni permainan, animasi, pembangunan semula dan pengkomersialan IP yang mampu ditawarkan oleh syarikat Malaysia,” kata Naim.

Gambar: Twitter @playrelegend
Gambar: Twitter @playrelegend

Pesuruhjaya Perdagangan MATRADE di Tokyo, Niqman Rafaee Mohd Sahar berkata TGS adalah pameran ikonik dan pameran permainan video utama di Jepun dan Asia. Ia memasuki ulang tahun ke-25 pada tahun ini sejak dimulakan pada 1996.

Disesuaikan dengan norma baharu di tengah-tengah cabaran akibat pandemik yang masih berlarutan, TGS tampil dengan acara hibrid iaitu penyertaan dalam talian seperti pameran maya, padanan perniagaan dalam talian, webinar dalam talian dan permainan percubaan dalam talian, selain penyertaan secara luar talian.

Penyertaan secara luar talian pula menawarkan lokasi fizikal kepada penggiat industri dan pengunjung tempatan untuk menikmati pengalaman permainan video baharu menerusi studio penstriman video dan permainan percubaan di dewan pameran.

Seramai 372 pempamer termasuk syarikat-syarikat Malaysia akan menyertai acara ini secara dalam talian dan luar talian. Antara penggiat utama yang menyertai TGS 2021 ialah Microsoft, Square Enix, Konami, BANDAI NAMCO, CAPCOM, SEGA / ATLUS dan sebagainya.

Jepun kekal sebagai rakan dagangan keempat terbesar Malaysia dengan jumlah dagangan kira-kira US$30 bilion setahun. Jumlah dagangan dengan Jepun bagi Januari hingga Jun 2021 tumbuh 22.1 peratus kepada US$18.04 bilion. - Bernama

Gambar: tgs.nikkeibp.co.jp

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

M’sia Komited Perkukuh Hubungan 2 Hala, Wujud Pertumbuhan Mampan Dengan Bahrain - PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Lawatan Kerja Singkat PM Ke Jepun Perkukuh Hubungan KL-Tokyo

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Pencipta Dragon Ball, Akira Toriyama Meninggal Dunia

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN